Tuesday, September 1, 2009

Kelekatu Ramadhan

Kelekatu
Keluar dari persembunyian
Sesudah hujan
Menghurung api pengharapan
Penyudah sisa penghidupan

Manusia
Sebaik Ramadhan menjelma
Berbondong menghurung rumah ibadat
Mungkin luasnya sekadar celahan kelangkang kera
Namun ramainya tidak terkata

Terdetik di minda sedar
Apakah kita hamba Yang Esa
Atau sekadar hamba Ramadhan

10.30 malam, 25 Ogos 2009
Kuantan, Pahang

3 comments:

HBM Consultant said...

Salam, Encik ST.

Sememangnya Ramadhan adalah bulan yang mulia dan syukur kerana umat Islam masih mahu memuliakannya. Alangkah baiknya jika kelekatu ini keluar tanpa musim.

Samudera Tinta said...

Saudari Marni,

Jika sudah bernama kelekatu, maka bermusim lah gamaknya.

Heyamujahid said...

ST,
Benar sekali.
Jadilah hamba yang rabbaniyyun, bukan ramadhaniyyun..

Related Posts with Thumbnails