Friday, May 22, 2009

ADUN Manik Urai Meninggal Dunia

[Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bersama-sama membaca Al-Fatihah dan mendoakan roh allayarham diletakkan bersama-sama para pejuang agama dan kekasih-Nya, insyallah. Amin. Semoga DUN Manik Urai terus kekal di bawah kerajaan PAS Kelantan]

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192



~ Malaysiakini ~

2 comments:

nz said...

Al-Fatihah..
oh....
ini bermakna...
another PRK?
bajet lg.........

Samudera Tinta said...

Ya, insyallah akan ada lagi PRK. Yang bajet jadi banyak sebab UBN gila. Bagi projek mee segera mcm tar jalan, buat rumahlah, hantar polis banyak-banyak. tu bajet banyak.

Jika buat betul-betul dan berhemah, tak adalah banyak pun. UBN je salah tadbir harta negara. Buat macam harta atuk mereka.

Related Posts with Thumbnails