Friday, April 10, 2009

Memugar Impian Menyemai Harapan


Petang semalam aku membelek-belek nama pembesar yang baru dilantik oleh DS Najib. Kebanyakan dari mereka memang sudah dikenali. Tiada apa yang menarik sehinggalah bola mataku tertancap pada suatu nama, J.A.M.I.L K.H.I.R. Jamil Khir Baharom? Eh, semacam nama yang biasa disebut-sebut semasa aku di Maahad dulu. Kotak fikiranku mula menerawang ke belakang menyelongkar kisah silam.

Oh ya, betullah. Baru aku teringat. Anak Jamil Khir juga bersekolah di Maahad dan turut tinggal di asrama. Jika tidak salah di benakku nama juniorku itu adalah Ahmad Mukhlis Jamil Khir. Dorm yang dihuninya terletak di sebelah dormku. Mukhlis pernah menunjukkan beberapa keping gambar keluarganya kepadaku malahan kisah keluarganya pernah tersiar di dalam majalah Al-Islam. Jamil Khir juga pernah beberapa kali melawat anaknya di asrama dan sebagai salah seorang figur Forum Perdana Ehwal Islam yang selalu keluar di kaca televisyen, tentunya kehadiran beliau menarik perhatian para penghuni asrama untuk bersalam-salaman dengannya.

Begitulah putaran roda kehidupan. Hari ini Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan menjaga Hal Ehwal Agama Islam. Sememangnya satu tugas yang cukup mencabar dan teramat berat. Teramat berat apabila dalam keadaan kerajaan yang ada menganut faham dualisme dalam pentadbiran yang memisahkan antara politik dan agama. Sekularisme yang memenjarakan agama di masjid-masjid dan hanya pada ritual tertentu sahaja. Di dalam politik dan pentadbiran? Jangan mimpi.

Pelbagai isu berkaitan agama yang perlu ditangani oleh Datuk Jamil Khir Baharom dalam konteks Malaysia hari ini. Isu umat Melayu yang murtad, gerakan kristianisasi yang kian menular termasuk di IPT, Suruhanjaya Antara Agama (IFC), Muslim Liberal, kelemahan dan ketidak seragaman undang-undang mahkamah syariah negeri-negeri, institusi agama yang tidak dihormati, gejala sosial dan aklak anak-anak muda yang semakin meruncing, budaya hedonisme dan banyak lagi. Pastinya ia menuntut perhatian dan komitmen yang jitu daripada beliau.

Dengan latar belakang agama yang baik dan rekod pentadbiran yang bagus sebagai Pengarah Kor Agama Tentera Diraja Malaysia (KAGAT), kita mengharapkan agar Datuk Jamil Khir Baharom akan dapat menjalankan amanah yang telah dianugerahkan kepada beliau dengan sebaik mungkin. Komponen Ilmu, iman dan amal yang dimiliki oleh beliau diharapkan mampu menjadi penyuluh untuk menerangi jalan beliau sepanjang menjalankan tugas, insyallah.

Kita juga berharap tidak lagi berlaku kes penghinaan terhadap agama Islam secara terang-terangan yang terlalu menjolok mata di zaman Pak Lah. Sisters In Islam sudah tidak lagi berselindung akan agenda mereka. Malahan ada pembesar yang memiliki kelulusan kedoktoran di dalam bidang agama tanpa segan silu memperlecehkan rukun islam iaitu solat dan zakat. Pembesar yang digelar Ummu Hadhari ini juga berani mempertikaikan hukum potong tangan di dalam Hudud. Lihatlah pada video yang disertakan bersama di bawah.





Harus diingat penghinaan ini masih berterusan kerana Ummu Hadhari sehingga hari ini masih belum menarik balik kata-kata yang pernah diucapkannya ini dan tidak pernah memohon maaf secara terbuka terhadap apa yang telah dilakukannya itu. Yang lebih menarik Ummu Hadhari telah dilantik sebagai Timbalan Menteri. Mungkin benarlah politik itu seni sebarang mungkin.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada Datuk Jamil Khir Baharom di atas perlantikan ini. Semoga beban amanah ini akan dapat dipikul dengan sebaik mungkin oleh beliau kerana amanah itu bukanlah suatu kemuliaan sebaliknya suatu bebanan yang akan diperhitungkan kelak. Didoakan ianya akan menjadi satu jambatan buat beliau untuk menerobos pintu syurga Allah kelak, insyallah.

Selamat bertugas buat Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dan semua menteri kabinet.

5 comments:

Miss N said...

nk jd org 1st komen...
amboi, tajuknya jiwang sih...
sbnrnye jamil khir tu org kuat najib@bijan...
brtahun-tahun Bijan jg kementerian pertahanan, so, die naikkn org kuat die kt kementerian tu jd senator n jg portfolio agama...
pastu Hj Zahid plak g jg kmenterian pertahanan...
mesti ade ape2 ni...

nizamtoha said...

tengok misai macam A galak.
Skali kena lantik..confirm UMNO.
Selamat mengislamkan UMNO mejar!

Samudera Tinta said...

Salam buat Miss N,

Terima kasih sudi ziarah dan sudi tinggalkan komen.

Jiwang ke tajuk tu? Saya pun tak perasan. Mungkin sebagai manifestasi luahan perasaan terhadap orang baru yg akan menjaga kepentingan agama Islam.. =)

Memang tidak pelik jika dia orang bijan. Mungkin dia telah lama dirancang dan dipersiapkan untuk portfolio tersebut.

Cuma harapan saya dengan segala ilmu yang beliau miliki akan menjadikan beliau tidak gentar untuk menyatakan yang hak dan menentang kezaliman walaupun di dalam kerajaan.

Harapan saya juga agar beliau tidak mengulangi kesilapan orang agama terdahulu e.g Pirdaus, Mashitah, Abdullah Mohd Zain, Hamid Othman dan lain-lain.

Tidak salah mengharap kerana harapan tidak buta. Bukan rakyat sahaja akan menilai prestasi beliau tapi Raqib Atid di kiri kanan juga pasti tidak akan terlepas mencatit segala perlakuan.

Terima kasih.

Samudera Tinta said...

Saudara nizamtoha,

Semestinya dia dari UBN. Jika dia adalah AJK Dewan Ulama PAS, alamatnya tak merasa la kerusi menteri tu.huhu.

Semoga beliau lebih kuat dari Anwar Ibrahim yang pernah cuba mengislamkan PEKEMBAR dari dalam tetapi akhirnya tercampak keluar.

Kita doakan beliau akan senantiasa kuat.

P/s:jika misai macam A. Galak, bolehla berlakon Gerak Khas lepas ni..V(,")V

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

Related Posts with Thumbnails