Tuesday, March 31, 2009

Pandang Sisi P059, 29.3.09


Kalau tuan ke Bukit Gantang
Singgah sebentar di Kuala Kangsar
Dari Lembah Kelang kami datang
Tanda sokongan buat Panglima Nizar


Pandang sisi P059, 29.3.09 dari lensa aku, Pokli, Taj dan Abang Is.


Meneruskan perjuangan bahasa di P059 Bukit Gantang


PAS For All. All For PAS. Tetapi mereka semua 'not for all'!


Risalah haram yang cuba disebarkan oleh beberapa pemuda berbaju melayu (pencacai PEKEMBAR). Mereka telah dihalau sebelum sempat melaksanakan niat jahat mereka. 


Jika mengikut matematik Utusan Malaysia dan TV3, jumlah yang penyokong Pakataan Rakyat hadir ini adalah sekitar 240 orang.


Pukul 8.30 pagi. Ketika puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat memenuhi Dataran Perbandaran, penyokong PEKEMBAR masih belum sampai. Mungkin sedang mengira duit yang dituai semasa perhimpunan agung.


"Barisan jihad putera-puteri Islam. Mara ke medan maju ke hadapan. Bersama seruan Allahuakbar, Allahuakbar,". Lagu yang ustazah ajar masa kat PASTI dulu.


Andai tangan kananmu ditetak, genggamlah panji-panji Islam itu dengan tangan kirimu. Andai tangan kirimu dipedang musuh, pertahankanlah ia dengan kedua-dua belah kakimu. Andai kedua-dua kakimu juga putus disiat parang, gigitlah sekuat hatimu syiar Islam itu. Andai kepalamu juga dipancung, maka senyumlah di kala kesyahidan. Kerana engkau telah punya bekalan ampuh dalam pelayaran ke sana.


Polis Simpanan Persekutuan yang berdedikasi. Senyum sikit bang. Masam je. Alah bucuk-bucuk.


Jika Rama menyokong perjuangan Islam, mengapa insan yang bernama Hisyamuddin, Shafie, Zahid, Abdullah, Najib, Khairi dan gerombolan muslim yang lain mengambil jalan sebaliknya. Adakah kerana 'Khotamallahu Ala Qulubihim'?


Ini bukan lagi perkara ajaib dan ganjil. Kelab Penyokong PAS. Semoga mereka diberikan peluang untuk terus melihat keindahan Islam.


Inilah uniknya Pakatan Rakyat. Lambang keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia.


Jelmaan YB Nizar ada di mana-mana. Lambang seorang pejuang yang tidak pernah mengaku kalah dan berundur. Ternyata beliau telah menjadi satu fenomena.


Siapa ini? Gambar ini turut menghantui di mana-mana.


Pemanah-pemanah Bukit Uhud. Siap memanah penyokong-penyokong PEKEMBAR dan BN


Ketua pemanah lereng Uhud, Ustaz Salahuddin Nasir. Di Surau Annur Bangi beliau mengajar kitab Fiqh Sirah karangan Al-Buti. Ceramah beliau sangat menyentuh jiwa. Jika beliau bercerita tentang peperangan nabi dan sahabat, seolah kita berada di tengah-tengah peperangan tersebut, menjiwainya Jika beliau bercerita tentang penderitaan dan kesusahan nabi serta sahabat, pasti ada jemaah yang akan menyapu-nyapu air mata dan mengesat hidung selepas itu. Hanya jauhari mengenal manikam. Hanya pejuang yang faham jerih perit bahasa perjuangan. Tabik hormat untuk Ustaz Salahuddin Nasir.


YB Nizar yang baru keluar dari pusat penamaan calon. Ramai berasak-asak nak bersalam dengan YB. Kalah artis. Mawi sudah tidak boleh cari makan lepas ni.


Tuan Guru Dato' Dr Ustaz Haron Din turut hadir. Walaupun kurang sihat, namun komitmen beliau terhadap perjuangan Islam tidak pernah bertepi. Kami sayang Tuan Guru. Semoga Tuan Guru dipanjangkan umur untuk terus menyebar ilmu dan memperjuangkan Islam.


Tuan Guru Haji Hadi sedang diiring selepas keluar dari pusat penamaan calon. Gemuruh takbir berkumandang dengan kuat ketika ini.


Pukul 12 tengahari, penamaan calon tamat. Selesai makan, kami bertolak pulang dan singgah di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar untuk berehat seketika, solat jamak dan mandi.


Jika ke Kuala Kangsar tidak sah jika tidak menikmati cendolnya yang lazat dan enak. Memang enak sehinggakan aku tidak sedar aku terpaksa memesan dua mangkuk cendol. Burrpp, Alhamdulillah.hehe..

Lebih kurang pukul 10 malam kami tiba semula ke Bangi.

Panglima Nizar gagah perkasa
Menjadi inspirasi sang anak muda
Harapan rakyat jelas dan nyata
Semoga Bukit Gantang menjadi milik kita

28 comments:

HBM Consultant said...

Salam,

Saya hendak meminta kebenaran untuk meminjam (menyalin lebih tepat) gambar no. 2 tu, boleh? Saya ingin meletakkannya di blog saya. Ayat yang tertulis di baju tee itu sangat menarik.

Andai diberi kebenaran, saya akan catatkan sekali sumber gambar tersebut.

TErima kasih.

Samudera Tinta said...

Salam saudari Marni,

Silakan. Saya sangat mengalu-alukannya. Tiada sebarang masalah.

Apa yang baik seeloknya dikongsi bersama orang lain.

Terima kasih.

gopenghagen said...

makan cendoi tak mngajak. patut laju benor baliknyer

Anonymous said...

Pasal pe gamabr yang PAS 4 All to buleh masuk?

..gambar aku sepatah harang takdok...

Akau rasa Abg Min ada hiden agenda ni

Samudera Tinta said...

Bro Haris,

Bukan taknak mengajak, cuma taknak mengganggu gerakerja orang kuat PAS TSC. Petugas mana boleh berfoya-foya masa bertugas.hehe..

Yang kami laju bebenor balik tu sebab Abang Is kata dia rindu kat baby dan org rumah dia yang ditinggal 24 jam.ahaks!

Ada rezeki kita boleh makan cendol lain kali kat Kuala Kangsar.. =)

kima said...

Kalo ko datang 15 tahun dulu, cendol kuale lagi best. Panjang dan besar macam mee. Try ko bayangkan mee kaler hijau... Besar tak cendol tu?

Samudera Tinta said...

Saudara Anonymous,

Gambar PAS For All 'terpaksa' dimasukkan kerana ia tergolong dalam kategori 'Gambar Menarik'. Betul tak?

Abang Min tak ada apa-apa hidden agenda. Semua straight forward je.hehe..

Gambar ke-7 tu kan ada semua. Bro haris, zali, wad, naz, abg is,wusto, taj, aza, azli, syeikh, zul, kimone dan pakcik-pakcik dari teganu.

PAS FOR ALL!!

Samudera Tinta said...

Bro Kima,

Cendol sebesar mee kuning?Memang tidak boleh dibayangkan. Kalaulah masa boleh diputar kembali.. =)

Tapi rojak dia kurang kick lah. Tak macam dulu.isk,isk..

P/s:Bila nak buat blog bro Kima?

HBM Consultant said...

Terima kasih sekali lagi kerana memberi keizinan...

Samudera Tinta said...

Saudari Marni,

Sama-sama.

eyamujahidah said...

erm..posting yang menarik..
xtau plak ade cendol best kat kuale..huhu..

sempat try rojak jer..tue pun orang lain yg beli, ana tumpang sekaki dua jer..hehe

LagendaMerah said...

apsal ada gambar black & white... tak puas hati betul..aku puye gambar letak la color. Penat bermain ombak di bukit..huhu

Samudera Tinta said...

Cik Eyamujahidah,

Cendol kat Kuale memang sedap. Sampai teman terpesan 2 mangkuk. Lalu terpakse teman mengabehkannya (alasan paling kukuh untuk cover..huhu)

Rojak dia dah kurang kick skit. Mungkin lepas rampasan kuasa Zambry menyebabkan hilang keberkatan.

Tumpang sekaki dua pun xpe. asal halal.. =)

Samudera Tinta said...

Encik Lagenda Merah,

Gambar tersebut terpaksa diletakkan dalam mod 'Mari Mewarna' kerana ada orang penting kerajaan dan GLC di situ. Menghormati privasi orang lain la ni.huhu..

Tapi jika Encik Lagenda Merah ingin dalam bentuk warna sepenuhnya, tiada masalah. Boleh diusahakan.. =)

kima said...

Samudera , EyaMujahidah:
Rojak Kuale???? Namanya bukan rojak tapi pasembor.
3 makanan unik kuala
1. Cendoi - Rasenye dah pupus dah cendol kuale yang asli

2. Pasembor - Pun dah tak asli lagi

3. Lakse - Masih belum pupus dan boleh didapati dengan mudah. Tapi kalo makan kat kedai ajak le orang kuale sekali. Takut pesan laksa kuale, tapi dapat laksa biasa

p/s : Aku malas nak buat blog buat masa ini.

Samudera Tinta said...

Bro Kima,

Jika dilihat pada papan tanda jualan kedai di Kuala ditulis Rojak/Pasembor = RM3.00. Mungkin rojak dan pasembor adalah serumpun dengan budaya yang berbeza. Boleh ke buat analogi begini?

Ulasan Samudera Tinta;

1.Cendoi=rasanya masih sedap dan okay. Tidak tahulah jika 15 tahun dulu rasanya lagi sedap. 4.5 bintang dari 5 bintang (macam Gangstarz plop).

2.Pasembor=kuahnya kurang 'kick' dan tidak 'kaw2'. Sederhana. 2.5 bintang dari 5 bintang.

3.Lakse=tidak sempat makan kerana telah kenyang menghentam 2 mangkuk cendol. Masa makan tahun lepas masih sedap. 4 bintang daripada 5 bintang.

Tiba-tiba rasa nak makan mee udang pulak.hehe..

eyamujahidah said...

en kima: ha..itulah perkataan yg saye duk cari..pasembor..haha..ye betul, yang saye tumpang makan sekaki dua tue adelah pasembor rupenye..(^,^)v
erm, lakse kuale yer..wokezz..bleh je ajak org kuale mkn lakse skali, tp org kuale la kena blanje org bukan kuale..hahaha..

en.samudera tinta: alasan mengabehkan 2 mangkuk cendol itu boleh diterima..(walaupun ade sedikit kemusykilan disitu..hehe)

Samudera Tinta said...

Cik Eyamujahidah,

"Dak Ma Yaribaka Ila Ma La Yaribuk"

Maksudnya "Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukanmu"

Kesimpulannya, buang kemusykilan itu dan gantikan dengan keyakinan yang nyata.

=)

PEACE(PAS) FOR ALL!

eyamujahidah said...

baek lah en. samudera tinta..(^,^)v

nizamtoha said...

salam jihad..

gambar mujahidah2 pegang huruf PAS 4 All itu amat menarik.kenapa la aku tak bleh kreatif mcm tu yer

Samudera Tinta said...

Eyamujahidah,

V(^,^)V juga buat Cik Eyamujahidah (kreatif sungguh anak-anak zaman ICT mencipta ikon-ikon unik. terasa diriku seakan sudah tua dan ketinggalan zaman)

Saudara Nizamtoha,

Salam perjuangan. Jauh berjalan luas pemandangan. Idea-idea kreatif seperti 'PAS 4 ALL' itu boleh dipraktikkan apabila tiba masanya. Ada lagi pilihan raya kecil dan demonstrasi selepas ni. Jangan risau.hehe..

Tertanya-tanya adakah Cik Eyamujahidah dan saudara nizamtoha dari keluarga yang sama.. =)

bukanKima said...

Kalu tak sama keluarga semoga akan menjadi satu keluarga
har... har...har

nizamtoha said...

bukan setakad keluarga..kami sedarah..sefikrah dan sepangkah..

moga sama2 dikurniakan syahid,insyaAllah.

Sdr Samudera
jangan cepat merasa tua,nanti lupa nak undi mana satu..

Samudera Tinta said...

Saudara Nizam,

Jika sudah sedarah, sefikrah dan sepangkah itu yang terbaik. Kerana perjuangan itu tidak boleh berseorangan.

Resmi orang lelaki hatinya tetap muda sampai bila-bila.hehe..

=)

eyamujahidah said...

eherm2...

rancak berdiskusi nampaknye en.samuderatinta,nizamtoha n bukankima..(-,-)

Samudera Tinta said...

Rancak berdiskusi seolah sedang berusrah gabungan secara online pula. Mungkin boleh cdgkan BPPSM buat usrah gabungan online. Baru la ICt sket..

eyamujahidah said...

erm..bagus juga idea tue..
sblm nie xpenah buat usrah gabungan secara online kan..

mb BPPSM n BPICT JASA bleh bergabung tenaga untuk merelisasikannyer..BKHES dan BPL plak bg full support..wah..mantop nie..(^,^)v

Samudera Tinta said...

V(^,^)V

Related Posts with Thumbnails