Wednesday, May 20, 2009

Sokongan Kempen Sejuta Poskad Mansuh PPSMI


Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.

Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.

"Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI," katanya kepada Malaysiakini.

Hasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.

Tiada had masa

Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.

Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.

"Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa," katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.

Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.

Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".

Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana "keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal".

Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.

Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.

Pembelian KAD PPSMI;
Urusan Pembelian kad PPSMI boleh dirujuk kepada urusetia berkenaan:-
Azizan (019-4818687)
Shah Rizan (016-4731816)
Mohd Ridzuan (012-9675690)

~ Malaysiakini ~

P/s: Jika perlu turun sekali lagi di jalan raya, ayuh khabarkan sahaja. Kerana amarah rakyat akan menyambutnya dengan tangan terbuka. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah!

7 comments:

HBM Consultant said...

Tuan,
Mohon maklumkan jika ada maklumat di mana poskad tersebut boleh dibeli. Maklumat yang ada terlalu umum. Terima kasih.

Samudera Tinta said...

Salam saudari Marni,

Saya sudah kemaskini entri berkenaan.

Boleh hubungi urusetia berikut;

Pembelian KAD PPSMI
Urusan Pembelian kad PPSMI boleh dirujuk kepada urusetia berkenaan:- Azizan (019-4818687) Shah Rizan (016-4731816) Mohd Ridzuan (012-9675690)

Atau layari laman web TERAS,
www.temanteras.wordpress.com

Terima kasih.

HBM Consultant said...

Ribuan terima kasih, tuan. Akan saya letakkan juga di blog saya nanti. Terima kasih sekali lagi.

Samudera Tinta said...

Sama-sama. Tiada masalah.

nz said...

tapi klu pegi interviu jd guru, klu kena tanya apa pendapat anda tntg PPSMI, nak jwp ape?

Samudera Tinta said...

Inas,

Payah juga nak jawab soalan tu. Jika berani beritahu yang sebenarnya. Apa yang saudari rasakan kesan daripada dasar tersebut. Samada +ve (jika ada) dan -ve.

Jika rasakan perlu berhelah katalah dasar tersebut perlukan kajian yang lebih mendalam dan lanjut.hehe..

Anonymous said...

isa adalah bagi menjaga keselamatan negara dan terpakai terhadap semua orang. Dalam hal ini, orang politikpun tidak boleh dikecualikan kerana acapkali merekalah yang menghuru-harakan keadaan. Perlu faham falsafah bahawa negara tidak menjawab kepada orang politik, sebaliknya orang politiklah dikehendaki menjawab kepada negara bahawa tindak tanduk mereka tidak mengancam keselamatan negara. Sememangnya ISA adalah undang2 sah yang berkesan mengekang apa jua tindakan covert atau overt terhadap keselamatan negara. Maka mana-mana orang yang “corner baring” menghuruharakan keadaan, ISA (bukannya mahkamah) adalah sebaik-baik kaedah mengekang perbuatan mereka. Perlu faham juga bahawa ISA adalah Undang2 Tuanku bukan UMNOpunya, maka orang politik tak kira UMNO atau pembangkang sama-sama terikat dengan ISA – maka jangan ada sesiapa, ada mana-mana golongan nak “corner baring”, kesudahannya jatuh terbaring. Perlu faham bahawa fahaman sosialisme, republik dan komunisme sebenarnya bertentangan dengan konsep raja berpelembagaan yang diamalkan diMalaysia.
Apa yang saya nampak, pemansuhan ISA yang diwawarkan lebih bersifat kepentingan politik bukannya bersifat kepentingan negara. Yang perlu dipertekankan sepatutnya adalah keharmonian, kesejahteraan, kestabilan dan pembangunan. Masaalah rumah2 terbengkalai dan pemaju-pemaju yang banyak melakukan penipuan terhadap pembeli2 – apakah mahkamah dan kerajaan telah dapat membendung penyangak-penyangak tersebut dengan Akta Perumahan? Kanun Keseksaan ataupun Undang2 Rasuah? Ini baru hal kesejahteraan rakyat belum lagi keselamatan negara!
Orang-orang yang menyalahgunakan ISA yang perlu diambil tindakan bukannya undang2 itu. Dan mereka-mereka yang tidak menggunakan ISA dalam keadaan sepatutnya juga sebenarnya telah juga bertindak mengancam keselamatan negara dan perlu diambil tindakan. Apakah kerana kemalangan jalanraya yang membabitkan kenderaan, maka dihapuskan kenderaan dijalanraya atau pemandunya diambil tindakan kerana cuai atau memandu dengan melulu?
Ramai tentera dan polis perisik mati tanpa anak-isterinya dibela dalam usaha mereka merisik demi keselamatan negara. Perbuatan-perbuatan underworld, mafia dan kumpulan gelap yang melacurkan perempuan-perempuan, pengedaran dadah, peras ugut, ahlong dan perbuatan maksiat-maksiat yang lain, pengganas-pengganas yang kita ketahui dan tidak diketahui, apakah kamu bersedia menjadi saksi terhadap mereka itu dimahkamah? Apakah kamu bersedia menjadi perisik (dengan berpura-pura menjadi kawan baik mereka) terhadap perbuatan penyangak2 tersebut? Pernahkah dan beranikah kamu melaporkan kegiatan-kegiatan penyangak-penyangak tersebut kepada pihak polis? Mereka-mereka berjuang dan bergadai nyawa dengan penyangak-penyangak agar rakyat dapat hidup dan tidur dengan aman dan damai. Apakah mekanisme dan cara negara merisik tindakan overt dan covert musuhnya perlu didedahkan? Dalam rumahtangga pun ada rahsia, dalam perniagaan pun ada rahsia, dalam jabatan dan kulliyah pun ada rahsia, inikan pula negara.
Fikir masak2 dan jangan terlalu mengikut perasaan.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Related Posts with Thumbnails