Friday, August 7, 2009

Hadiah Istimewa Daripada FRU

Seminggu sudah berlalu Himpunan Aman Mansuhkan ISA. Sekembalinya aku daripada himpunan tersebut ahad lalu, semangatku meluap-luap untuk mencoretkan sedikit pengalaman yang terkumpul pada semasa perhimpunan. Namun disebabkan perlu menyiapkan satu tugasan penting, perkara tersebut berlalu dengan begitu sahaja.

Himpunan kali ini jauh lebih hebat berbanding BERSIH. BERSIH yang terjadi di zaman Pak Lah masih lagi memperlihatkan sifat perikemanusiaan pihak polis. Situasi yang sangat berbeza di zaman Najib. Pihak polis bertindak seolah mereka tidak pernah mengenal undang-undang. Tembakan gas pemedih mata dan siraman air asid mencurah-curah tanpa henti.

Lebih menyedihkan, peserta perhimpunan yang sedang bersolat hajat di atas jalan raya setelah diasak dengan begitu teruk, ditembak dengan gas pemedih mata sebelum sempat menghabiskan solat. Aku yang turut sama bersolat hajat yang diimamkan oleh Ustaz mujahid Yusuf Rawa tidak mampu menyudahkan solat walaupun sudah berada pada kedudukan tahiyat akhir apabila seketul canister gas pemedih mata betul-betul jatuh di sebelahku. Aku tidak mempu bertahan. Pantas aku menarik tuala kecil yang aku jadikan pelapik sujud dan melarikan diri.

Jika sahabat-sahabat sekalian membaca blog Zaid Ibrahim terdapat satu pernyataan yang menyatakan " Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram..". Ya, perkara ini bukan bohong. Aku ada buktinya.

Aku sempat mengambil seketuk canister gas pemedih mata yang ditembak oleh polis. Memang kosong. Tiada jenama. Berasap-asap canister itu semasa aku memegangnya dengan sehelai tuala basah. Entah dari mana pihak polis seludup senjata haram ini. Patutlah aktiviti penyeludupan tidak berjaya dikawal. Rupanya mereka pun penyeludup juga.


Aku juga tercari-cari juga di mana pihak pro-ISA yang mencanangkan mereka akan menurunkan 70, 000 orang. Cari punya cari tidak jumpa juga. Alih-alih esoknya tersiar di dalam media bahawa seorang wakil pro-ISA kononnya berjaya menghantar memorandum kepada pihak istana setelah menyusup dan menyelinap macam sang tikus yang bacul. Lebih melucukan, pihak polis pula menafikan wakil pro-ISA berjaya menghantar memorandum tersebut. Kesimpulannya, orang-orang yang pro-ISA memang bodoh, bacul lagi pengecut. Cakap berdegar-degar, akhirnya kosong! Useless!

Jika ada yang mengatakan bahawa himpunan ini telah mengakibatkan huru-hara dan kesesakan di ibu kota, sah mereka tersilap besar. Yang menyebabkan segala hiruk-pikuk bukan himpunan ini tetapi pihak polis. Apa perlunya sekatan jalan raya yang melampau? Mengapa perlu menggunakan gas pemedih mata dan air berasid. Himpunan ini sememangnya aman jika tidak diganggu gugat oleh polis.

Buktinya? Himpunan membantah Geert Wilders dan Belanda yang aku sertai dulu kerana membantah filem pendek Fitnaa yang berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat jumaat dan berarak ke Kedutaan Belanda melalui jalan raya di ibu kota. Pihak polis memberikan kerjasama yang cukup baik dengan mengawal lalu lintas. Semuanya berlangsung aman daripada awal sehingga akhir.


Demonstrasi membantah kebiadapan Salman Rushdie dan menyokong HAMAS di hadapan Kedutaan Amerika turut berlangsung dengan aman apabila polis membantu segala urusan pergerakan di jalan raya. Tiada kesesakan lalu lintas, tiada provokasi dan tiada sebarang ancaman.


Peserta-peserta himpunan aman tidak pernah membawa senjata. Mereka datang dengan tangan kosong. Selebihnya mungkin kain rentang, kad manila sebagai manifestasi tanda protes kami terhadap kezaliman ISA. Nah sekarang, siapa yang mencetuskan huru-hara? Jelas, sudah tentunya pihak FRU dan polis!

Jadi, kepada peniaga-peniaga yang ingin menuntut ganti rugi kerana kerugian konon-kononnya RM200 juta, sila minta dengan pihak polis. Saman pihak polis. Jangan jadi bengap!

Terima kasih buat pihak FRU dan polis untuk hadiah kenangan yang tidak ternilai ini. Jumpa lagi di siri himpunan aman seterusnya. Lawan Tetap Lawan!!

17 comments:

Marniyati said...

Salam.
Sudah terbukti kehebatan FRU dan PDRM semakin hari semakin hebat. Justeru, bagus juga kalau perhimpunan sebegini diadakan setiap bulan sebagai 'sesi latihan simulasi ala-ala realiti' kepada mereka. Pasti mereka akan lebih hebat lagi selepas ini. Hehehee..

Samudera Tinta said...

Salam saudari Marni,

Jika himpunan begini diadakan setiap bulan, pasti belanjawan untuk pertahanan Malaysia meningkat dengan mendadak. Nak beli gas pemedih mata lagi, air berasid dan elaun kerja lebih masa polis.hehe..

BARAN said...

Salams saudara,

ingatkan saudara skali kena tangkap baru ni.he...

Memang sakit hati tengok berita. tak pasal2 peniaga mintak ganti rugi. yang berdemonstrasi pun nak memelihara hak kita semua. Life is not all about money. damn it.

Saya ada terbaca tulisan2 blog yang pro-ISA. diaorang bimbang sangat kalau tak ada ISA, nanti tak boleh tangkap orang2 yang buat keganasan. nampak sangat diaorang pun tak yakin dengan undang2 negara sekarang. mana2 je boleh ada keganasan, pencurian, peragut, perogol, selagi undang2 Islam tak tertegak. semakin kita cuba mencari penyelesaian sendiri, semakin dunia tidak aman. macam2 akta dicipta kononnya untuk keselamatan kita. tapi negara bukan makin tambah aman, makin haruk piruk lagi. saya tak tahu macam mana pemimpin kita tak nampak semua ni.

Samudera Tinta said...

drsiti,

Saya hampir kena tangkap. Nasib baik dapat elak sambil buat muka selamba + takut-takut kucing.huhu..alhamdulilla..

Orang yang sokong ISA hatinya macam syaitan. Binatang pun Allah tak bagi kurung secara sewenang-wenang, inikan pula kebebasan manusia..

nihas said...

salam,
ziarah...
1. Kenapa masa biasiswa diberi kepada 50 50 bumi n non bumi tak dak demonstrasi begitu?
2. Kenapa melayu sahaja yang berdemonstrasi? adakah melayu yang seramai2nya di dalam sana?
3. kenapa orang melayu dah semakin parah perpecahan nya? undi melayu dah pecah 3. sungguh bahaya.
4. kenapa pas boleh / lebih redha bersatu dgn roket yang dah sah2 terang anti islam tu tapi beria2 mengkafirkan orang islam yang lainnya?
5. kafir laknatullah tu dah bagi statement menghina islam, hairan ya kenapa tiada tindakan dari parti sekufunya?
apa pun pujian kepada Dr. Hassan 9pas selangor) atas tindakan tegas beliau ttg isu arak di SA haritu.

Islam patut bersatu bukan berpakat dgn golongan yang akan merugikan bangsa sendiri...

wallahualam...

BARAN said...

salams, saudara kena tag.harap maklum.

Heyamujahid said...

Heyamujahid-NIHAS, salam hormat buat NIHAS.

Soalan-soalan saudari telah banyak dijawab dalam blog-blog di internet. Saya yakin, saudari adalah golongan terpelajar dan seharusnya sudah melakukan 'research' sebelum bertanya.

Soalan nombor 4 saudara/i telah berjuta kali dijelaskan oleh pimpinan PAS.

Hati-hati yang tulus sahaja mampu membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Doa saya, moga kita semua mendapat pencerahan.


Salam hormat,

Heyamujahid

Anonymous said...

Respon kepada Nihas:

1)Saudari ni Melayu berfikiran zaman batu. Maseh menilai manusia berdasarkan kepompong bangsa yang sempit.Biasiswa perlu diberi kepada semua yang layak berdasarkan meritokrasi. Takkan saudari menilai Melayu begitu rendah jiwanya sehingga maseh memerlukan tongkat? Keadilan itu tidak mengenal rupa kulit dan bangsa juga agama! Dan Melayu adalah manusia yang berjiwa kental, bukan hanya perlu disuap seperti saudari.

2)Faktanya: Melayu yang ramai disumbat ISA. Cuba saudari fikir mengapa Kerajaan berteraskan Melayu menahan bangsa sendiri? Kenapa tidak dibicaraka di mahkamah? Untuk pengetahuan saudari, bangsa selain Melayu turut serta dalam demo tersebut. Cina, India, Melayu turut serta! Itu semua mewakili Bangsa Malaysia.

Sambung lagi...

Indeed, Islam for all!

Salam!
Zaki, Kuantan.

Anonymous said...

3)Maksud saudari Melayu berpecah kepada UMNO, PAS dan PKR? Nak tanya, adakah saudari fikir Melayu ini tidak mampu berfikir dan hanya pandai dicucuk hidung seperti lembu? Kita perlu raikan perbedaan dan kepelbagaian. Melayu bukan berpecah. Melayu sekarang semakin bijak menilai. Bukan lagi dipengaruhi zaman feudal-hanya ikut menonong sahaja! Melayu sekarang bebas untuk memilih siapa yang mereka ingin jadikan pemimpin. Salahkah itu? Melainkanlah jika saudari berjiwa kerdil dan tidak suka meraikan perbedaan!

4)Oittttt! Manusia ni pemikirannya berevolusi. Boleh berubah. Apa bukti DAP anti Islam? Ya, DAP pernah dimomokkan sebagai parti cauvinis Cina dan anti-Islam. Ini semua kerja UMNO, parti perkauman itu! Habis selama ini, parti Melayu mana yang menentang habis-habisan usaha PAS menegakkan syariat? Kelantan diperkecil-kecilkan kerana berusaha menegakkan syariat Islam. Kononnya tok lebai tak boleh memimpin dan membangunkan negeri!

Sekurang-kurangnya DAP sudah mendekati Islam sejak tertubuhnya BA dahulu. Usaha almarhum Fadzil Nor berjaya mendekati DAP. Namun kerana serangan saraf BN terutamanya MCA menyebabkan parti itu lari daripada BA sebelum pilihanraya ke-11.

Kita sebagai orang Islam perlu engage dengan semua bangsa hatta Yahudi dan ateis sekalipun. DAP mungkin tidak memahami Islam seperti kita yang mengaku Islam paham. Kerana itulah tugas kita untuk menunjukkan keindahan Islam.

Hakikatnya, dalam BN sendiri-setelah 50 tahun, UMNO yang parti dipimpin oleh Melayu Islam tidak bisa memberi guidance kepada MCA dan MIC mengenali ISLAM dengan lebih baik! Jika saya kata MCA dan MIC juga anti-Islam, apa perasaan saudari? Apa perasaan saudari jika saya kata UMNO boleh berkawan dengan parti anti-Islam, namun sanggup melanyak PAS, parti yang dipimpin Melayu dan Islam juga! Kenapa UMNO merampas royalti ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 99-2004? Adakah sikap hasad dengki sebegini boleh menunjukkan keindahan Islam?

Sejak DAP berkawan dengan PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat, sudah ada ahli parlimen DAP yang mampu menuturkan ayat al-Quran walaupun tergagap-gagap. Itu menunjukkan dakwah Islam sampai kepada mereka. Sekurang-kurangnya mereka belajar!

Cuba lihat pemimpin UMNO yang maseh berbangga dengan kehidupan sekular-Islam kah itu?

Apa bukti PAS mengkafirkan UMNO? Cubalah tanya Nakhei Ahmad tu?

Tugas PAS adalah menyelamatkan orang Melayu diperbodoh-bodohkan oleh UMNO-seperti saudari!

Indeed, Islam for all!

Salam!
Zaki, Kuantan.

Anonymous said...

5)Main tangkap muat je saudari ni mengatakan sebegitu. OOOOOOOOOOOit, kerajaan melaka, pahang, perak zambri, negeri sembilan tu tak menghina Islam ke kerana meluluskan kedai arak dan lesen judi. Nu atas bukit di genting highlands, siapa yang bagi beroperasi? Orang Melayu yang saudari sokonglah! Itu lagilah menghina ISlam! Di Selangor, sekurang-kurangnya PAS ada keberanian untuk bersuara dan menegakkan prinsip Islam. UMNO pakai prinsip apa? Prinsip perut dan duit ke?

ORang bukan Islam, jika betul pun ia menghina adalah atas dasar kejahilan. BUkankah mereka bukan Islam? Namun cuba saudari bayangkan jika seorang mengaku Islam tapi beria-ia menentang segala hukum islam dan menolak corak hidup islam serta membuka pintu mungkar seluas-luasnya!

Saudari kena maklum, apa yang berlaku di Shah Alam, sudah ada perbincangan ilmiah antara PBT termasuk wakil DAP dan mereka menyokong tindakan ketatkan penjualan arak di kawasan muslim.

Dan tindakan negeri Selangor mengadakan perbincangan dengan wakil 7eleven dan KKmart telahpun bersetuju untuk mencuba kaedah self-regulation. Setidak-tidaknya, ada usaha ke arah menghadkan arak di kawasan majoriti muslim. Apa UMNO buat selama ini?

Dan saudari, hari ini, Hassan ALi dan Ronnie Liu sudah berbaik-baik. Satu pukulan maut untuk UMNO yang mahu melihat ada gelora dalam PR.

Indah bukan ISlam yang ditonjolkan oleh parti yang hidup mati menggunakan perlembagaan Islam. Islam berjaya ditonjolkan bersifat universal. Bersifat toleransi tanpa menggadaikan prinsip. Bersifat humanis dan moderat. Cina, India dan bangsa lain berbondong-bondong mendekati PAS.

Saudari, usahlah membiarkan saudari diperbodoh-bodohkan oleh golongan yang mengaku Islam tapi cara hidup dan matlamat mereka sekadar di dunia sahaja. Mereka bukan sahaja tidak berjaya berdakwah kepada MCA dan MIC bahkan semakin menjarakkan mereka dengan Islam yang sebenar.

Indeed, Islam for all!

Salam!
Zaki, Kuantan.

Anonymous said...

salam.
panjaaaannnnggg nyer penjelasan encik zaki.
rasanya tak perlu emosional...

saya rasa nihas tidak emosi semasa memberikan komen, kenapa anda begitu agresif? itu sifat islam kah?

kadang2 sebelum kita hentam orang cermin diri dulu...
"Islam patut bersatu".
Mudah2 an Allah memberi petunjuk...

Heyamujahid said...

Encik Zaki tersenyum semasa menulis jawapan itu..

Anda terlebih tafsir perasaan orang lain dan anda menghukum..

Saya pulangkan 'cermin diri' kepada anda..

p/s: saya juga sedang tersenyum ketika mengepos komen ini.

-Heyamujahid-

Anonymous said...

Kepada Tanpa Nama;

Saya hanya ingin menjelaskan hujah saya.
Jika anda menganggap itu sudah agresif, anda perlu menyediakan hujah mematahkannya.
Iya, Islam itu perlu agresif bilamana ianya perlu agresif. Wah, seolah-olah anda menyatakan Islam perlu lembut sentiasa!
Mungkin nampaknya Nihas tidak tunjukkan emosi, namun persoalan yang diutarakan begitu besar. Sebesar itu isunya, sedalam itulah emosinya.
Hahaha. Kelakar juga bila diberi hujah, diartikan sebagai hentaman. Menghentam pendirian YES, menghentam peribadi NO.

Zaki.

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM WBT...

SUDAH..SUDAH..BERSURAI... JANGAN GADUH... :)
ORANG TANYA, JAWAB BAIK2 SUDAH LAH...

TAPI KALAU ITU PENILAIAN ENCIK ZAKI SEBAGAI BAIK, IT'S OK, SAYA TERIMA, (lain orang lain cara kan) CUMA MUNGKIN HUJAHNYA ADA YANG INGIN SAYA DAPATKAN SEDIKIT LAGI PENJELASAN FOR CERTAIN POINT (saya orang number3,so hujah needs fact and figures). TAPI SOME OTHER TIME LA DISCUSS AGAIN, NAK PUASA NE, KARANG TAKUT2 TERBIT PERASAAN TIDAK SEPATUTNYA...

KEPADA HEYAMUJAHID - SAYA BOLEH MENERIMA PANDANGAN TAPI SAYA TAK PASTI SAMA ADA SAYA BOLEH MAAFKAN PANDANGAN ANDA YANG SESUKA HATI MELABEL ORANG SEBAGAI BEBAL. MUNGKIN ANDA RASA ANDA TERLALU INTELEK, TERANG HATI, BLESS???
ALLAH JUA MAHA MENGETAHUI.

SERANG PENDAPAT MUNGKIN BOLEH DIPERTIMBANG UNTUK DITERIMA, SERANG PERIBADI?

ANDA MUNGKIN RASA ANDA HEBAT...
TAK APA, SAYA TAK KENAL ANDA, JADI TAK AKAN KOMEN.
(Mungkin boleh dalami sifat Rasulullah S.A.W. untuk mencontohi sifat2 terpuji baginda)

nihas.

Heyamujahid said...

Saya tidak khilaf menggunakan istilah bebal kepada Nihas, malah kalau ada istilah yang lebih teruk lagi, ia lebih wajar digunakan.

Saya hanya bersikap jujur terhadap diri sendiri. Saya tidak mampu menipu diri saya. Saya tidak mengumpat sesiapa.

Ini adalah jawapan saya kepada Nihas di dalam blognya. Namun Nihas ‘delete’. Saya poskan di sini semula.

abu muaz said...

Salam perkenalan.

Heyamujahid said...

Salam akh Samudera,

kenapa xupdate blog?

hish,,misti Samudera ada byk cerita yang nak dikongsi..

Ramadhan di bumi baru ke? sahabat yang hensem ke? anak-anak kecil Samudera ke? kerjaya, isteri Samudera dsb

Ha, dah byk idea ni..

Eyamujahidah lama xziarah blog Samudera,, begitu juga Nihas..

Salam 'Aidil' Fitri

Related Posts with Thumbnails