Jutaan terima kasih buat semua sahabat Samudera Tinta
Hari ini genaplah setahun umur blog Samudera Tinta. Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik rupanya sudah 12 bulan Samudera Tinta wujud di alam maya ini. Sejarah kewujudan Samudera Tinta bermula apabila aku terbaca di dalam Majalan PC tahun 2008 (Maaf, lupa bulan berapa) bahawa blog merupakan fenomena baru Gen-Y dan mana-mana ahli Gen-Y yang tidak memiliki blog bolehlah dianggap ketinggalan zaman. Oh, aku sudah ketinggalan zaman?
Sebelum ini aku ada memasang niat untuk membuat blog namun niat suci tersebut sering sahaja terhalang. Namun dengan membaca pernyataan ”ketinggalan zaman” itu ditambah dengan ketensionan kerja-kerja makmal menjadikan semangatku untuk berblog meruap-ruap.
Tanpa berlengah aku terus menyediakan satu blog baru. Entah dari mana ilham tiba-tiba muncul nama Samudera Tinta. Kata Abang Is, nama Samudera Tinta itu ala-ala jiwang. Sesuai untuk orang perempuan. Namun bagiku itu hanya persepsi beliau. Persepsi bukanlah cerminan realiti.
Tanggal 22 Mei 2008, 3.18 pm aku memulakan entri pertamaku bertajuk ”Selamat Datang Ke Dunia Blog!”. Aku tampalkan di sini;
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Saya adalah Kimone Al-Kindi. Sedang cuba-cuba untuk melibatkan diri dalam dunia bloggers. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada diri saya sendiri kerana telah berjaya melibatkan diri dalam salah satu media yang cukup efektif dasawarsa ini. Tak Caye? Cube tanya Menteri Penerangan yang baru, Shabery Chik.. =)
Semoga terus istiqamah dalam berblog.
Go, go Kimone!!
Betapa semangatnya pertama kali mempunyai blog sehinggakan aku membuat posting kedua selang lebih kurang 75 minit kemudian bertajuk ”Mengapa Berblog?”;
Rupa-rupanya bidang blog ini juga menuntut kesabaran! Masakan tidak, baru tadi aku selesai menaip lebih kurang 3 perenggan entry baru, namun akibat tersilap teknik semasa save, entry tersebut terus hilang, lantas membazirkan masaku selama 15 minit yang aku gunakan untuk menaip entry tersebut. Ish, sabar je lah! Kang tak pasal-pasal ada yang berhenti terus berblog.. =)
Berbalik kepada soalan tadi mengapa berblog? Ini adalah soalan biasa ditanya kepada mereka yang berhasrat untuk berblog ataupun yang baru memasuki dunia blog. Jika ditanya kepadaku secara peribadi, bagiku blog merupakan satu medium untuk meluahkan apa yang tersimpan di minda dan hati.
Lagipun bagi diriku, "sang tikus makmal" yang duniaku hanyalah dinding konkrit empat segi dan menghambakan seluruh hariku di dalam makmal yang kadangkala menggembirakan (apabila eksperimen yang dibuat menjadi) dan kadangkala menyedihkan (banyak faktor, mungkin aku boleh kongsikan kemudian), dengan berblog aku boleh melepaskan segala tekanan dan faktor-faktor lain yang menghimpit dadaku. Kerna melalui penulisan kita mampu menyalurkan dan mempamerkan perasaan kita.
Jadi, aku harap ini akan menjadi titik permulaan yang baik kepada ku. Semoga terus menjadi motivasi kepadaku untuk terus menghabiskan saki-baki perjuangan di bumi Bangi yang indah ini.. =)
Don't give up! Go Kimone!
Semenjak itu bermulalah kehidupanku sebagai seorang pemblog separuh masa. Semangat yang membara itu kemudian semakin hari semakin malap dan akhirnya terpadam seketika dek pukulan kesibukan harian. Sehinggalah isu Perak kembali membangkitkan kesedaranku untuk menulis kembali. Jika dilihat entri untuk keseluruhan tahun 2008 adalah kurang berbanding bulan April 2009.
Menurut Ustaz Zaharuddin, medium blog menyediakan ruang dakwah dan pahala yang tiada henti. Entri yang terpapar di dalam blog jika dihayati oleh pembaca lantas menimbulkan kesedaran kepada pembaca, maka penulis blog akan mendapat pahala. Jika pembaca tersebut menyalin entri tersebut dan meletakkan di dalam blognya lantas orang lain mengambil manfaat daripada tulisan itu, kita masih akan terus mendapat pahala tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang menyebarkan tulisan itu. Begitulah unik dan hebatnya rantaian pahala itu hatta ketika kita sedang tidur pun akaun pahala akan tetap berjalan selagi mana ada daripada bani Adam yang mendapat manfaat daripada penulisan itu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya dari pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan sedikit pun dari pahala orang yang mengikutinya. Barangsiapa yang mengajak kepada kejahatan maka keatasnya dosa sama seperti orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan sedikit pun dosa orang yang mengikutinya.
Di kesempatan ini inginku mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabatyang sentiasa memberikan sokongan kepada Samudera Tinta samada melalui ruangan komen, shoutbox, pencambah minda dan lain-lain. Daku sangat menghargai segala kebaikan yang kalian lakukan dan kalian benar-benar menjadikan hidupku lebih ceria, gembira dan berwarna-warni ibarat sang pelangi. Terima kasih sahabat-sahabatku!
Selamat Ulang Tahun Pertama buat Samudera Tinta dan buat semua sahabat Samudera Tinta, sekali lagi jutaan terima kasih.
16 comments:
TAHNIAH! Sudah setahun usia blog ini berbanding blog saya, baru beberapa bulan, hehee..
epi befday 2 u, epi befday 2 u, epi befday 2 'samudera tinta', epi befday 2 u...
'samudera tinta' ade bawak maksud pape ke??
Saudari Marni,
Bagi saya usia bukan ukuran. Apa yang lebih penting sejauh mana ia berguna dan boleh diambil manfaat oleh orang lain.
Betul tak?
Saudari Inas,
Terima kasih di ata ucapan itu. Tak ada hadiah untuk samudera tinta ke?hehe..
Saya lebih cenderung untuk menafsirkan maksud 'samudera tinta' berdasarkan Surah Luqman, ayat 27;
"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi dijadikan pena dan segala SAMUDERA dijadikan TINTA, dan ditambah lagi tujuh SAMUDERA sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah (nikmat-nikmat) Allah ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.."
Terima kasih sekali lagi.. =)
http://dr1221.blogspot.com/2009/04/ masuk ke sini pastu komen yang 'berat budak cina nie'...isk...! tak suke betul!
tahniah sudah setahun usianya. semoga terus bersemangat untuk berkarya :).
tahniah sudah setahun. Nanti bulan 10 saya kena buat posting kat blog sempena tahun kelima berblog. thehehe
Salams saudara. Tahniah ! Dah setahun rupanya umur samudera tinta.semoga terus panjang umur dan semoga saudara terus beristiqamah dalam perjuangan ini hingga ke akhir hayat...
sungguh takjub dengan jalan dakwah di alam maya ni ya.. pahala yang tidak putus2 dan berpanjangan... Subhanallah.
Persepsiku adalah realiti..
Itu tidak dapat disanggah lagi..huhu..hullcity..huhu..
Saudari Nora,
Saya rasa budak tu geng Bloggers Pembela Negara (BN). Saya malas nak layan orang begitu kerana macammana berhujah pun mereka tidak akan terima.
Kak Kin Hasyim,
Terima kasih. Semoga Samudera Tinta terus diberi kekuatan untuk berkarya.
Cik Xara,
Rupanya sudah lama kamu berblog. Jika budak sekolah rendah sudah darjah 5.hehe..
Drsiti,
Lama tidak nampak.hehe..Terima kasih. Doakan sama ya semoga Samudera Tinta terus istiqamah untuk menyampaikan peringatan kepada diri sendiri dan untuk semua, insyallah.
Menghayati maksud "Sampaikan dariku walau sepotong ayat.."
Abang Is,
Persepsimu selalu tersasar. Seumpama tersasar dan meleretnya bulu tangkismu.huhu..
enche Samudera, meskipun lama usia berblog, tetapi entah apa yang ditulis. :)
Cik Xara,
Perkongsian pengalaman juga boleh memberi manfaat untuk orang lain.
Post a Comment