Tuesday, May 12, 2009

Drama Kisah Altantuya Di TVB Hong Kong?


Jam menunjukkan pukul 3 petang. Aku baru sampai ke makmal setelah puas menyegarkan diri di luar. Agak mengantuk tenghari ini. Sesampainya di mejaku, rakan setikus makmalku, Ang yang berbangsa Tionghua menegurku,

"Kimone, you mau tengok drama Altantuyakah. Ada orang mau buat drama Altantuya," kata Ang dalam Bahasa Melayu pelatnya. Aku hampir tergelak mendengar Ang menyebut perkataan Altantuya. Pelik benar bunyinya. Sengau semacam.

"Alah Ang, dah bosanlah cerita Altantuya. Last-last orang lain jadi kambing hitam," aku menjawab acuh tak acuh. Entahlah samada dia faham maksud 'kambing hitam' itu.

"Ini TVB Hong Kong mau buat drama Altantuya maa. Bukan company Malaysia. Sudah ada iklan," Ang menambah.

Eh, macam menarik. Pantas aku bertanya, "You dapat dari mana cerita tu?"

"Ini dalam internet. Mari tengok kat dalam laptop i ni," beria-ria Ang mengajakku.

Aku pergi mendapatkan Ang di mejanya dan melihat satu gambar yang ditampalkan dan menjadi perbincangan di dalam satu forum. Ayat-ayat di dalam gambar tersebut dalam Bahasa Cina.

Tanpa disuruh Ang menterjemahkan ayat-ayat di dalam gambar tersebut kepadaku.

"Kat atas sekali maksudnya lebih kurang macam TVB Hong Kong telah membeli skrip drama ini daripada Arnaub Dubus. Tulisan kuning tu maknanya Drama Terhangat 2009. Tulisan merah tu i think tajuk dialah. Tajuknya Ulan Batoh - Paris - Kuala Lumpur ".

"Ulan Batoh tu apa?," Ang menyoalku.

"Ulan Batoh tu rasanya tempat asal Altantuya," aku mengagak.

"Oo, begitu. Okay, gambar lelaki sebelah kanan atas itu adalah Najib. Sebelah kirinya Altantuya. Yang sebelah bawah kiri tu Razak Baginda dan gambar sebelah kanan bawah Rosmah," Ang meyambung terjemahannya kepadaku.

"Tapi Rosmah tu siapa?You tau?," Ang bertanya lagi.

Soalan yang ini memang buat aku betul-betul tergelak. Si Ang ni duduk sibuk-sibuk pasal Altantuya tapi rupanya tak kenal pula Rosmah.

Ang memandangku kehairanan dan penuh pengharapan.

"Rosmah tu isteri Najib. Takkan you tak kenal first lady Malaysia. Memang tak patut lah you ni," aku mengenakan Ang sambil tergelak.

"Bukan tak kenal. Cuma tak ingat," Ang tersengih-sengih cuba berdalih.

"Alah, alasanlah tu," aku mencebikkan bibir sambil berlalu ke mejaku.

"Nanti kalau bila drama ni dah keluar, i bagi salinan cerita pada you skali dengan subtitle," Ang menambah.

"Okay, cantik!,"

Begitulah perbualan ringkas aku dan Ang pada petang tadi. Tidak sangka kisah Altantuya yang popular di negara kita akan didramakan dan menjadi tontonan umum seluruh dunia. Kisah ini adalah ibarat bangkai gajah yang tidak mampu untuk ditutup dengan nyiru. Sudah tersebar ke merata ceruk tempat.

Terjemahan ayat-ayat di dalam gambar di atas adalah diberikan sepenuhnya oleh Ang. Jika dia menipu maknanya semua pembaca entri ini tertipulah.hehe. Namun, aku yakin Ang tidak menipu kerana sepanjang mengenalinya, dia seorang yang baik hati. Jauh sekali pernah menipu dan berbohong.

Sekadar perkongsian di petang hari yang dingin. =)

7 comments:

HBM Consultant said...

Salam.

Cantik pula 'Rosmah' dalam gambar tu. Errmmm... mungkin drama ini boleh dinaik taraf menjadi filem pula dan mungkin boleh menang filem terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik kategori filem sejarah.

Ahahahaa..

Xara said...

kalau dah dapat salinan cerita tu, hulur-hulurlah ye.. berkongsi itu amalan mulia. Hehe.

Btw, Ulan Bator tu ibu negeri Mongolia. :)

RIDUAN said...

bior betul kimin... canteeeekkk

Samudera Tinta said...

Salam Marni,

Saya pun berasa watak Rosmah di dalam gambar tersebut kurang sesuai. Sepatutnya diletakkan aktres Lydia Sum.hehe..

Samudera Tinta said...

Cik Suri,

itupun jika cerita ini betul-betul didramakan. mungkin untuk mendapat salinannya 2,3 tahun lagi.hehe..

Saya ingatkan Ulan Bator tu kampung Altantuya.

Samudera Tinta said...

Tak tahulah betul ke tak wan. Pagi tadi Ang kata keluar dalam surat khabar cina benda tu palsu plak.Hehe.

Apa-apalah..

Abang Is said...

Aku taknak komen pasal cerita tu..selagi x kuar, retorik je.nanti jadi mcm Aduh Saleha yg tak siap tu..gempak je lebih

Siap Ang dan kenape ko kenal hati budi beliau..Adakah beliau Miss Ang..Jika Mr. ANg tak mengapa..huhu..

Related Posts with Thumbnails