Wednesday, April 8, 2009

Bertasbih Dengan Memuji dan Memohon Ampun Kepada-Nya


Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah berbondong-bondong. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Menerima taubat-(An-Nasr, Ayat 1-3).

Sekalung tahniah diucapkan buat calon rakyat, YB Dato' Seri Ir Nizar di atas anugerah kemenangan yang dikurniakan Allah itu. Tentunya ini bukan kemenangan PAS. Ini juga bukan kemenangan PKR dan DAP. Ini adalah kemenangan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran. Buat petugas-petugas PAS serta para penyumbang kepada perjuangan Islam, semua usaha itu akan mendapat nilaian yang selayaknya di sisi Allah s.w.t, insyallah.


Marilah kita bertasbih dengan memuji dan memohon ampun kepada-Nya di atas kemenangan ini sepertimana yang disyorkan di dalam Surah Al-Nasr. Selayaknya juga untuk kita bersujud syukur di atas pertolongan Khaliq dan tentera-tentera-Nya. Harus diingat sehebat mana pun persiapan dan persediaan kita, jika tiada unsur campur tangan dari Kerajaan Langit, maka ia akan menjadi sia-sia. Uhud dan Hunain telah membentangkan lembaran fakta sejarah yang jelas kepada kita.

Melihat petugas dan rakyat meraikan pesta keadilan menumbangkan kezaliman, aku terimbau kenangan berpesta meraikan kemenangan P36 Kuala Terengganu yang terasa seperti baru semalam berlalu. Di hadapan Hospital Sultanah Zahirah, takbir tidak putus-putus berkumandang. Laungan doa wehdah bersama saudara Azhan Atan merancakkan lagi suasana. Tidak dapat digambarkan dengan perasaan bagaimana keadaan ketika itu. Terasa ingin sahaja bersujud di atas jalan raya yang berkematu itu.

Kemenangan ini tidak harus melekakan kita. Perjalanan dakwah ini masih jauh. Insyallah, kemenangan ini sebagai satu momentum untuk kita bergerak lebih jauh ke hadapan. Kita tetap optimis bahwa masa depan dunia hanyalah dengan Islam.

Kemenangan juga adalah amanah. Amanah berat yang akan dihisab secara terperinci di Mahkamah Allah kelak Yang Maha Adil. Semoga YB Dato' Seri Ir Nizar akan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya, insyallah. Selamat bertugas Dato' Seri.


Akhirnya, dalam meraikan kemenangan ini jangan kita lupakan perjuangan orang terdahulu, mantan ahli parlimen Bukit Gantang Allayarham Ustaz Ruslan Shaharum yang telah menyahut seruan Ilahi. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para kekasih-Nya. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Surah Al-Fatihah buat beliau. Al-Fatihah.

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Walillahilhamd.

~ Jalan dakwah tidak pernah dihiasi dengan permaidani merah, namun ia sering sahaja menuntut titisan darah merah ~

6 comments:

nizamtoha said...

Subhanallah!
Maha Suci Engkau Wahai Tuhan ,menolong Kami menjatuhkan Rejim Yang zalim

Samudera Tinta said...

Saudara nizamtoha,

Hanya DIA yang selayaknya untuk segala puja dan puji itu.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih buat-Mu ya Allah di atas segala anugerah.

Allahuakbar!Allahuakbar! Walillahilhamd..

inas said...

Alhamdulillah.
Sy pasti undi sy dikira sekali.
Tuhan menyebelahi pada org yg berani kerana benar.
Sila ziarah blog sy.

Samudera Tinta said...

Saudari Inas,

Jika saudari mengundi untuk perjuangan Islam, insyallah undi itu akan dikira sekali dalam amalan baik.

Jika hendak masuk tandas pun ada adab dan doanya, takkan perkara besar memilih pemimpin tidak berkaitan syurga neraka.

Terima kasih sudi ziarah.

junior nuklear said...

dengar kata abang ahli fizik ya? abang datang tak program ni?

http://www.kesturi.net/archives/742

Samudera Tinta said...

Junior Nuklear,

Saya bukan ahli fizik. Saya hanya seekor tikus makmal yang menunggu masa untuk dikorbankan.

18 hb itu saya seperti tidak berada di bangi kerana ada sedikit urusan. tapi jika tiada aral saya akan cuba hadir.

Terima kasih di atas makluman dan jemputan.

Terima kasih juga sudi ziarah.

Related Posts with Thumbnails