Alhamdulillah, pada hujung minggu yang lalu aku bersama-sama Pokli, Odeng dan Gaban sempat mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur setelah tertangguh hajat itu pada minggu sebelumnya. Dengan menaiki kereta Gaban, kami bertolak daripada Bangi pada pukul 11.00 pagi.
Dalam perjalanan terserempak kenderaan pacuan empat roda ini. Ini mesti petugas-petugas Dr Lo'Lo' Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa.Sampai di PWTC pada 12.15 tengahari dengan keadaan parking kereta penuh. Mencari-cari parking sehingga 20 minit. Kemudian, mencari mesin ATM untuk menuntut wang masing-masing.
Buku Adik Madihah sudah keluar.
3 jejaka ini berlagak seolah-olah berminat dengan buku undang-undang. Konon-konon nampak profesional lah tu.haha.
Prof Izi Yahya daripada UPM. Penceramah motivasi selebriti yang sering keluar di Radio Era.
Ustazah selebriti comel yang agak 'jangok' sekarang.
Kumpulan Raihan mempromosikan siri animasi dan komik terbaru mereka, Raihan Rangerz. Sepatutnya gunalah identiti sendiri. Seolah karya saduran sahaja. Tapi mungkin ini satu permulaan yang baik. Boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Tahniah Raihan.
Sudut Karikatur bersama pelukis majalah Gila-Gila. Yang di tengah itu adalah Nud's. Yang lain aku tidak kenal.
Inilah antara buku yang sempat aku borong di gerai pameran Dewan Bahasa Pustaka. Buku Puisi Setitik Darah Di Bilik Bundar adalah buku kedua karya Sasterawan Negara, Prof Dr Muhammad Haji Salleh yang aku miliki selepas buku puisi Aksara Usia. Aku memang meminati puisi-puisi beliau kerana biasanya ia menggabungkan elemen timur dan barat, asia dan eropah. Cukup mengesankan.
Buku Ke Luar Jendela pula memaparkan 55 makalah hasil tulisan Datuk Dr Hassan Ahmad yang pernah tersiar dalam Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya. Dengan pengalaman luas Datuk Dr Hassan Ahmad antaranya sebagai Mantan Pengarah DBP, Duta dan Wakil Tetap Malaysia Ke Unesco, Paris, dan Presiden Kumpulan Elektoral Negara Asia Pasifik, menyelak beberapa helaiannya cukup untuk menarik minatku memiliki buku ini. Banyak maklumat berguna dan pemikiran di luar kotak.
Pada mulanya teringin juga untuk membeli karya baru Faisal Tehrani bertajuk Ketupat Cinta dan Menongkah Arus nukilan Cikgu Azizi Abdullah. Namun, memandangkan novel Faisal Tehrani berjudul Bedar Sukma Bisu yang dibeli pada pesta buku lalu belum habis dibaca isi di tengahnya, aku membatalkan hasrat itu (biasanya aku mempunyai satu tabiat buruk apabila membawa sesuatu novel iaitu aku akan membaca sinopsis terlebih dahulu kemudian membaca bab pertama dan terus melompat ke bab terakhir untuk mengetahui kesudahannya. Sungguh teruk kan?). Aku memang meminati gaya penulisan dan lenggok bahasa Faisal Tehrani dan Cikgu Azizi. Tersangat indah lagi mengasyikkan. Mereka juga kaya dengan perbendaharaan kata.
Majalah Milenia Muslim edisi terbaru dan beberapa naskah edisi lama.
Majalah Bola Sepak edisi Nov 08. Aku membelinya sebab ada poster gergasi sebesar pintu Lionel Messi. Tahun lepas dah dapat poster gergasi skuad Manchester United. Tambah koleksi lagi. Selepas ini perlu mencari poster Michael Carrick dan Kaka pula.
Pada pukul 5.50 petang kami selesai membeli-belah di pesta buku dan menuju ke Plaza Mont Kiara untuk sedikit urusan dan bersolat. Gambar di atas adalah bangunan Pusat Sains Negara.
Dalam lif pun nak bergambar ke? Kalau dah gila bergambar tu kat mana-mana pun jadi.
Pertama kali sampai di Plaza Mont Kiara. Di sini ramai pelancong dan orang asing. Minuman keras dijual secara terbuka. Islam Hadhari, Plaza Mont Kiara Bestari.
Pada pukul 7 malam bertolak pulang ke Bangi.
8 comments:
Bestnya pesta buku..dah berapa tahun saya tak pergi.. rindu suasana dia. time saya summer break, slalu mesti dah takda.
Raihan pun ada? wow..inteam takde ke?
Bedar Sukma Bisu memang best. saya baca tahun lepas. serius, saya bagi 5 bintang. Novel yang paling best buat setakat ni, Tunggu Teduh Dulu .juga dari Faisal Tehrani. Abang saya siap kirim dari Malaysia lagi.hehe..
bahasa2 dia memang tak tertanding dengan penulis2 lain. Aisya Sofea pun kalah.isk2
poster casillas takde ke ? torres ke? henry ? hehe
Intem tak nampak pula. Kumpulan Hijjaz ada juga sorang dua kat mempromosikan booth diaorang.
Ramai juga peminat Faisal Tehrani rupanya.Saya ingatkan saudari suka baca novel cinta jiwang yang syahdu-syahdu dan tangkap leleh tu.Biasanya orang perempuan kan ramai minat novel-novel begitu.huhu.
Poster Torres, Henry, Casillas tak ada. Poster Liverpool ada la. Tapi tak beli la. Kurang berminat.. =)
ala..sedey nyer taun nie eyamujahidah xdpt gi pesta buku..huhu..da minta tlg kawan carikan beberapa buah buku kat sana, tapi xde plak dijual.(^,^)v
dulu masa sekolah menengah, ada la layan Zuraidah Othman dan Aisya Sofea. tapi sekarang Zuraidah Othman dah tak tulis novel. Aisya Sofea plak, novel dia dah kurang best dari mula2 dulu. tak macam 1st novel "Jauh".
Saya mula2 baca Faisal Tehrani, pinjam dengan kawan kat sini. Saya baca "Bedar Sukma Bisu" dengan "Tuhan Manusia". terus jatuh cinta. tak pernah lagi jumpa penulis macam ni...boleh melenggok-lenggokkan bahasa dan pada waktu yang sama ada unsur dakwah lagi. Subhanallah.. memang respect habis.
lepas tu, best friend saya kat sekolah rendah(yg lost contact 6 tahun) plak suruh saya baca Tunggu Teduh Dulu. Apa lagi,kalut la saya suruh abang saya kirim dari malaysia. hehe. saya sarankan pada saudara buku ni.
masa kitaorang borak2 pasal Faisal Tehrani kat rumah assisstant duta malaysia ke ukraine, isteri dia cakap Faisal Tehrani tu kawan sekolah dia dulu. memang hebat orangnya.. dia start berkarya sejak sekolah menengah lagi. tabik spring la.
nanti balik malaysia, nak borong "Ketupat Cinta" plak.he...
Eyamujahidah,
Tidak mengapa tidak dapat pergi tahun ini. Tahun depan panjang umur boleh pergi lagi.
Buku apa yang dipesan sampai tak ada tu? Kalau buku baru ustaz hasrizal 'Bercinta Sampai Syurga' dan 'Rindu Bau Pohon Tin' ada je.
Hehe..
Tunggu Teduh Dulu. Ada dengar juga ulasan berkaitan novel tu. Belum sempat untuk mendapatkannya.
Rasanya perlu membuang tabiat buruk saya dahulu.huhu..
Borong buku kat Jaafar Rawas atau Muda Osman? Kat Jaafar Rawas banyak yang amat novel lonih..
tak tentu.. sebab jarang jugak gi KB. slalu sibuk kat KB. 2 thn lepas, borong kat KB Mall je.
oh, Jaafar Rawas dah jual novel ke? baguslah.
Post a Comment