Monday, July 20, 2009

Belalang Goreng Kunyit


Musim itu adalah musim menuai padi. Kanak-kanak dan orang-orang dewasa berkerumun di tepi bendang padi melihat jentera pengetam padi mengerjakan petak-petak sawah padi yang luas dan sedang menguning laksana permaidani alam yang cukup indah. Bunyi jentera tersebut begitu bising sekali. Suasananya ibarat sebuah pesta.

Kanak-kanak yang hadir masing-masing membawa plastik. Di dalam golongan kanak-kanak itu termasuklah aku. Kami berhimpun di sini untuk mengutip belalang-belalang yang terperangkap bersama-sama padi yang telah dituai oleh jentera pengetam. Sebaik sahaja jentera pengetam padi mencurahkan hasil padi yang telah dituai di tepi bendang, kami akan berebut-rebut mengutip belalang-belalang yang terlompat-lompat cuba melarikan diri. Orang-orang dewasa hanya tersenyum-senyum dan ketawa melihat telatah kami.

Setelah plastik yang dibawa terisi penuh dengan belalang-belalang padi, aku akan pulang ke rumah dan memberikannya kepada ibuku. Biasanya ibuku tidak mahu menyiang belalang tersebut dan menyuruh aku sendiri melakukannya. Mahu tidak mahu terpaksalah aku melakukannya sendiri walaupun berasa sangat malas. Cara menyiangnya mudah sahaja. Mula-mula buang kateh(kaki)nya. Kemudian, buang pula bahagian sayapnya. Tak perlu buang kepala dan perutnya kerana jika dibuang kedua-dua bahagian tersebut, tiada apa lagi yang boleh dimakan.hehe..

Selepas siap menyiang belalang tersebut, aku akan meminta ibu masakkan belalang-belalang tersebut. Selalunya, ibu akan meletakkan sedikit kunyit bersama-sama beberapa sudu kecil garam dan belalang-belalang tersebut digaul sehingga sebati. Kemudian, digoreng sehingga garing dan diletakkan bawang besar serta sedikit kicap apabila belalang-belalang tersebut hampir masak.

Akhirnya, siaplah masakan 'belalang goreng kunyit'. Baunya memang sangat menyelerakan. Jika dimakan bersama dengan nasi kosong yang masih panas-panas, memang terangkat! Sedap sehingga menjilat jari. Rasanya lebih enak berbanding ikan bilis goreng.

Selain pada musim menuai padi, belalang juga boleh diperolehi apabila musim bah tiba. Hujan yang berterusan selama 2,3 hari akan menyebabkan air sungai di belakang rumahku melimpah menjadikan petak-petak sawah ditenggelami air sehingga paras dada. Mujurlah air bah tersebut tidak pernah sampai ke tangga rumahku kerana kedudukannya yang agak tingi

Belalang-belalang yang kesejukan dan mengalami kesukaran untuk terbang kesan daripada sayapnya yang basah akan berteduh pada 'pulau-pulau' kecil dan semak-samun yang terapung-apung di permukaan air. Kami yang terkadang berperahu akan menyerang 'pulau-pulau' dan semak-samun ini dan bermaharaja lela mengutip belalang untuk dijadikan hidangan di meja makan nanti. Cuma perlu untuk berwaspada disebabkan di situ mungkin terdapat binatang buas seperti ular air,lipan dan kala jengking yang tumpang berteduh.

Selain mengutip belalang, kami juga turut memeriksa pukat yang telah dipasang jika ada haruan, terbul, keli, puyu atau anak sepat yang terlekat pada pukat. Haruan sangat enak jika dimasak gulai lemak kuning bersama daun kesum manakala keli boleh sahaja dimasak asam pedas. Terbul pula sangat sedap jika digoreng rangup sehingga tulang-tulangnya boleh dimamah sekali.

Itulah kenangan zaman anak-anak yang jarang-jarang terlintas di fikiran. Entah mengapa kenangan itu mengambil tempat di fikiranku kala ini. Mungkin kerana diriku yang merasakan keseorangan di tempat baru.

Sebenarnya aku baru sahaja berpindah ke Kuantan, Pahang setelah mendapat tawaran mengajar secara sambilan di sebuah IPT. Walaupun terasa sangat berat meninggalkan Bangi yang sangat disayangi, namun aku gagahkan diri untuk datang ke sini demi mencari sedikit pengalaman.

Jangka masa menunggu untuk viva sangatlah lama disebabkan kepelbagaian proses birokrasi. Jika hanya terus menunggu tanpa mengambil apa-apa tindakan, maka itu dikatakan membuang masa. Masa yang seharusnya diisi dengan aktiviti bermanfaat. Maka aku mengambil keputusan menerima dahulu tawaran ini walaupun gaji yang ditawarkan cukup-cukup makan sahaja. Sekurang-kurangnya ini menjadi nilai tambahan di dalam resume ku nanti.

Jika sahabat-sahabat sekalian melihat Samudera Tinta jarang dikemaskini, maka bersaksilah ketika itu aku sebenarnya bukan tidak menghiraukan Samudera Tinta, jauh sekali membenci, cuma mungkin sedang sibuk menyiapkan nota kuliah subjek Fizik untuk diajar kepada pelajar-pelajarku (best tak alasan?).huhu. Alamak, nota kuliah esok pun belum siap lagi (sigh)..

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah buat semua sahabat Samudera Tinta..

(Gambar diambil dari sini)

19 comments:

xara said...

Sedap ke makan belalang? Saya orang pantai jadi tidak pernah memakan belalang kerana ikan yang boleh dimakan masih banyak..thehehe

BARAN said...

Selamat berhijrh saudara. semoga dapat menyesuaikan diri di tempat baru. InsyaAllah.

Belalang sedap ke? lagi sedap dari ikan bilis ? musykil betul.

Marniyati said...

Salam.

Seumur hidup, saya belum pernah makan belalang kunyit tetapi sudah biasa mendengar cerita yang menarik tentangnya. Hehee..

Apa pun, selamat berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik, Insyaallah. Selamat menabur ilmu. Semoga Allah permudahkan urusan viva Encik ST nanti.

p/s : Seorang sahabat saya yang menyambung pengajian di sebuah IPT juga mengadu beliau terpaksa menunggu hampir setahun untuk viva tesisnya! Bersabarlah ya...

Samudera Tinta said...

Xara,

Memang sedap. Cubalah kalau tak percaya. Makanan alternatif budak-budak kampung.hehe..

Samudera Tinta said...

drsiti,

Amin, terima kasih.

Yup, memang sedap. Cuba la cari kalau ada di Qlate.hehe. Payoh nak jupo tu..

Belum cuba belum tau..

Samudera Tinta said...

Saudari Marni,

Bukan belalang kunyit tapi belalang goreng kunyit. Kalau belalang kunyit saya pun tak sanggup nak telan. besar sangat. Yang ni belalang padi digoreng dengan kunyit.

Terima kasih. Saya juga sentiasa mendoakan agar proses viva akan berjalan lancar, insyallah. Tak mahulah tunggu sampai setahun.uhuhu..

kakchik said...

dah lama kakchik tak makan belalang goreng kunyit ni. memang kenangan zaman kanak-kanak ni. zaman sekarang ni dah jarang dengar orang makan makanan ni. pengalaman pertama kali makan semasa belajar di Faris Petra dan ikut kawan sekolah balik ke kampungnya di Pasir Mas. masa tu musim byk belalang dan mak dia hidangkan lauk ni. mula2 tgk rasa geli nak makan sebab ingat ulat tapi dipujuk juga akhirnya kakchik cuba, sedaplah tambah2 baunya memang harum. tapi kalau disuruh makan sekarang ni... tak pasti nak makan ke tak, hehe.

RIDUAN said...

ni kira dah makanan exotik ni.. fuh mcm fear factor laaa.. aku pernah makan.. tapi aku bakar.. tapi belalang kunyit yang besar tu la.. nak termuntah aku makan.. nak try tengok org makan mcm sedap jer.. wei kimin.. blah senyap jer.. tak bgtau pun.. kot yer pun.. mainla badminton ker.. buat doa selamat ker.. baru syok meraikan member..

^inas^ said...

makan? u mean, gigit, kunyah n telan?
ooouuuuwwww......

ye lah cam fear factor. awk leh masok nnti sbb dah de pengalaman. ;-p

selamat mengajar! ajak bebudak tu follow samudera tinta sekali hehhe..

eyamujahidah said...

sy xpenah makan belalang kunyit goreng..tp pernah makan coklat belalang masa pameran pertandingan tunas saintis mrsm dulu...

mrk gantikan badam dalam coklat ngan belalang..ms makan tu xprasan langsung..da abes pelawat2 makan barulah mrk gtau ade belalang dlm coklat..hahaha..

sedap jer..lagi pun,setahu sy belalang ade kandungan protein yg tinggi,bagus untuk minda anda..jd makanlah belalang banyak2..hehe

Samudera Tinta said...

Kak Chik,

Hanya yang pernah makan belalang goreng kunyit tahu nikmatnya.hehe..

Mula-mula memang ragu-ragu tapi bile dah masuk mulut, memang tak ingat lah..

Samudera Tinta said...

Riduan,

Yang pi bakar sapa suruh. Belalang kunyit plak tu. Memang la besar. Aku pun tak tergamak nak makan sebesar tu.huhu..

Kalau belalang padi okaylah. Kecil sahaja saiznya. Goreng pun sodap!

Samudera Tinta said...

Inas,

Ya, makan. Gigit, kunyah dan telan. Memang la eksotik skit makanan tu tapi tak adalah sampai macam fear factor.huhu..

Terima kasih. Doakan saya..

Samudera Tinta said...

Eyamujahidah,

Tak sangka Cik Zan pun pernah makan. Memang best kan.hehe..

Tak tahu pulak belalang boleh letak dlam coklat. Nanti boleh cuba kek coklat belalang.Gizza hasanah boleh buatkan.uhuhu..

heyamujahid said...

saya juga pernah makan belalang coklat...sedap kan eyamujahidah?

eyamujahidah said...

samuderatinta: stakat nie gizzahasanah xterfikir plak nak letak belalang dlm coklat @ kek..erm..idea yg bernas tue..hahaha..

heyamujahid: sedap..lazat berkrim..rasanya lebih sedap dari kacang almond.. v(^,^)v

heyamujahid said...

Eyamujahidah pandai masak kueh berasaskan almond?? wah,,sedap tu...nanti kirim pada akhi samuderatinta

Regards,
Heyamujahid

eyamujahidah said...

heyamujahid: kueh berasaskan almond?? biskut almond london pernah la tlg2 buat..tp jd co-supervisor jerk..slalunye jd tukang tengok n tukang rasa.. (^,^)vhehe..

en.samuderatinta dah berhijrah jaoh, kalau nk antar,kena kirim gune pos la..hehe

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

Related Posts with Thumbnails