Tuesday, June 3, 2008

The Haram Jadah Of Celcom

KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.

i. Sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.
vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.
vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan

ULASAN UZAR :

Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Semua Pesreta yang menghantara SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 seoalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti untung berbading peserta.

Peserta mungkin berkata

"Alah, apalah sangat dengan RM 5 .. redha sahaja"

Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebaranag kerdedhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK dan redha dalam hal ini adalah redha dalam dosa dan maksiat. Ia menyebabkan satu dosa menjadi bertambah besar.

www.zaharuddin.net

0 comments:

Related Posts with Thumbnails