Thursday, April 30, 2009

Personaliti Di Sebalik Darah Anda


Aku sudah terlupa menyalin artikel ini dari sumber yang mana. Maafkan daku untuk kelalaian ini. Artikel ini agak menarik perhatianku kerana apabila aku membanding-bandingkan jenis darahku dengan ciri-ciri yang dinyatakan, ternyata hampir 78% tepat. Oh, ya aku daripada golongan darah jenis AB. Orang kata darah jenis AB adalah penerima universal. Maksudnya tidak sukar untuk mencari darah yang sesuai denganku nanti.huhu.

Berikut adalah RAHSIA yang terselindung di sebalik jenis-jenis darah :

JENIS DARAH O 

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.

Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A 

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B 

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB 

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.

Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


14 comments:

xara said...

woh.. sedarah kita..hehe

Samudera Tinta said...

Owh, sedarah pula nampaknya. Ingat seJASA sahaja.

Cuma darah saya berwarna hijau. Darah Cik Suri pula berwarna apa?

Semoga darah tersebut tidak dicemari Virul L.huhu..

inas said...

sy A!

RIDUAN said...

jgn di cemari afluenza A H1N1 sudah.. kimin.. nanti aku nak bagi cd gambar kat ko.. ko buat la mcmana masuk dalam blog ker..aper ker.. gambar makan malam upta..gambar2 alumni jasa byk.. gambar ko jer tak da.. hehe

Marniyati said...

Darah saya jenis O. Ada benarnya analisis ini tetapi tidak tepat. Hanya 80% sahaja yang saya boleh terima sebagai 'diri saya' termasuk cemburu, hahaa.. Ahah, saya tidak pernah berminat menjadi ketua. Namun, saya bersedia menjadi orang kanan paling berdedikasi kepada ketua saya.

Sin_Yaa_Ta_Yaa said...

salam...
owh..kak suri sedarah ke ngan en. samuderatinta..jenis AB bukan ke penerima darah universal tp kedekut nk derma darah dia..hehehe...(^,^)v

erm..best gak bace artikel ttg personaliti di sebalik darah nie.

amazing jg ye warna darah en.samuderatinta color ijau..mcm en.hulk plak..hehehe

v(^,^)v

xara said...

Darah saya warna putih..hhehe
zan, bukan kedekut, tapi ekslusif..ahahha

Sin_Yaa_Ta_Yaa said...

kak suri: eksklusif la sangat..hahaha..wow,hebat juge kak suri ye, darah color putih..

bgs jg tue, darah dh same jenis ngan en.samudera tinta,pastu plak gabungan antara color ijau n putih cam bendera pas la plak..saye suka gabungan tersebut..hahaha..

cume saye bukanlah darah jenis AB..tp kat dlm jasa mmg saye perati..banyak persamaan antara kita kan..indahnya ukhwah..(^,^)v

Samudera Tinta said...

Saudari Inas,

Kalo darah A maknanya "Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai."

Huhu

Samudera Tinta said...

Riduan,

Sowie x dapat pergi dinner upta haritu. pergi terengganu. menyahut panggilan pulau.

Samudera Tinta said...

Saudari Marni,

Cemburu jika tidak disalurkan dengan betul, bahaya banget sih. Jaga-jaga.. =)

Samudera Tinta said...

Cik Sin Ya Ta Ya,

Saya tak pasti pemilik darah AB yang bagaimana, tapi saya memang tak pernah derma darah setakat ini disebabkan ada satu peristiwa hitam.huhu..

Jika orang tanya mengapa tak derma darah, maka jawapannya, " Alah, darah AB orang taknak sangat. Darah O yang penting dan kritikal"

Bestnya ada alasan kukuh.hehe..

Samudera Tinta said...

Cik Suri kata darah dia berwarna putih tu maksudnya dia nak kata dia keturunan Mahsuri lah tu.

Mentang-mentanglah pi Langkawi aritu.

xara said...

ekeke..faham gak maksud yg tersirat tu..hehe

saya tak pernah derma darah, kerana sentiasa tidak mencukupi syarat - iaitu tidur yang cukup.huhu

Related Posts with Thumbnails