Thursday, June 11, 2009

Blog dan Pengemaskiniannya


Uhuk, uhuk, uhuk!

Terbatuk-batuk aku ketika mula-mula sign in Samudera Tinta tadi. Maklumlah blog ini telah dipenuhi oleh habuk-habuk dan sesawang elektronik yang tidak nampak di mata tetapi tetap wujud secara semulajadi. Terjadi akibat lamanya Samudera Tinta tidak dikemaskini.hehe.

Sebenarnya, kegagalan untuk mengemaskini blog ini salah satunya berpunca daripada gambar di atas. Aku telah menyertai satu seminar anjuran bersama universiti di Malaysia dengan salah sebuah universitas di Indonesia, Institut Teknologi Bandung (ITB).

Walaupun penyertaan itu dalam bentuk poster (seperti yang tertera pada gambar di atas), namun prosesnya juga sangat rumit. Bermula daripada penyediaan kertas kerja yang perlu mengikut format dan standard (baca; menyusahkan orang) tersendiri, merujuk buku dan jurnal, menyediakan susun atur templat poster yang bersesuaian, menempah poster sehinggalah pendaftaran pada hari program. Semua menuntut komitmen yang padu, jitu dan tidak berbelah bahagi daripada seorang jejaka Melayu tulen sepertiku.

Seminar selama 3 hari tersebut berakhir pada hari ini. Rata-rata peserta yang hadir samada dari Malaysia ataupun Indonesia terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang kimia; Organik, Inorganik, Analisis, Fizikal, Biokimia dan lain-lain. Ternyata isu Manohara tidak meresap masuk ke dalam bidang akademik. Masing-masing boleh bersahabat dan berinteraksi dengan baik tanpa apa-apa masalah. Baguslah begitu.

Keduanya, aku juga perlu memberikan komitmen terhadap tesis yang memasuki fasa 'pecunasi' (pecutan + hibernasi). Sukar untuk menerangkan dengan lebih lanjut apa itu pecunasi kerana melibatkan istilah-istilah yang kompleks. Namun aku bersyukur masih mampu bernafas dengan baik semasa melalui fasa ini tanpa memerlukan bantuan tabung oksigen, alhamdulillah.huhu. Semoga ianya akan terus berkekalan begini.

Di penghujung bulan ini, jika tiada aral, insyallah aku akan mengikuti satu lagi kolokium yang merupakan syarat wajib tempat pengajian. Jika tidak dibuat, maka batallah pengajian. Betul ke? Apa pun diharapkan kolokium ini tidak menghalang aku untuk terus mencoretkan sesuatu di Samudera Tinta yang sentiasa dirindui ini (walaupun sekadar salin dan tampal.uh,uh.).

Akhirnya, salam rindu buat semua..

6 comments:

HBM Consultant said...

Salam.

Baru saya fahami kini, rupanya tuan juga sedang melanjutkan pengajian. Nyata, kita sama-sama bergelar pelajar dan pekerja (walaupun dalam bidang yang pasti berbeza). Semoga Allah permudahkan urusan pengajian tuan dan semoga berjaya dengan cemerlang. Saya juga sedang pening kepala dengan persediaan bagi membuat 3 pembentangan kertas kerja pada Julai, Ogos dan November ini. Semoga dipermudahkan oleh Nya. Amin.

Xara said...

pecutan + hibernasi? Hmm... bagaimanakah caranya?

Samudera Tinta said...

Saudari Marni,

Benar. Belajar dan bekerja. Memang memeningkan. Perlu ketabahan hati.hehe..

Doa saya sama juga semoga Allah memudahkan urusan saudari dan berjaya dengan cemerlang.

Semoga terus sukses selalu, insyallah.

Samudera Tinta said...

Cik Suri,

Pecutan + hibernasi secara mudahnya membawa maksud mula-mula memecut kemudian berhibernasi secara total. Faham tak?hehe..

BARAN said...

salams saudara. sibuk benar nampaknya... semoga saudara terus berusaha yang terbaik !

sebenarnya saudara ni ambik course apa? nanotechnology ke?

Samudera Tinta said...

Salam Drsiti,

Tidaklah sibuk sangat. Lebih tepat disebut buat-buat sibuk.huhu..

Bijak saudari meneka. Saya amik course Fizik. Bidang kajian dalam pengkelasan nanoteknologi. Boleh dikelaskan dalam Kimia Fizikal juga. 'Multi-discipline' kata orang Qlate.. =)

Related Posts with Thumbnails