Saturday, April 11, 2009

Kesyumulan Islam Bukan Dari Aqal Manusia


KUALA LUMPUR 10 April - Kewangan Islam mampu menembusi pasaran negara-negara bukan Islam kerana selain menawarkan potensi perniagaan yang besar ia juga merupakan sistem kewangan kerohanian.

Pensyarah University of South Australia, Prof. Mervyn K. Lewis (gambar) berkata, sistem itu boleh diguna pakai dan direplika di negara-negara bukan Islam kerana ia didapati menepati kehendak pasaran global.


Menurutnya, masyarakat kini dilihat menyedari mengenai kepentingan sistem kewangan Islam berbanding konvensional.

Beliau memberitahu, setakat ini, sistem tersebut praktikal untuk diamalkan memandangkan umat Islam juga terdapat di negara bukan Islam seperti Thailand, Singapura, Filipina, China dan Australia.

''Ia merupakan potensi yang amat baik kerana sistem kewangan Islam merupakan sistem kewangan berasaskan syariah yang menghalang amalan riba dan ini boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara.

"Malah, negara-negara barat yang mengamalkan sistem kewangan konvensional sepenuhnya didapati terjerat dan sukar untuk keluar dari masalah krisis ekonomi pada waktu ini.

"Malaysia pula mempunyai dua sistem kewangan yang sedikit sebanyak boleh membantu menyelamatkan pertumbuhan ekonomi di negara ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lewis berada di Malaysia selama sebulan untuk memenuhi undangan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Universiti Malaya (UM) bagi membentangkan kertas kerja pada seminar yang akan diadakan di UM, di sini bermula 6 April lalu.

Lewis turut menceritakan kejayaan kewangan Islam yang dilaksanakan di Australia melalui Koperasi Komuniti Muslim Australia (MCCA) yang mempunyai dua buah cawangan di Melbourne dan Sydney.

Katanya, melalui MCCA, penduduk Islam di Australia boleh membuat pinjaman untuk pembiayaan perumahan, kenderaan dan peribadi yang berlandaskan syariah Islam.

"Australia mempunyai lebih 300,000 penduduk Muslim dan sistem kewangan Islam amat membantu di sini.

"Selain penduduk Islam, sistem kewangan Islam yang dipraktikkan dalam MCCA turut mempunyai hubung kait dengan salah sebuah institusi kewangan, Credit Union di Australia yang memberi perkhidmatan kepada semua penduduk berbilang agama di negara ini,'' ujarnya.

Ketika ditanya mengenai sesetengah negara Arab yang tidak menerima sebahagian konsep sistem kewangan Islam di negara-negara lain termasuk Malaysia, beliau memberitahu, apa yang boleh dilakukan ialah memantau pelaksanaannya dalam usaha memastikan pematuhan syariah dituruti.

Sumber klik di sini.

~ Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. {Surah Al-Baqarah, ayat 279}~

~ (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? {Surah Ar-Rahman, ayat 17-18} ~

2 comments:

BARAN said...

Subhanallah..sudah terang lagi bersuluh sistem yg dicipta oleh manusia tidak berjaya..dan tidak kemana.semuanya hanya untuk jangka masa pendek. Semua negara2 hebat tengah sengsara hadapi krisis ekonomi paling buruk.Jepun,Sepanyol,Perancis dan Amerika skali masih tidak dapat menyelesaikan kemelut ekonomi mereka.sedangkan negara mereka dikenali dengan gah sebagai negara2 maju dan berkuasa. apakah umat Islam masih tidak dapat menganalisa semua ini? kemanakah kepala hotak diaorang ? masih mengagung-agungkan sistem omputeh yg kononya mengikut putaran globalisasi.

Sesungguhnya dunia ini milik Allah. dan kenapa tidak kita menggunakan sistem2 yg sudah di sediakanNya untuk kita dari Al-Quran? DIA tahu yang terbaik buat kita sebab dia adalah Pencipta kita semua..dan kepadaNyalah kita semua akan kembali...

Samudera Tinta said...

Drsiti,

Itulah masalah dengan pemimpin negara umat Islam. diulangi sekali lagi PEMIMPIN. Mereka tidak yakin dengan sistem Islam walaupun banyak bukti dan fakta terbentang depan mata.

Semua sistem pernah dicuba. Sosialis, kapitalis dan lain-lain isme tapi gagal. kenapa tidak dicuba sistem islam sepenuhnya. Takut benar mereka.

otak ada, akal ada cuma mungkin tidak dapat hidayah.

Setuju. Hanya Pencipta yang tahu hal ehwal barangan ciptaan-Nya.

Related Posts with Thumbnails