Wednesday, July 1, 2009

Minggu Mesra Pelajar @ Minggu Membodohkan Pelajar?


Alhamdulillah, adikku yang ketiga turut terpilih untuk memasuki UKM menjadikan dia adalah generasi ketiga daripada keluargaku memasuki UKM setelah adikku yang kedua turut menjejakkan kaki di sini 2 tahun lalu. Aku mendapat sms nakal daripada adik perempuanku mengatakan sekarang UKM telah bertukar menjadi Universiti Keluarga Mereka. Semua adik-beradik berkumpul di sini. Apa-apalah...

Bermula 28 Jun 2009 - 4 Julai 2009 merupakan Minggu Mesra Pelajar (MMP) untuk mahasiswa-mahasiswi baru UKM bagi sesi 2009/2010. MMP ini lebih kurang seperti minggu orientasi. Minggu suai kenal untuk pelajar-pelajar baru untuk mereka lebih mesra dengan keadaan dan persekitaran UKM.

Setelah beberapa hari program MMP berjalan aku mula mendapat feedback yang kurang elok daripada adikku yang turut sama-sama menjalani MMP. Pertama, masa solat adalah sangat terhad iaitu kira-kira 10 minit. Malahan di dalama jadual tidak diletakkan secara khusus waktu untuk solat. Mana mungkin untuk solat dalam keadaan baik dan sempurna dalam masa 10 minit. Lebih-lebih lagi bagi seorang perempuan. Apakah solat bukan lagi agenda penting bgi pentadbiran UKM?

Mahasiswa-mahasiswi baru juga diajar untuk taksub kepada kolej masing-masing. Kena menyanyi lagu kolej lah, kena menyanyi lagu sambil buat gaya lah. Jika ada yang dilihat tidak bersungguh-sungguh melakukan aktiviti tersebut, maka individu terbabit akan didenda.

Lebih teruk apabila berkumpul di dalam Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman, DECTAR (perkumpulan adalah mengikut kolej-kolej), mahasiswa-mahasiswi diajar untuk menyorak dan saling 'boo' antara kolej. Ketika zaman aku dahulu perkara ini dikenali sebagai Perang DECTAR. Apa yang menyedihkan fasilitator yang mengambil jurusan Pengajian Islam turut bersungguh-sungguh dan menjadi 'palo haliyan' terlibat di dalam aktiviti tidak cerdik ini.

Tolonglah, wahai fasilitator sekalian. Jangan melayan dan mengajar mereka seperti budak-budak sekolah menengah. Jangan rendahkan keintelektualan mereka dengan aktiviti bodoh seperti itu. Sepatutnya mereka lebih didedahkan dengan pelbagai aktiviti keilmuan dan meningkatkan daya fikir mereka.

Adikku turut memberitahu turut diadakan satu sesi bersama pemimpin yang membicarakan soal kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa. Aku tidak diberitahu pula siapa panel-panelnya. Namun yang menarik apabila sesi soal jawab dibuka, mahasiswa-mahasiswi baru ini tanpa berasa takut maju ke hadapan mikrofon dam membidas kembali hujah-hujah yang dikemukakan oleh panel-panel. Siap ada yang menyebut nama Tok Guru Nik Aziz.

Ada juga yang membidas PPSMI sehingga panel terpaksa memberikan respon terdesak " Anwar Ibrahim dulu pun tak guna juga jika dibanding dengan Muhyiddin Yassin". Moderator sesi pula yang jika tidak perhitunganku merupakan Dekan Fakulti Undang-Undang ditempelak oleh mahasiswa-mahasiswi baru sebagai hanya memberikan pandangan dan pendapat lapuk yang tiada apa-apa makna. Aku agak panel-panel dan moderator adalah jenis totok UBN. Mungkin mereka ingat mahasiswa-mahasiswi baru jenis akan menelan bulat-bulat apa yang mereka berikan. Heh, silap besar beb! Ini generasi ICT, bukan generasi spoon-feeding!

Apa yang lebih mengujakan, panelis siap mengugut mahasiswa-mahasiswi baru untuk tukar kolej jika menentang dan tidak mematuhi arahan. Pergh, memang sebiji UBN! Biru ketu! Ingat semua orang jahil macam dia. Aku sms kepada adikku, jangan takut. Duduk kat rumah sewa di luar UKM jauh lebih menyeronokkan berbanding duduk di kolej yang penuh dengan 1001 kongkongan. Minda dan jiwa terjajah. Kolej-kolej akan menanggung kerugian besar jika tiada pelajar. Padan muka!

Sebenarnya, aku memang kagum dengan keberanian mahasiswa-mahasiswi baru ini berhujah dan melawan balik hujah panelis. Ya, ini bukan perkara biasa kerana mereka baru sahaja tiba di UKM dalam sehari dua. Jika tidak kerana keberanian dan jatidiri yang tinggi, mana mungkin perkara begitu mampu dilakukan. Inikah generasi ICT yang akan melakukan perubahan?

Jauh di sudut hati aku menaruh harapan dan berdoa semoga generasi inilah yang akan mengembalikan semula suasana biah solehah dan sinar keilmuwan serta keintelektualan lalu yang telah gersang dek perbuatan Aspirasi & Tindakan Siswa Bersatu (TSB).

Adik-adikku sekalian, ayuh rampas kembali parlimen PMUKM dari tangan-tangan sekularisme dan sinarilah UKM yang kita cintai kembali dengan sinar Islam. Walaupun mungkin ketika itu jasadku bukan lagi di sini, namun semangat dan hatiku tetap bersemadi di perbukitan ilmu yang dicintai ini.

8 comments:

inas said...

hahhaha...ade stgh
facilitator tu saje belagaks je.. tp time solat tu mmg x patut la. klu solat dlm dewan tmpt sesi suai kenal tu pon blom tentu sempat!

Marniyati said...

Salam.

Aduhai kampus kesayangan... Nampaknya tidak ada sebarang perbezaan dari dahulu hingga sekarang. Hanya nama Minggu Orientasi itu sahaja yang telah ditukar baru. Pengisiannya tetap serupa sahaja dengan dahulu (sewaktu saya melaluinya pada tahun 1995). 100% serupa!

xara said...

pasni senang la nak masuk kampus..melawat adik itu alasan yang sangat kukuh :>

tu la masalah kalau para fasinya tidak mempunyai pemikiran intelektual..ekekeke

Samudera Tinta said...

Inas, kalau setakat berlagak okay lagi. Ni ada yang perasan dialah yang paling kacak dan cantik sampai budak2 kononnya sukakan mereka sangat.hehe..

Di universiti budaya hedonisme diagung-agungkan..

Samudera Tinta said...

Saudari Marni,

Patutlah kualiti mahasiswa universiti masih di takuk lama. Mungkin kerana penggunaan modul sama...Dulu, kini dan selamanya.. =)

Samudera Tinta said...

Xara,

Kalau dah fasi memang diasuh dengan budaya hedonisme, masakan mereka akan mempunyai pemikiran intelektual.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya..

BARAN said...

salam saudara.Tahniah, bleh buat family plak kat UKM =)

Alhamdulillah.suka hati dapat melihat remaja2 sekarang semuanya dah boleh berfikir dengan bebas. bukan dijajah dengan idea2 liberalism dan sekularisme.semoga ianya terus berpanjangan.InsyaAllah.

Samudera Tinta said...

Harap-harapnya semua duduk bawah satu bumbung. Senang nak jaga dan ziarah sekaligus.hehe..

Generasi ICT merupakan generasi bermaklumat. Insyallah, boleh berfikir dengan baik.. =)

Related Posts with Thumbnails