Kelekatu
Keluar dari persembunyian
Sesudah hujan
Menghurung api pengharapan
Penyudah sisa penghidupan
Manusia
Sebaik Ramadhan menjelma
Berbondong menghurung rumah ibadat
Mungkin luasnya sekadar celahan kelangkang kera
Namun ramainya tidak terkata
Terdetik di minda sedar
Apakah kita hamba Yang Esa
Atau sekadar hamba Ramadhan
10.30 malam, 25 Ogos 2009
Kuantan, Pahang
Pendatang Israel Serang Ambulans Palesti Di Selatan Nablus, Pecahkan Cermin
-
Rabu, 22/04/2026 – Sebuah ambulans Palestin diserang oleh sekumpulan
pendatang Israel pada petang Ahad berhampiran pos pemeriksaan Za’tara,
selatan Nablu...
2 days ago


3 comments:
Salam, Encik ST.
Sememangnya Ramadhan adalah bulan yang mulia dan syukur kerana umat Islam masih mahu memuliakannya. Alangkah baiknya jika kelekatu ini keluar tanpa musim.
Saudari Marni,
Jika sudah bernama kelekatu, maka bermusim lah gamaknya.
ST,
Benar sekali.
Jadilah hamba yang rabbaniyyun, bukan ramadhaniyyun..
Post a Comment