Tuesday, April 20, 2010

Cakna Arak Di Hulu Selangor

Isu arak agak hangat diperkatakan di Hulu Selangor apabila Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat dikatakan salah seorang peminum tegar. Cybertroopers UMNO juga telah menyiarkan gambar-gambar yang kononnya menunjukkan Zaid Ibrahim adalah peminum arak. Antaranya gambar di bawah


Namun kecanggihan ICT telah berjaya menunjukkan bahawa gambar di atas telah diubahsuai daripada gambar asalnya ini;


Terdapat juga sekeping gambar yang ternyata sangat tidak bertanggungjawab bertujuan cuba menjatuhkan keperibadian Zaid namun sekali lagi berjaya dipatahkan.


Dijangkakan banyak lagi isu peribadi Zaid akan diserang secara bertubi-tubi oleh cybertroopers UMNO terutama ketika Zaid masih lagi bersama UMNO.

Zaid Ibrahim di dalam salah satu artikel Malaysiakini menyatakan dakwaan meminum arak adalah cerita lama. "Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah".

Ya, Zaid telah mengaku kesilapannya dan telah secara terang-terangan menegaskan beliau sudah bertaubat. Analogi mudah jika seorang bapa yang meminum arak adalah tidak sah untuk menjadi wali nikah anak perempuannya kerana dia seorang yang fasik. Namun, jika bapa telah bertaubat, maka kewajipan tersebut telah terpikul semula di bahunya dan sahlah dia menjadi wali nikah bagi anaknya [sumber; Koleksi Kuliah Ustaz Azhar Idrus]. Maka, dalam hal ini, maka Zaid adalah calon@wali yang terbaik untuk dipilih oleh rakyat Hulu Selangor berbanding parti pro-Israel, UMNO Barisan Nasional.


Dosa meminum arak adalah dosa yang menuntut taubat yang bersungguh-sungguh dengan Allah Taala kerana ia dosa antara hamba dengan Khaliq. Berbeza dengan dosa merampas tanah rakyat, merompak royalti minyak rakyat, PKFZ dan lain-lain, di sini selain taubat nasuha, pihak yang melakukan kesalahan juga disyaratkan memohon maaf kepada orang yang telah dizalimi. Jika orang yang telah dizalimi itu sudah meninggal dunia, maka hendaklah berjumpa dengan warisnya sehinggalah dihalalkan dan diampunkan. Berat bukan? Jadi, bilakah agaknya UBN akan memohon ampun kepada setiap rakyat yang telah ditipu, dizalimi sepanjang mereka berkuasa? Beranikah mereka?

Oh, ya. pemilik gambar di bawah juga belum mengisytiharkan dirinya telah bertaubat walaupun gambar ini sudah lama tersebar di internet. Lebih menarik, sebuah blog turut menyiarkan beberapa keping lagi gambar seumpamanya termasuk sekeping gambar yang dikatakan isterinya sedang memegang tin minuman keras. Berminat? Sila nilai sendiri gambar-gambar tersebut di sini.



Untuk yang terakhir, sempena pilihanraya kecil Hulu Selangor ini, marilah kita sama-sama berhibur dengan koleksi iklan di Malaysia tahun 70-an dan 80-an. Pada minit ke 1:49 sehingga 2:19 terdapat iklan Guinness Stout baik untuk anda.



Kerajaan mana agaknya yang meluluskan iklan Guinness Stout yang baik untuk anda ini? Kerajaan Apco Israel? Eh, sebut betul-betul, nanti kena jual. Hehe.

Tahniah kepada semua pihak kerana telah menjadi sensitif dan cakna terhadap isu arak pada pilihanraya kecil Hulu Selangor ini.

*Kredit; Gambar ketiga diambil daripada MSO manakala gambar keempat diambil daripada Ustaz Wan Ji.

2 comments:

HBM Consultant said...

Hehehee.. Teringat pula kisah satu jari menuding orang lain, empat lagi berpatah balik kepada diri sendiri. Satu lawan empat, budak tadika pun tahu mana lebih banyak... :)

Samudera Tinta said...

Ya, isu yang UBN mainkan terkena batang hidung sendiri. Mana nak sorok muka. hehe..

Related Posts with Thumbnails