Monday, March 23, 2009

Padang Permainan Yang Tidak Sama Rata I



KDN gantung akhbar PAS, PKR

Mar 23, 09 5:42pm

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan - masing-masing selama tiga bulan.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Surat penggantungan Suara Keadilan itu dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.

Bagaimanapun menurut surat yang dikeluarkan oleh setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

Suara Keadilan edisi krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas menjadi sasaran rampasan KDN.

Hampir 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan "Perak cabar SPR ke mahkamah" dirampas di seluruh negara.

Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, rampasan itu disifatkan sebagai satu operasi tersusun KDN apabila jualan Suara Keadilan melonjak pengedarannya kepada 150,000 naskhah setiap minggu.

Rampasan KDN mula dirancakkan ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Malaysiakini

6 comments:

BARAN said...

ishhhh..ade2 aje.lawan la man to man.

Marni said...

Apa sekalipun usaha mereka, kebenaran tetap tidak akan dapat disembunyikan. Sekarang bukan lagi zaman Hang Tuah yang setia tidak mengira tempat. Sekarang adalah zaman Hang Jebat, zaman manusia yang berakal memperjuangkan kebenaran.

Samudera Tinta said...

Dr siti, orang munafik takkan berani lawan secara berdepan dan man to man. Mereka adalah penakut yang berselindung di sebalik 1001 perkakas dan orang yang boleh diperkudakan hatta institusi beraja sekalipun.

Samudera Tinta said...

Saudari Marni, kebenaran itu ibarat sebiji bola yang ditekan ke dalam air. Semakin ditekan ke dalam, semakin kuat ia cuba melawan untuk keluar.

"Apabila datang kebenaran maka akan hancurlah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu tetap akan dihancurkan"

kakyong said...

salam..

takut kerana salah & sbb tu cari salah orang...

Samudera Tinta said...

Salam kakyong,

Bukan setakat cari salah malah terus menjatuhkan hukuman tanpa diberi peluang membela diri. Adakah ini kebebasan bersuara dan demokrasi ala Najib. Sebagaimana mentornya sang Mahafiraun.

Related Posts with Thumbnails