Wednesday, June 3, 2009

Daku Menangis Melihat Gambar ini

Ahmad Maslan menoreh getah di kebun Ibrahim Omar (kiri) ketika meluangkan masa beberapa hari bersama penduduk DUN Manek Urai, di Kampung Bukit Budu Lata Rek, Kuala Krai, semalam.


Ahmad Maslan selami kehidupan rakyat di kebun getah

KUALA KRAI 2 Jun - Bagi menyemarakkan semula tradisi mendekati rakyat secara bersemuka dan menyelami kehidupan dan pandangan sebenar mereka, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berusaha menggunakan pendekatan tersendiri.

Beliau bermalam di rumah seorang penduduk kampung Chuchuh Puteri yang dikenali sebagai Pak Kob dalam kunjungan kali ketiga di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Selesai solat Subuh di masjid kampung itu, Ahmad Maslan kemudian turun bersarapan sebuah warung di situ.

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) itu kemudian menjengah keempat buah rumah penduduk kampung termasuk menziarah mereka yang sakit dan bertemu penyokong Pas.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kemudian pulang semula ke rumah menukar pakaian dan terus ke kebun Ibrahim Omar, 56, di Kampung Bukit Budu, Lata Rek untuk bersama menoreh getah.

Bersama Ibrahim, pemimpin itu menghabiskan masa kira-kira sejam menoreh dan pihak media yang menyedari kegiatannya itu menemuinya di kebun.

Bagi Ibrahim, kesudian Ahmad menoreh bersamanya sememangnya mengejutkan. Dia tidak menyangka pemimpin itu sanggup turun ke kebun untuk menoreh dan merasai sendiri perit jerihnya menyara keluarga selama ini.

''Dia menoreh dengan lancar, tidak kekok sama sekali. Cuma saya yang rasa segan mulanya.

"Saya akan ingat perkara ini sampai mati. Tidak mungkin saya lupa kerana sebelum ini menoreh seorang diri tetapi tiba-tiba sahaja hari ini 'orang besar' datang dan tolong saya,'' katanya.

Bagi Ahmad pula, beliau akan berada di Manek Urai lebih lama bagi memantau gerak kerja jentera penerangan menjelang pilihan raya kecil kawasan itu.

Manek Urai bagi pemimpin itu akan menjadi asas untuk menerapkan konsep 'penerangan secara bersemuka' dan bukan sekadar retorik.

''Caranya ini akan menyebabkan pemimpin dan rakyat akan berasa hubungan lebih dekat tanpa batasan, menghilangkan persepsi yang mungkin tidak menyenangkan selama ini,"ujarnya.

Menurut Ahmad Maslan, beliau lahir dan dibesar dalam keluarga susah dan pencapaiannya dalam hidup berasaskan dorongan ibu dan bapa yang juga penoreh getah.

''Saya dibesarkan di Pontian dengan susu ibu dan juga dengan hasil susu getah yang saya toreh untuk membantu keluarga," ujarnya.

Beliau berkata, lebih 70 peratus penduduk Manek Urai merupakan penoreh getah dan kebanyakannya mengambil upah, justeru kerajaan berusaha meringankan beban hidup mereka terutamanya jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil di situ.

Katanya, sepanjang berada di Manek Urai beliau akan memastikan jentera penerangan parti tidak mengehadkan kaedah berkempen melalui ceramah semata-mata.

Beliau berkata, ceramah mungkin satu cara tetapi untuk lebih berjaya, pemimpin itu sendiri perlu menghayati dan memahami permasalahan penduduk bagi memudahkan jalan penyelesaian terbaik dilaksanakan.

~ Sumber; Meloya ~

******************************************************************************

1.Masa mula-mula melihat gambar ini, aku sangat terharu. Terasa ingin mengisi borang keahlian UMNO serta-merta. Inilah contoh kepimpinan terbaik 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2.Namun, apabila melihat tempat berlakunya peristiwa di atas, hatiku mula menyumpah. Laa, patutlah prihatin sangat. Kat Manik Urai rupanya. Terus aku batalkan niat mendaftar UMNO. Siot betol.

3.Nak berlakon pun belajarlah dulu daripada Tom Hanks ataupun Diana Danielle. Ataupun mengikuti kelas teater bersama Sabri Yunus.

4.Cuma aku kasihan melihat Pakcik Ibrahim tersebut. Mungkin kena tipu hidup-hidup dengan lakonan murahan gerombolan. Pakcik Ibrahim mana baca blog. Dia tengok TV3 dan Utusan Meloya sahaja.

5.Persoalannya, nak menoreh pun kena ada 2 orang pengiring ke?

6.Sejam menoreh agaknya berapa batang pokok dapat ditoreh? Ataupun sekadar letak pisau toreh kat pokok, ambil gambar, sengih-sengih dan terus blah.

6.Kesimpulannya, jentera PAS jangan berlengah lagi. Gendang perang telah ditabuh. Pastikan kesinambungan Allayarham Pak Will diteruskan. TAKBIRR!!

8 comments:

nz said...

loh, ingtkan... tu kampung sape.. hehhe.. anyway, bkn pak berahim tu je terkedu, pak abu, pak ali, pak leman, pak seman, sume la.. kompem terharu~

HBM Consultant said...

Aduh, mulanya saya juga terharu tetapi apabila membaca nama lokasi kejadian, air mata yang bergenang terus masuk semula ke dalam hati. Hehehee.

Samudera Tinta said...

Inas, saya juga kasihan dengan generasi emas. mereka tidak terdedah dengan maklumat. Apatah lagi di kampung-kampung dan felda-felda.

Duk pakat-pakat kena tipu.

Samudera Tinta said...

Marni,

Samalah kita.hehe.Nampak sangat kehipkoritannya.

Kalau tak keluar air mata lelaki ini.huhu..

Anonymous said...

hanya kerana sebatang torehan di pokok getah, aku sudah menolong meringankan beban orang tua itu...

yang best nyer, masuk paper tu beb

Unknown said...

PRK ialah tempat pimpinan pusat berlatih keupayaan masing-masing berlakon. Kenapa tak pergi toreh kat tempat lain, kat kampung dia sendiri kat Johor tu ke... janganlah terus memperbodohkan rakyat.

Samudera Tinta said...

Kepada Anonymous,

Kalo dah gila glamour, semua benda nak dimasukkan dalam akhbar.hehe.

Samudera Tinta said...

Kak Chik,

Semoga mereka akan terus kecundang walau di mana sahaja mereka bertanding.

Takbir!!

Related Posts with Thumbnails