Sunday, March 8, 2009

Ku Ingatkan Aman, Rupanya Ditembak Juga!!

Mulanya aku ke Perhimpunan 100000 Rakyat Membantah PPSMI ini dengan satu anggapan ianya adalah paling aman dalam sejarah. Lebih kurang PROTES barangkali. Apabila diberitahu tidak akan berarak dan hanya sekadar berada di Masjid Negara, maknanya ia akan menjadi aman seperti PROTES. Semestinya membosankan. 

Darihal itu, aku langsung tidak membawa ’kelengkapan perang’; air mineral, tuala kecil dan garam. Aku pergi dengan hanya berlenggang kangkung ala Mak Kiah. Sehelai sepinggang.


Ni gambar masa mula-mula sampai di Masjid Negara


Datuk Hassan tengah berunding dengan polis. Nak minta izin berarak kot.


Ntah pape mamat ni. Orang dah pesan jangan bawa logo mana-mana parti. Siap buat kenyataan akhbar pula tu. Kalau aku tahu aku camni baik bawa je vest ’Pas For All’ aku.


Dari kanan, Hasni Abbas, Prof Shahrir, Datuk Hassan, A Samad Said dan Ust Idris Ahmad

Sebelum berhimpun solat dulu.


Pandangan dalam masjid negara. Macam solat jumaat pulak. Terkejut imam dan bilal.hehe..

Selepas bersolat zohor serta solat hajat, aura perhimpunan mula dirasai.


Ramainya makhluk Allah!


Asal nak amik gambar je mesti muka aku tak dapat masuk. Bengang je.huhu..

Dalam duk semangat melaungkan 'Hancur, Hancur PPSMI', 'Allahuakbar', 'Lailahaillallah' tiba-tiba para hadirin mula bergerak keluar dari masjid. Unit Amal meminta jalan untuk Tuan Guru Haji Hadi pergi ke hadapan. Aik, berarak juga ke? Ni yang tak sabar ni.


Mula berarak keluar. Semangat bertambah membara ketika ini.

Yang membuat spoil pada masa ini bateri kamera aku buat hal. Aduh, masa ni lah si kamera ni nak buat hal. Padahal dah caj semalam.

Selepas itu kami berjalan menuju ke Istana Negara. Yang kena tembak dan bertempur tu macam ramai dah cerita. Peluru memang tak ingatlah. Kalah BERSIH. Terkepung. Di hadapan FRU di belakang pun FRU.

Ni lepas kumpulan besar dah berpecah-belah angkara gas pemedih mata. Pada masa ni tiba-tiba bateri kamera ku kembali pulih. Macam faham-faham perasaan je bateri kamera aku ni.


Simpang menuju ke Istana Negara. Pada masa ni pihak 'special branch' mula menghalau hadirin dengan perkataan kasar.


Cuba perhatikan pada tali beg abang SB ini. Ada riben merah kan?


Rupanya semua geng SB memakai tanda riben merah sebagai tanda pengenalan. Mana tahu kot-kot terluku kepala geng sendiri. Apa barang pakai riben merah bro. Pakai riben pink la baru power.


Apa beza mereka dengan tentera israel? Bezanya cuma nama dalam kad pengenalan. Yang lain saling tak tumpah.


Sempat ambil gambar Dr Hatta. Masa ni sedang berundur setelah dihalau oleh polis. Ada seorang pakcik kat tepi Dr Hatta yang pakai helmet. Bila aku nak ambil gambar Dr Hatta, dia pulak yang terus tutup 'visor' helmet dia. Mesti dia ingat aku SB. Hina betul aku rasa dengan anggapan pakcik itu.


Masing-masing melarikan diri dari bedilan gas pemedih mata. Aku pun terjun dari cerun itu juga.hehe. Berasap je kat belakang tu.


Masing-masing membasuh muka sebagai penawar keperitan muka, sesak nafas dan batuk-batuk. Kat depan klinik ni ada paip. 


Siapa boleh jawab soalan ini? Bagi aku BULAN purnama kat Qlate yang ku sayangi paling terang. 


Gambar yang paling aku suka. Kira macam 'best shot' la kot.


Anak siapa la ni. Mesti malu ibu-bapa mereka mendapat anak seperti mereka ini. Kasihan..


Muncung jahanam yang banyak membuat dosa. Jawablah nanti depan Allah.

Apabila aku sampai di Masjid Negara semula, terdapat sedikit kekecohan di suatu sudut. Aku pun terus pergi tengok. Rupanya sekumpulan polis masuk ronda-ronda pastu orang kepung. Akhirnya, hadirin buka jalan setelah diminta oleh Unit Amal dan sambil polis-polis itu berjalan, mereka terus dicerca dan diseranah. 'Yahudi', 'Anjing', 'polis bangang' dan macam-macam lagi. Aku pun terpaksa turut sama berbuat demikian.haha.


Barisan polis yang dimaki dan disorak.


Jumpa juga keranda ni akhirnya. Ingat dah dikuburkan.


Berdoa sebelum bersurai.


Bersurai dengan laungan takbir Allahuakbar selepas membaca Surah Al-Asr dan tasbih kafarah.

Pada pukul 4.30 petang aku dan sahabat-sahabat pergi ke Stesen Komuter Kuala Lumpur untuk pulang. Mata masing-masing merah saja. Ada yang masih terdapat lagi kesan garam kat muka. Kemudian, saling bergelak tawa dan bercerita tentang himpunan tadi.

Kesimpulannya, dapat dilihat kesedaran rakyat semakin tinggi. Aku menjangkakan mulanya mungkin sedikit sahaja yang akan turun. Maklumlah isu ni mungkin tidak ramai yang minat. Namun, rakyat marhaen telah membuktikan aku silap. 

Membaca kata-kata Utusan Meloya kata-kata A. Samad Said, "Saya kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa"

"Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya," kata penasihat gerakan itu.

Baguslah jika Pak Samad telah sedar akan hakikat marhaen. Malahan untuk memperjuangkan kebenaran telah ramai yang dibunuh, dipenjara, diseksa dan banyak lagi.

Namun Pak Samad jangan bimbang. Selagi berada di landasan kebenaran, kami anak-anak muda dan pejuang-pejuang kebenaran akan terus berdiri bersama-sama di belakang Pak Samad.

Allahuakbar!!

7 comments:

BARAN said...

salams Samudera tinta,hebatnye perarakan ni.wish I could b ther too..nway,sape SB? special branch ?
n keranda 152? (sorry,ketingglan).

Samudera Tinta said...

Salam drsiti,

Memang hebat perarakan ni. Hebat kena serang oleh tentera zionis versi malaysia. masjid pun kena serang dgn gas pemedih mata. Nanti drsiti balik malaysia boleh la sertai.. =)

SB ni singkatan Special Branch. Depa ni polis cawangan khas yang berpakaian biasa. Macam polis menyamar macam orang biasa. Biasanya depa ni la yang mencetuskan provokasi, timbulkan ketegangan dan cetuskan pergaduhan dalam himpunan yng dibuat rakyat. Selalu mereka juga digunakan untuk menangkap pimpinan yang memimpin himpunan aman.

Keranda 152 tu lebih kurang merujuk kepada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa.

Kira dengan PPSMI ni telah menguburkan perkara artikel 152 perlembagaan. Kalo drsiti nak tahu boleh baca kat http://jiwarasa.blogspot.com/2007/05/keranda-152.html

Kalo ada silap maklumat sowie ye.. =)

tq

BARAN said...

ooo..mcamtu rupanya...kira SB ni jahat la ye.ish.dahla pakai reben merah.time kasih bg penjelasan.

Samudera Tinta said...

Drsiti, SB bukan jahat. tapi tersangat jahat. Tak tahula diaorang solat atau tak. Kalo solat takkan jahat sampai macam tu.

Ya, sama-sama. Tiada masalah.

gopenghagen said...

aku kira-kira aku terkena 7 kali asap pemedih mata tu. tapi yang pertama kali terlalu menyeksakan. ada kalanya aku mahu balik dan aku sudah diterowong menuju ke komuter. tapi aku patah balik, bila keluar saja dari terowong dan menuju ke masjid, aku terhidu asap pemedih mata ke-7. perjuangan untuk bahasa kadangkala lebih perit dari perjuanagn untuk reformasi.

Anonymous said...

Sungguh satu kerugian saya tak berkesempatan untuk turun...
Tahniah sedara...

Samudera Tinta said...

Salam,

gopenghagen a.k.a bro haris..perjuangan itu lumrahnya penuh mehnah dan tribulasi. Saya yakin bro haris tidak akan lupa akan kata-kata itu sewaktu dari kampus lagi.. =)

Nasikerabupetro, jgn bimbang jika tidak berkesempatan untuk turun. Masing-masing berjuang mengikut cara kita sendiri. Lagipun ini bukan kali yang pertama dan terakhir. Andai mereka tunduk kepada gesaan memansuhkan PPSMI, kita akan desak mereka untuk mansuhkan akta zalim ISA pula. Jika tidak, kita pakat2 mansuhkan semua PEKEMBAR.

Related Posts with Thumbnails