Tuesday, May 26, 2009

Antara Chivas Regal Dan Perempuan Cantik


Kisah ini tidak mungkin akan ku lupakan. Sampai bila-bila pun. Ianya terjadi lebih kurang 3 tahun lalu ketika aku baru bertugas secara kontrak di salah sebuah badan berkanun milik kerajaan.

Tugas di sebuah unit yang memberi nasihat kepada kerajaan berkaitan sains dan teknologi menjadikan aku senantiasa sibuk dengan perjumpaan, mesyuarat, seminar, persidangan dan lain-lain. Hendak dijadikan cerita, untuk persidangan Nanoteknologi ASEAN kali ini, aku dan rakan setugasku Syamal(bukan nama sebenar) ditugaskan sebagai sekretariat untuk mengendalikan persidangan tersebut di Hotel Palace Of The Golden Horses.

Syamal yang bekerja di bawah satu unit denganku telah lama bekerja di situ. Hampir 4 tahun. Banyak selok-belok serta kemahiran yang perlu aku pelajari darinya. Public relationship dan bahasa inggerisnya juga sangat bagus. Mungkin disebabkan dari kecil dia tinggal di luar negara kerana mengikut bapanya yang bertugas sebagai diplomat. Umurnya 30 tahun dan masih bujang. Graduan keluaran Universiti Malaya.

Aku dan Syamal tiba di Palace Of The Golden Horses kira-kira 9.30 malam dengan menaiki Toyota Innova milik pejabat. Jarak tempat kerjaku dari hotel tersebut tidaklah jauh. Kira-kira 30 minit perjalanan sahaja. Setelah memunggah peralatan-peralatan ke bilik sekretariat, kami pun naik ke bilik penginapan yang telah ditempah untuk merehatkan badan seketika.

Bilik tersebut selesa untuk 2 orang penghuni. Lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan. Aku mengambil kesempatan untuk mandi dan bersolat Isya manakala Syamal masih lagi terbaring di atas katil. Semasa sedang bersolat, aku terdengar seperti sesuatu benda dikeluarkan daripada bungkusan plastik. Aku mengagak Syamal mengeluarkan makanan yang dibawanya. Oh, kenyanglah aku nanti, bisikku dalam hati kegirangan tanpa menyedari aku sebenarnya tengah bersolat.

Selesai solat, aku terlihat satu kotak berbentuk empat segi yang agak cantik dan agak asing bagiku terletak di sebelah peti televisyen.

Syam, kau bawa makanan apa. Lapar lah,” aku bertanya.

Mana ada bawa makanan. Nak makan pesanlah kat bawah,” Syamal menjawab.

Yang kau buka plastik tadi,” aku menyoal lagi.

Oh, itu minuman. Tengok kat sebelah tv tu. Dalam kotak,” jawab Syamal lagi acuh tak acuh.

Aku mendekati kotak yang tertulis Chivas Regal itu. Ada tanda harga yang tertulis RM180. Apa istimewanya air ini sehingga mahal begini, getus hatiku. Hatiku mula berasa tidak sedap. Aku membuka kotak dan apabila melihat isinya......

Ya, Allah! Mengucap panjang aku di dalam hati melihat botol yang terkandung di dalam kotak itu. Sah, ini arak! Aku terus meletakkan kotak itu cepat-cepat. Hatiku berdegup pantas dan berdebar-debar. Inilah kali pertama aku melihat malah memegang kotak berisi arak secara langsung. Aqalku ligat memikirkan bagaimana harus aku beritahu dalam erti kata lain menasihati rakan sekerjaku ini.

Akhirnya aku memilih menggunakan pendekatan humor.

Syam, air apa kau bawa ni. Dahla mahal, macam tak sedap pula. Kalau minum air ni mesti pening kepala pusing dunia. Tak ingat apa-apa dah,” aku tersenyum cuba berseloroh dengan harapan dia dapat menerima. Biasalah, senioriti mempunyai ego yang tidak terkalah.

Ala, bising la kau ni. Ni yang aku malas nak duduk sebilik dengan kau. Cakap banyak,” respon Syamal separuh menjerit. Rona mukanya merah tiba-tiba. Satu respon yang langsung tidak aku jangkakan.

Aku ingat dapat bilik sorang satu. Tak sangka pula kena kongsi dengan kau. Aku nak buat parti malam ni dalam bilik ini. Aku dah ajak kawan-kawan aku datang,” Syamal menambah. Tegas suaranya dan masih sedikit keras.

Keadaan hening seketika dan sedikit tegang. Aku hanya mampu mendiamkan diri.

Okaylah, aku sambung kerja kat bilik sekretariat,” kataku seraya bangun meninggalkan katil. Mungkin itu cara terbaik meredakan ketegangan yang timbul.

Kimone,” Syamal memanggilku. Aku berpaling kepadanya.

Malam ni aku ada ajak juga awek cun 2,3 orang datang. Kalau kau nak rasa f***ng awek datanglah pukul 1 nanti,”

Aku hanya memandang kosong dan berlalu pergi. Aku tidak pasti samada Syamal benar-benar memaksudkan pelawaannya tadi ataupun sekadar cuba menyakitkan hatiku. Jauh di sudut hatiku, aku berdoa janganlah perbuatan terkutuk itu berlaku.

Di bilik sekretariat bermacam-macam perkara berlegar di fikiranku. Patutlah duit gaji Syamal tidak pernah cukup walaupun dia masih tinggal bersama ibu-bapanya. Mentekedarah arak rupanya. Bukannya murah benda haram itu. Sepanjang bertugas dengan Syamal aku perhatikan dia juga tidak pernah bersolat. Pernah sekali ketika balik dari tugasan kami singgah di masjid untuk bersolat, dia hanya duduk di atas bangku di luar masjid sambil menghisap rokok berkepul-kepul. Pening aku dibuatnya.

Lebih kurang pukul 3.00 pagi aku telah hampir membereskan kerja-kerja untuk persidangan esok dan mataku sudah tidak dapat ditahan lagi. Mulanya aku bercadang ingin tidur di bilik sekretariat itu namun memandangkan keadaannya sangat tidak mengizinkan dengan timbunan barang-barang, aku terpaksa juga naik ke bilik penginapan.

Sepanjang perjalanan menuju ke bilik, aku tidak putus-putus berdoa agar tiada lah awek-awek cun seperti yang diberitahu oleh Syamal. Aku tidak sangup melihat adegan itu secara langsung. Sesampai di hadapan pintu, hatiku kembali berdebar-debar. Sebaik pintu bilik dikuak, bau arak yang agak kuat mula menusuk. Aku melihat ada 3 orang lelaki lain sedang tidur di atas lantai. Syamal pula di atas katilnya. Botol Chivas Regal dan beberapa botol Coke bergelimpangan di atas lantai. Awek cun? Alhamdulillah, syukur tiada awek-awek cun di dalam bilik.

Aku terus menuju ke katilku dan menutup muka dengan selimut sambil berdoa semoga itulah kali pertama dan kali terakhir aku mencium bau arak yang cukup menyenakkan hidung itu. Cukuplah sekali!

Peristiwa ini memberikan pengajaran kepadaku bahawa inilah realiti kebanyakan golongan muda Melayu Islam di bandar-bandar besar pada hari ini. Jika di kampus dahulu, berada di dalam kelompok persatuan mahasiswa islam yang rata-rata daripada golongan orang yang baik-baik, maka aku beranggapan semua orang adalah baik. Perbuatan paling jahat pun mungkin budak-budak Tindakan Siswa Bersatu UKM ataupun Aspirasi UKM yang selalu membonceng antara lelaki dan perempuan tanpa berkahwin serta menganjurkan konsert-konsert hiburan lagha.

Rupa-rupanya alam sebenar di luar kampus menyediakan realiti hidup yang lebih dahsyat dan menakutkan. Jika begini realiti kehidupan anak muda, bagaimana nasib agama, bangsa dan negaraku 50 tahun akan datang? Mungkinkan akan pupus seumpama pupusnya dinasour suatu ketika dahulu.

" Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) nescaya Dia akan MENGGANTI (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu ini [Surah Muhammad, 38] "

Apakah kata-kata Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" hanya akan tinggal sejarah?

Hanya bekalan iman dan taqwa serta istiqamah di dalam jemaah yang mampu menyelamatkan kita daripada terjebak dengan kegilaan dunia.

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama dan ketaatan kepada-Mu"

15 comments:

HBM Consultant said...

Salam.

Walaupun agak terkejut dengan cerita ini, tetapi saya rasa ia bukan sesuatu yang luar biasa di kalangan anak muda kita.

Saya pernah mengalaminya sewaktu menyertai seminar di selatan tanah air 2 tahun lalu. Kebetulan saya sebilik dengan seorang gadis Melayu yang berstatus pegawai kanan kerajaan. Katanya, "Ala, minum sikit aje, bukan nak minum sampai mabuk."

PenaKiri said...

inilah realiti sebenar..

Tapi mufti lebih sibuk marahkan kita berpeluk dan berkasih sayang dengan bukan islam..

roomate bukan islam lebih menghormati kita apatah lagi jika kita bersembahyang dalam bilik tu.

nz said...

masa baca half cerita td sy dah bleh agak anda akan ckp "Jika di kampus dahulu, berada di dalam kelompok persatuan mahasiswa islam yang rata-rata daripada golongan orang yang baik-baik, maka aku beranggapan semua orang adalah baik.. bla bla bla..".

kalau anda bkn berasal dari persatuan mahasiswa/pelajar islam, anda akan lebih terdedah dgn pelbagai unsur yg menakutkan.. trust me. it is a lot more scarier.. sy ade ramai kawan yg tersesat..

saya harap, (berharap yg amat sgt) sesiapa yg berdakwah melalui blog, sebarkan la URL anda di blog2 remaja yg lain, bkn setakat share dgn kawan2 seperjuangan dan mengharap blog anda dibaca oleh ramaja2 yg bermasalah..

:)

Samudera Tinta said...

Salam Saudari Marni,

Apabila sesuatu yang haram telah menjadi rutin dan undang2 Islam tidak ditegakkan, maka keberkatan dari langit akan hilang.

Hasilnya lihatlah apayang berlaku di negara kita hari ini. Bunuh, rompak, ragut, rogol, dadah dan macam-macam. Nikmat keamanan telah ditarik.

Samudera Tinta said...

Penakiri,

Saya teringat pesanan ustaz saya, terdapat 2 golongan apaila mereka baik, maka baiklah masyarakat dan jika sebaliknya, maka jahatlah masyarakat. 2 golongan tersebut adalah Umara dan Ulama.

Mungkin itulah bahana yang sedang menimpa kita.

Samudera Tinta said...

Inas,

Saya juga ada berkawan dengan budak-budak biasa dan bermasalah.Cuma mungkin mereka tidak menunjukkan perlakuan sebenar mereka apabila berhadapan dengan saya. Kita memberi nasihat dan tunjuk ajar sekadar yang termampu.

Sebagaimana seruan ke arah kebaikan di alam siber, seruan sama juga perlu dilakukan di alam realiti.

Akhirnya, kita perlu kembali kepada isu pokok iaitu di mana akar umbi punca berlakunya gejala sosial di Malaysia. Yang saya nampak cuma satu; UMNO-Barisan Nasional.

Maka, UBN wajib dijatuhkan.

RIDUAN said...

alhamdulillah Allah masih memelihara sahabatku ini... patutnya ko cari idea mcmana nak halang member ko tu buat party... cth : tapi ni kalau berani laa.. ko pecahkan suis loceng penggera kebakaran hotel tu jam 12mlm.. kompom ramai keluar tak duk dalam bilik... tak pun ko beli paku payung ko taruk bawah katil tu banyak2... tak pun ko belasah jer dia.. (tu pun kalau badan dia kecik).. kalau dia berani terbuka buat ko marah... aper salahnya ko marah dia.. tapi kan.. orang mcmtu gila sikit.. bunuh orang pun sanggup maaa...otak dah mereng..sekadar cadagan yang mungkin aku tak dapat lakukan.. :)

nz said...

huhu..

UBN juga puncanya.
ya, diorg yg meluluskan lesen arak/judi/etc. ...

Anonymous said...

abg hakimin...mmg hebat dugaan abg...
klu takde bekalan iman..mmg bleh longlai..-Farhan UTP-

dOUblEH said...

mintak2 di jauhkan......

Samudera Tinta said...

Riduan,

Badan dia lagi besar da dari aku. Bapak punya.huhu..

Aku cakap secara gurau-gurau pun dia dah naik angin, lagi plak aku bagi tazkirah isya'. Mau melenting mamat tu.

Lagipun dia memang panas baran.

Inas,

Ya, UBN antara faktor terbesar permasalahan ini.

Samudera Tinta said...

Paan,

Terima kasih sudi ziarah dan komen. Lama tidak jumpa.. =)

Itu realiti hidup sebenar di luar. Kena berusaha untuk jadi kuat. Usrah jangan tinggal.


Doubieh,

Terima kasih sudi ziarah dan komen.

Ya, Semoga Allah memelihara kita daripada terjebak perkara-perkara mungkar.Amin.

eyamujahidah said...

" Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.(Surah Al-Baqarah:8&9)

~dugaan hidup di akhir zaman...

Samudera Tinta said...

Eyamujahidah,

Moga diberi kekuatan untuk menghadapinya. Amin

Anonymous said...

レイバン RB3025のような、ディアドロップタイプが嫌いお父さんへサングラスをプレゼントにしたい。もちろんレイバン サングラスが一番のチョイスだが、なかなか決められない。多分レイバン ウェイファーラーがいいでしょう。

Related Posts with Thumbnails