Tuesday, March 10, 2009

Lepas Berhimpun, Mari Kita Berseminar Pula

Perhimpunan Aman 100,000 Rakyat Membantah PPSMI telah pun berakhir dengan jaya dan seribu satu kenangan manis. Sekarang, mari kita dengar pula kenyataan dan apa yang akan diperkatakan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI, Datuk Hassan Ahmad dan pembentang-pembentang yang akan membentangkan kertas kerja pada Seminar Halatuju Dasar PPSMI Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 2009.

Jika ada yang menganggap perhimpunan tersebut adalah kemuncak kepada penentangan dasar PPSMI, minta maaf anda semua tersilap. Perhimpunan tersebut adalah sekadar pencetus kesedaran rakyat.Gerakan ini akan diteruskan sehinggalah dasar 'lahanat' itu ditukar. Demi Agama, Bangsa dan Negara.




Mari kita berseminar pula. Maklumat lanjut boleh didapati di www.seminar-ppsmi.blogspot.com

Elok jika benda yang baik ini dihebah-hebahkan buat semua rakyat Malaysia.

~ Sampaikan dariku walau sepotong ayat ~

2 comments:

Nora Mazfa Jenillah Husayy said...

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Samudera Tinta said...

Saudari Nora Mazfa Jenillah Husayy,

Terima kasih untuk perkongsian hadis itu. Satu ilmu baru buat saya.

Cuma terfikir, jika saya tergolong di dalam salah satu daripada 3 golongan itu alangkah bertuahnya diri. Semoga Allah memberkati semuanya, insyallah.

Related Posts with Thumbnails