Sunday, June 14, 2009

Perginya Seorang Ulama


Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ass radiallahu anhuma berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Ulama tersohor dunia Sheikh Dr Fathi Yakan dikhabarkan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun. Siapa yang tidak mengenali beliau. Salah satu buku karangannya yang popular bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' sentiasa meniti di bibir kumpulan-kumpulan usrah pelbagai wadah sebagai salah satu silibus asas. Walaupun ramai tidak pernah berjumpa beliau, namun nama beliau tidak lekang di kalangan penggerak dan aktivis dakwah serata dunia.

Di dalam IslamonLine.net tertulis Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.


Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.Baru saja kami mengupas kitab Bahtera Penyelamat di dalam Mukhayyam Dakhili yang lepas. Karangannya benar-benar sarat motivasi dan petunjuk. Cukup berkualiti sebagai rujukan oleh aktivis dakwah.

Dengan perginya Sheikh Dr Fathi Yakan maka umat Islam telah kehilangan sebutir permata yang sangat berharga yang sukar dicari ganti. Bersama kita doakan semoga roh Sheikh Dr Fathi Yakan akan ditempatkan bersama para kekasih-Nya, insyallah. Amin.

Jutaan penghargaan buat Al-Marhum Al-Fadhil Sheikh Dr Fathi Yakan. Al-Fatihah.

2 comments:

BARAN said...

Salams saudara.Innalillah..besarnya kehilangan kita. saya belum pernah pun lagi baca buku karangannya.isk2. semaikn hari,semakin kurang alim ulama dikalangan kita =(

Samudera Tinta said...

Salam Drsiti,

Jasa al-marhum cukup besar. banyak karya-karya besar beliau menjadi rujukan. Saudari boleg cuba baca buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam'.

Buku ini cukup cantik ulasannya bermula dari individu muslim sehinggalah perkara-perkara yang lebih besar.

Boleh didapati di Jaafar Rawas (macam promoter la plak).

Related Posts with Thumbnails