Wednesday, May 27, 2009

Pertarungan Raja Terbaik Eropah


Malam ini akan berlangsung perlawanan hebat dalam sejarah bola sepak eropah. Juara Liga Perdana England melawan Juara Liga Sepanyol. Apabila 2 juara bertembung, apakah yang anda harapkan? Tentunya satu pertarungan yang menarik, mendebarkan dan menyebabkan adrenalin bergerak laju (betul ke ayat ni).

Walaupun Barca merupakan salah satu kelab aku yang minati, namun apabila berlaku pertembungan dengan MU maka wajiblah memilih MU. Maaf ya Encik Messi. Walaupun daku sangat meminatimu tetapi aku lebih menyayangi United. Musim depan Encik Messi masuk lah United ya.

Rasanya perlawanan malam ni tidak disiarkan secara langsung di tv biasa. Kat Astro sahaja ada. Nak tengok dalam internet bosan pula. Skin kecil sangat. Mahu tidak mahu kena la pergi ke kedai mamak. Memang meriah lah. Macam kat stadium pula. Kena tempah meja awal-awal sebab ramai banget. Pesan roti canai, teh tarik dan air suam banyak-banyak.


Alah, susah-susah pergi ke Char Kuey Tiow je. Ada skrin besar juga.

Aku juga ada 2 pilihan. Samada menonton perlawanan bersama 2 orang kipas susah mati Chelsea yang merupakan teman serumah ataupun menonton bersama seorang lagi kipas susah mati United.

Ataupun pilihan ketiga adalah tidur sahaja dan tengok jaringan gol keesokan harinya (seperti yang biasaku lakukan). Eheh!


                                      Mara ke hadapan Wahai Tentera Merah!!


6 comments:

Xara said...

hari selepas pertandingan, tanpa mengira siapa pun yang menang, akan muncullah manusia2 bermata panda di pejabat. Kemungkinan ponteng kerja juga tinggi di kalangan penonton-penonton itu.

oh, saya hanya menonton liga perdana sahaja. :)

Samudera Tinta said...

"Muncullah manusia-manusia bermata panda"

Ohho, kejam sungguh ayat itu.huhu..

Saya tidak akan ponteng kerja. Cuma mungkin terlewat sedikit. =)

Liga Perdana Malaysia ke? Nak muntah pulak dengar.kuikui..

Xara said...

menonton liga perdana hanya jika selangor menjuarai takhta liga. Sedikit Asobiyah..thehehe.

Hendak menonton liga luar negara, meskipun permainan mereka hebat, tapi tidak tahu hendak disokong siapa. Jika ada pemain Malaysia dalam mana-mana kelab, mungkin disokong juga. Nasionalis sedikit. :P

Samudera Tinta said...

Saya cadangkan saudari sokong kelab Hull City. Power kelab tu.

Tapi jangan sokong Liverpool dan Real MAdrid sudah. Poyo jer lebih.hehe..

BARAN said...

ish..ape ni..main kutuk2 belakang niii. tak puas hati betul !

Sabar saudara..menang dan kalah sudah adat pertandingan.jadi kecewa je la..he...

Samudera Tinta said...

Mana ada kutuk belakang. Kutuk dalam blog. Depan-depan lagi ni.hehe..

Related Posts with Thumbnails