Sunday, March 15, 2009

Ringkasan Seminar Hala Tuju PPSMI Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 2009

Di atas sofa dari kanan Prof Dr Shaharir, Datuk Hassan Ahmad, Prof Madya Dr Tajul Ariffin, dan dibelakang yang bercermin mata dan berjaket hitam dengan logo UPSI Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan bergambar bersama-sama jemputan dan sebahagian AJK program.


Pada 14 Mac 2009, Sabtu telah berlangsung Seminar Hala Tuju PPSMI Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 2009 bertempat di KUIS. Di sini dinukilkan sedikit ringkasan daripada pembentangan-pembentangan kertas kerja yang telah dilakukan. Cuma sekadar ringkasan dan petikan yang difikir dari benakku. Jika yang mahukan kertas kerja yang sebenar sangat panjang.

Perasmi dan Pemberi Ucaptama : YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi

Prof Dr Norhasyimah Jalaludin
Pusat Pengajian Bahasa Dan Linguistik,
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, UKM
Pengerusi Persatuan Linguistik Malaysia
Tajuk: "Kajian Penerimaan dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris; Konflik Antara Dua Darjat"
Apa yang penting adalah memperbaiki pedagogi pengajaran BI, melahirkan suasana pembelajaran BI yang lebih menyeronokkan dan menarik, membanyakkan aktviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Ingeris adalah lebih baik dan pada masa yang sama kembalikan PPSMI dalam Bahasa Melayu sebagai satu cara penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi kemelut ini.

Prof Dr Abdul Aziz Bari
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIA
Tajuk: "PPSMI Dalam Konteks Perlembagaan"
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat jelas di dalam Per.152; Segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dan negeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu. Selain itu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidaklah sampai ke tahap menafikan kedudukan dan hak bahasa-bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan diperkembang hatta dengan menggunakan dana awam sebagaimana yang diungkapkan oleh Per.152(1)(a) dan (b). Sebab itu gerakan menentang PPSMI tidak harus disekat dan dikasari; apatahlagi dalam semangat Per.10(1) yang menjamin setiap warganegara hak untuk mengeluarkan pendapat, berkumpul secara aman dan berpersatuan. Kelihatannya tidak ada perkara-perkara yang disebut di bawah Per.10(2) yang membatalkan hak-hak itu.

Prof Dr Shaharir Mohamad Zain
Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
Mantan Pensyarah Matematik UKM dan UMT
Anak Melayu Pertama Mendapat PhD Bidang Matematik di Universiti La Trobe
Tajuk:"Tercapaikah Impian Bangsa Melayu Menerusi PPSMI"
Mengulas berkaitan makna kemajuan dari pandangan Tun Dr Mahathir serta apakah matlamat utama Tun sehingga melaksanakan dasar PPSMI tanpa melalui prosedur yang sah seperti dibawa ke perbincangan parlimen seolah-olah idea ini adalah idea Tun seorang sahaja. Beliau menyangkal pendapat Tun yang menyatakan bahawa bahasa asal ilmu adalah bahasa inggeris kerana dari perkara paling asas pun seperti zero, one, two, three adalah perkataan pinjaman daripada bahasa arab dan bahasa latin sedangkan kosong, satu, dua, tiga,..puluh adalah semuanya bahasa asli Melayu kecuali mungkin perkataan ‘satu’ dan ‘dua’ sahaja. Bukalah ‘etymological dictionary’ pada internet untuk mengesahkannya. Beliau juga menyatakan data pemenang Hadiah Nobel (untuk semua bidang kecuali Matematik) dan Pingat Filed (untuk Matematik sahaja) di mana para pemenangnya bukan daripada bangsa yang mengharungi dasar PPSMI. Satu pembentangan ilmiah yang cukup menarik.

Prof Dr Mat Rofa Ismail
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM
Tajuk:"Benarkah PPSMI Memartabatkan Pendidikan Negara"
Menjaga bahasa ibunda ibarat menjaga ibunda kita sendiri. Ia adalah kurniaan Allah kepada setiap makhluk. Menjaga ibunda kita bukan bermakna kita membenci ibunda orang lain. Menjaga ibunda kita dan dalam masa yang sama menghormati ibunda orang lain. Prof Dr Mat Banyak istilah-istilah daripada bahasa inggeris dipinjam daripada bahasa lain namun sejarah itu telah digelapkan. Contohnya perkataan 'cornea' berasal daripada perkataan bahasa arab 'qurrah'. Perhatikan kalimah 'rice', 'cotton', 'lemon', 'sugar' bisa sahaja ditiru daripada kalimah arab 'aruzz', 'qatn' dan 'sukkar'.

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan
Institut Peradaban Melayu UPSI
Tajuk:"Bukan Sekadar Bahasa"
Perjuangan pejuang bahasa bukanlah bermakna kita membenci bahasa inggeris. Gunalah bahasa inggeris tetapi jangan sampai minda kita tertawan dengannya kerana jika sekali minda kita tertawan di dalamnya, kita selamanya akan hilang kreativiti dan hanya mampu menjadi peniru. Beliau memberi contoh ketika beliau menikmati hidangan KFC suatu masa dahulu di Medan, Indonesia di mana turut termasuk dalam pekej hidangan selain hidangan rutin KFC adalah popia dan jagung. Perkara ini tidak dapat dijumpai di Malaysia kerana hidangan kita adalah bulat-bulat ditiru daripada Kentucky, Amerika Syarikat. Beliau juga menyatakan golongan bangsawan yang biasa hidup dalam suasana inggeris dan berbahasa inggeris adalah tidak mesra marhaen dan tidak pernah mempedulikan jerih-perih rakyat terbanyak. Inilah akibatnya apabila minda mereka telah ditawan oleh inggeris. Hilang sudah budaya, struktur nilai, jatidiri serta agama di dalam diri mereka.

Datuk Hassan Ahmad
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
Mantan Ketua Pengarah DBP 1976-1989
Mantan Duta Malaysia ke UNESCO 1989-1994
Tajuk: "Nasionalisme Dan Perjuangan Bahasa"
PPSMI adalah 'Linguistik Imperialisme', penjajahan minda umat melalui bahasa inggeris oleh pihak barat. Cuma yang menjadi persoalannya adalah pembesar-pembesar negara yang telah dijajah tidak merasakan diri dan minda mereka dijajah sebaliknya dituding jari ke arah orang lain dan menuduh orang lain sebagai jumud dan minda tertutup. Kita akan lihat perkembangan seterusnya. Jika masih tiada apa-apa tindakan, maka GMP bersama-sama rakyat akan berarak lagi di jalan raya.

Setelah mengikuti seminar sehari ini, berdasarkan fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh para ilmuan dan cendekiawan ini, aku telah mendapat input dan semangat baru yang terang lagi bersuluh. Bagiku golongan yang menyokong PPSMI adalah golongan BEBALIS yang memakai jaket BIRU KARAT di mana mereka juga mempunyai otak seumpama seperti seekor LEMBU namun meninggalkan akal mereka di birai-birai lubang tandas. Tiada kompromi. Noktah!

Usai program, hujan turun dengan lebat. Aku membantu menemani Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan dan memayungkan beliau ke kenderaan pacuan 4 rodanya. Sampai di pintu kenderaannya, beliau sempat memberikan nasihat, "Anak muda, teruskan perjuangan menegakkan bahasa. Bahasa bukan sekadar bahasa. Ia terkandung nilai agama Islam, budaya, jatidiri dan makna bangsa kita. Kami yang tua akan pergi. Kamu anak-anak muda harus meneruskan perjuangan ini. Jangan sesekali undur," katanya sambil tersenyum. Aku dapat merasakan keikhlasan yang tersisip bersama nasihat dan senyuman itu.

Aduh, berat sungguh pesanan itu. Ibarat sebuah gunung dihempap ke atas belakangku. Aku tidak pasti samada aku mampu untuk menanggungnya. Dengan segala bebanan urusan harian, mampukah aku. Namun aku terfikir, jika bukan kita, siapa lagi? Kitalah pewaris Agama, Bahasa dan Tanah Air yang tercinta ini. Ya Allah, kurniakanlah aku ketabahan dan kekuatan..

P/s:
1)Telah banyak kajian ilmiah yang dibuat oleh pejuang-pejuang bahasa kita. Carilah ia melalui 'Syeikh Google bin Lebai Yahoo'. Boleh juga dimuat turun buku kajian "Mengapa Kami Bantah PPSMI" yang mengandungi banyak bukti mengapa PPSMI perlu dimansuhkan.
2)Padaku terdapat slide presentation Prof Dr Nohasyimah dan kertas kerja ringkas Prof Dr Abdul Aziz Bari. Jika ada sahabat-sahabat yang berminat boleh tinggalkan pesanan bersama email di ruangan komen ataupun menghubungi emelku yang tertera di sebelah atas.

10 comments:

BARAN said...

betul..macam Tok Guru ckp,negara siam boleh maju dgn bhs diaorg sendiri...bleh buat asam jawa manis,melalui pengkajian dlm bhs diaorg.x guna bhs english pun..mmg bhs english penting,international language,utk kite memahami buku2 dr barat dn idea diaorg.,kongsi pendapat dgn diaorg,tp jgn sampai bhs kite sendiri tegadai...sampai budak2 umur 12 thn pun dh kena bljr sains dlm english.nak fhm pun susah subjek tu,apelagi dlm bhs asing..dulu,sy pun ade mslh memahami hypothesis la..amcm la..mase tu bljr dlm bhs melayu tu..tu pun dh susah.konsep tu terlalu baru utk budak yg baru bjr.bile budak2 tu dh fhm konsep,dtg la bhs mane2 pun,die dh bleh adjust dah.

serius,bru ni bace post saudara,xleh byg budak2 kt gua musang nk bljr macam mane..

Ya Allah,kembalikan bahasa bangsaku...

BARAN said...

oh lupe,ni e-mel saye truly_is@yahoo.com .sy pun nk thu sedikit sbyk psl bantahan ppsmi ni.

Anonymous said...

salamualik..
tahniah di atas kejayaan menganjurkan program. saya tak dapt hadir disebabkan perkara yg tidak dapat dielakkan.
ini email saya.. mhn untuk dipanjangkan ilmu yg ada. mg dipermudhkan urusan bersama...
ain_amy@yahoo.com

Aqil Fithri said...

tahniah!

kimin, boleh emelkan semua makalah2 pembetangan pada saya; aqilfithri@gmail.com

kalau diizinkan, saya muatnaik dalam www.kesturi.net. pasti akan tercantum butiran di mana makalah itu pertama kali dibentangkan.

tolong ya kimin? hehehe

Samudera Tinta said...

Dr Siti, memang benar. Dalam bidang bioteknologi dan nanoteknologi, kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Thailand dan Singapore. Kebanyakan orang di sekitar pengkalan kubur dan tumpat tidak boleh menjamah beras Malaysia kerana 'tidak sedap' dan hanya boleh memamah beras wangi siam yang sedap, wangi dan kurang kanji.

Jika kita lihat Filipina (sekadar contoh) yang gah dengan bahasa inggrerisnya, apakah yang boleh dibanggakan dengan negara tersebut? Semacam sudah hilang identiti sahaja Filipina itu.

Yang bersamalah bukanlah Bahasa Melayu tetapi yang sebenarnya bermasalah adalah pembesar negara yang dipelopori oleh PEKEMBAR yang masih tidak sedar diri (sebut sahaja PEKEMBAR darah akab mendidih)..

Samudera Tinta said...

Buat Dr Siti, Anonymous dan Aqil Fithri, saya sudah emelkan slide dan kertas kerja itu.

Hanya itu yang ada setakat inim kerana kertas kerja yang lain didapati dalam bentuk hard copy.

Terima kasih di atas sokongan semua.

Jika ada rakaman saya akan beritahu kemudian.

Jazakallahu Khairan Kathira..

Anonymous said...

hahahahahah. kalu dasar PPSMI dop berjaya, tukar nama UKM..hahahah (wartawan H)

Samudera Tinta said...

Saudara Anonymous, adakah wartawan H itu membawa maksud wartawan harakah. Jika benar, saya amat berbesar hati saudara sudi melawat ke sini (dalam blog kena guna ayat skema.haha..)

Jika PPSMI masih diteruskan, saya setuju jika UKM ditukar jadi UPPSMI. Hidup Hisyam Si Penjulang Keris Yang Penakut!!

Mohamed Idris said...

Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.

Thanks!

Samudera Tinta said...

Mohamed Idris, terima kasih sudi melawat. Nanti saya berkunjung balas.

Syukran Jazilan.

Related Posts with Thumbnails