Selepas menghantar adindaku ke kelas tuisyen malam, aku singgah sebentar ke masjid untuk mendengar kuliah maghrib buat mengisi ilmu di dada yang serba kekurangan ini. Pada malam ini, Ustaz Nuqman biasanya akan mengajar kitab Tauhid pada sesi pertama dan akan disusuli dengan tazkirah yang dipetik dari mana-mana kitab hadis atau kitab-kitab pilihan beliau.
Ketika aku sampai sesi kuliah Tauhid telah selesai dan sesi tazkirah telah bermula. Aku cuma agak tertarik dengan isi tazkirah kali ini kerana ia adalah pertama kali aku dengar. Ia berkaitan 7 cara godaan syaitan ketika manusia berada di dalam sakaratul maut ataupun mabuk maut/nazak.
Berdasarkan tazkirah Ustaz Nuqman, 7 Cara Bagaimana Syaitan Cuba Untuk Mencabut Iman Manusia Di Kala Maut adalah seperti berikut;
1)Syaitan akan datang membawa permainan yang disukai oleh seseorang anak adam semasa hidupnya.
Ulasan; Jika seseorang suka bermain judi, maka syaitan akan menghiburkannya dengan segala macam jenis judi sehingga di saat nyawa tercabut dari halkumnya apa yang ada di sanubarinya adalah judi dan bukan lagi Allah Taala. Ini adalah terpakai untuk semua jenis permainan seumpama golf, memancing, wayang kulit dan lain-lain yang menyebabkan manusia alpa dari mengingati Allah.
2)Syaitan akan menjelma menyerupai haiwan yang paling ditakuti oleh seseorang.
Ulasan; Katakan seseorang itu takutkan singa, maka syaitan akan menyerupai singa yang sangat ganas menyebabkan pada pengakhiran nyawa seseorang anak adam, apa yang ditakuti di dalam hatinya adalah singa dan bukan lagi Allah Taala.
3)Syaitan akan menyerupai haiwan yang paling disayangi oleh seseorang
Ulasan; Andaikan seseorang itu sayangkan haiwan seperti kuda, hamster, ikan, burung, beruk dan lain-lain, maka syaitan akan menyerupai haiwan yang sangat disayanginya itu menyebabkan pada pengakhiran nyawa seseorang anak adam, apa yang dicintai di dalam hatinya adalah haiwan tersebut dan bukan lagi Allah Taala.
4)Syaitan akan menjelma menyerupai orang yang paling dibenci oleh seseorang.
Ulasan; Bayangkan 2 orang adik-beradik kandung bergaduh kerana harta pusaka. Si adik sangat bencikan abangnya kerana pertikaian tersebut. Maka, syaitan akan datang menyerupai abangnya di saat sakaratul maut adiknya sehingga adiknya mati dalam keadaan penuh kebencian dan dendam.
5)Syaitan akan menjelma menyerupai orang yang paling disayangi oleh seseorang.
Ulasan; Teringat sebuah pentomin sakaratul maut semasa minggu orientasi di Maahad dahulu di mana ada babak syaitan yang datang menyerupai ibu seseorang yang sedang nazak dan menggoyang-goyangkan buah susunya sambil berkata, "Anakku, engkau haus? Jika engkau mahu air susuku ini, maka mari ikut aku dan tinggalkan Islam,".
6)Syaitan akan datang menyerupai alim ulama
Ulasan; Syaitan akan datang dalam bentuk alim ulama dan mungkin juga ulama muktabar yang pernah kita kenali. Namun, harus diingat target syaitan adalah supaya anak adam mati dalam keadaan kufur. Maka, ulama jelmaan syaitan ini akan cuba mempengaruhi seseorang agar kufur kepada Allah.
Mungkin cukup dengan kata-kata, "Aku sebenarnya adalah Tuhan. Mari ikut aku. Tinggalkan Islam. Cukuplah engkau kelipkan mata untuk menyatakan kesaksian mu,".
7)Syaitan akan datang menyerupai 72 golongan yang sesat
Ulasan; Nabi bersabda di akhir zaman umat Islam akan berpecah kepada 73 puak. 72 puak adalah sesat dan satu puak sahaja yang benar. Maka, syaitan mungkin akan datang menyerupai 72 golongan tersebut yang terdiri daripada khawarij, anti-hadis, Islam Hadhari, 1 Malaysia, Judi Halal dan lain-lain.
Setelah mendengar kuliah tersebut dapatlah disimpulkan bahawa syaitan tidak pernah mengambil cuti sakit mahupun emergency leave untuk menggoda manusia ke arah neraka jahannam.
Oh, ya ! Bagaimana pula cara berhadapan dengan 7 godaan tersebut ? Ya, tidak mudah kerana syaitan adalah pakar taktikal. Syaitan telah hidup berjuta tahun berbanding kita dan mereka banyak pengalaman dalam selok-belok penipuan.
Jadi, tidak dapat tidak sewajarnya bermula dari sekarang kita cuba beramal dengan ajaran Islam yang syumul (bukan pilih-pilih) dan sentiasa berdoa kepada Allah akan diberikan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan dijauhkan daripada suul khatimah (pengakhiran yang buruk). Usaha + doa.
Hanya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun..
P/s; Gambar di atas adalah filem terkenal "Death Note". Agak kelakar manusia boleh berkawan dengn malaikat maut dan malaikat maut pula suka makan EPAL !! hehe..Diambil dari sini.
6 comments:
Astaghfirullah.. saya tak pernah tahu pun pasal ni...rupanya masa kita nak mati pun dia goda kita lagi ? laknatullah betul la syaitan ni.. rasa nak bunuh2 penyek2 gituh. ya Allah, jauhilah kita semua daripaa godaannya hingga akhir hayat kita.amin. terima kasih saudara kongsi benda ni.
Dr Siti, sama-sama. Saya juga pertama kali mendengar perkara ini. Kerana itu eloklah dikongsi bersama..
Syaitan tidak akan redha sehinggalah semua umat mengikutnya ke dalam neraka..
Semoga kita dijauhkan daripada fitnah kubur, insyallah. Amin.
Saya penah dengar pasal godaan syaitan time nazak ni... antara ayat yg boleh diamalkan utk kurangkn kesakitan dan godaan syaitan semasa nazak: Allahummahawwin alaina fi sakaratulmaut... baca tiap2 hari sebanyak2nya...
p/s: saya pun selalu lupa gak..
Saudari Lily,
Terima kasih di atas maklumat tersebut. Saya sebenarnya mahu menulis ayat "Allahummahawwin alaina fi sakaratulmaut" tu tapi terlupa plop. hehe..
Terima kasih sekali lagi kerana singgah di sini dan sudi berkongsi..
salam. ingatan yang bagus.
dalam pada tu, tergelak juga baca "syaitan mungkin akan datang menyerupai 72 golongan tersebut yang terdiri daripada khawarij, anti-hadis, Islam Hadhari, 1 Malaysia, Judi Halal" pedas! :)
2
Post a Comment