Monday, April 26, 2010

Di Antara Pertempuran dan Peperangan


Sekalung tahniah dan syabas diucapkan buat Zaid Ibrahim serta jentera Pakatan Rakyat di atas usaha dan jerih-perih yang tidak mengenal jemu sepanjang tempoh berkempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Ini baru permulaan kepada pertarungan yang lebih besar. Kalah di dalam satu pertempuran, namun, kita masih perlu berhadapan dan menang di dalam peperangan, insyallah.

Benar, Pakatan Rakyat dilihat berlawan dengan kerajaan Malaysia. Seluruh jentera kerajaan digerakkan untuk mempengaruhi pengundi Hulu Selangor hatta pihak PLUS juga diperkudakan. Gila!

Majoriti 1,725 undi (termasuk undi pos) yang diperolehi Kamal adalah tersangat tidak berbaloi dengan RM166.7 juta gula-gula pilihanraya yang telah ditaburkan oleh UMNO Barisan Nasional. Sepatutnya, dengan sejumlah wang yang cukup besar itu, Pakatan Rakyat seharusnya langsung kehilangan wang deposit. Namun, takdir Allah memperlihatkan terdapat rakyat Malaysia yang masih cintakan kebenaran dan tidak gelap mata dengan godaan wang palsu UBN.

Apa yang mendukacitakan, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya menjadi pengadil yang adil hanya menutup sebelah mata terhadap segala rasuah pilihanraya dan kebejatan yan dilakukan UBN. SPR yang turut digelar salah satu parti komponen UBN, awal-awal lagi memberi isyarat kepada kemenangan UBN apabila tidak lagi mengiktiraf dan memberi kuasa Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) sebagai pemerhati bebas pilihan raya. Ini dilihat sebagai taktik SPR untuk menghalalkan segala tidak-tanduk haram parti pro Israel, UBN dan ternyata ia menjadi kenyataan di Hulu Selangor.

Trend pengundian di Hulu Selangor memperlihatkan majoriti undi kaum India dan Tionghua adalah kepada Pakatan Rakyat. Namun, agak malang apabila undi-undi orang Melayu di kawasan FELDA masih berpihak kepada UBN. Ya, FELDA! Lubuk emas undi untuk UBN kerana di situ bersarang segala jenis kerosakan dan keruntuhan akhlak. Masih ada yang baik namun majoritinya adalah kurang cerdik dan tidak bermaklumat.

UBN pasti mahu mengekalkan status quo FELDA-FELDA ini kerana semakin jahil seseorang itu, semakin senang mereka diekploitasi. Mungkin cukup dengan hanya sehelai kain batik ataupun sekadar sebuah basikal. Khalas!


Umum mengetahui Selangor merupakan negeri yang terkaya di Malaysia dan selama UBN berkuasa di Selangor, negeri inilah yang mejadi nadi untuk menjana serta menyuntik kewangan ke dalam poket-poket pimpinan serta kroni UBN. Disebabkan itu tidak hairanlah pilihan raya kecil Hulu Selangor dianggap sangat penting oleh UBN dan UBN akan bermati-matian untuk memenangi pilihan raya kecil ini sebagai pembakar semangat untuk kembali merampas “lubuk duit” ini samada secara halal, haram mahupun halam (halal+haram).

Bercakap mengenai pilihanraya bersih dan adil, apa khabar BERSIH? Pilihanraya ke-13 semakin hampir, namun tuntutan-tuntutan BERSIH satu pun belum ditunaikan. Memetik kata-kata Zaid, ”kita perlu terus menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi”.


Apa pun kita sewajibnya meyakini bahawa apa yang telah berlaku di Hulu Selangor merupakan takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Pakatan Rakyat telah berusaha bersunguh-sungguh, namun Allah mentakdirkan untuk menangguhkan kemenangan di Hulu Selangor buat Pakatan Rakyat. Mungkin ini merupakan muhasabah untuk kita dan peluang untuk mencari kelemahan, menyusun semula serta merangka strategi baru untuk berhadapan dengan taktik menggila UBN.

UBN wajib dijatuhkan !!

*Kredit; Gambar pertama diambil dari Bagan Utama, gambar kedua dari Buletin Online dan gambar ketiga dari Harismibrahim.

6 comments:

Marniyati said...

Kecewa.

Samudera Tinta said...

Puan Marni,

Kalau diikutkan memangla rasa sedikit kecewa. Tapi seeloknya disimpan dahulu kecewa tersebut.

Peperangan di hadapan adalah lebih besar. Kita tengok UBN mampu atau tidak mengotakan segala janji pilihanraya yang telah ditaburkan. hehe..

Pacifist said...

salam.
undi yg diperolehi dato zaid bertambah seratus lebih berbanding penyandang dahulu.ini bermakna sokongan rakyat di hulu selangor masih memihak kpd PR.walaupun rasuah p/raya berlaku secara terang-terangan.tp bagus gak depa menang,kantung mereka yg keluar utk rakyat hulu selangor.(keje kerajaan negeri depa buat).target adalah p/raya umum,barulah undi-undi istimewa tidak boleh menampung lompong2 yg ada di seluruh negara.

Samudera Tinta said...

Salam Pacifist,

Benar, saya setuju dengan pandangan saudara.

Sedar atau tidak jutaan duit yang dijanjikan oleh UBN akan memakan diri. Jika mereka tidak mampu melunaskan segala janji, pasti mereka akan lingkup dalam PRU-13, insyallah.

Masa akan mengajar UBN !!

Marniyati said...

Masih mengubat kecewa gara-gara tidak dapat menghantar Zaid (bijak pandai undang-undang) ke Parlimen. Teringat pula kata PM kita, "Itu bukan rasuah. Kita cuma menyelesaikan masalah rakyat yang tertangguh sekian lama". Ayat itu seharusnya disambung : "...akibat sikap tidak amanah kami sebelum ini"

Samudera Tinta said...

Hehe. tepat sekali Puan Marni. kita tengok pulak lepas ni ayat-ayat klise tersebut akan diulang di Sibu.

Tunggu sahaja. hehe..

Related Posts with Thumbnails