Suasana Pemilihan kali ini agak berbeza. Setiap keputusan mesyuarat dan calon yang dilantik akan dimasukkan secara besar-besaran dalam blog oleh individu atau kumpulan tertentu. pemilihan kali ini seakan-akan pesta bagi mereka yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dalam PAS.
Yang paling menyedihkan ialah terdapat blog-blog yang menghina peribadi kepimpinan secara terang-terangan sehingga mengetepikan adab-adab dalam berjemaah.
Kepimpinan bukan Maksum dari dosa. Tetapi apa tujuan blogger dan pengkomentar mengkritik secara terbuka.? Kalau tujuan menegur, gunakan saluran yang terbaik seperti mesyuarat Agung Caw. Dan Mesyuarat Agung Kaw.
Kekadang pengkritik pimpinan sekadar mengambil maklumat dari blogger yang kadang kala diragui kesahihannya. Contoh termudah ialah tohmahan yang dikenakan kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
Beliau dikatakan seorang yang ingin membawa masuk PAS ke dalam UMNO. Beliau diistilahkan sebagai Pro gabungan dan pelbagai kata nista lagi.
Tidak dinafikan bahawa mungkin Timbalan Presiden PAS ada kelemahan. Tetapi tuduhan bahawa beliau seorang yang pro untuk bergabung dengan UMNO adalah suatu yang tidak boleh diterima.
Timbalan Presiden PAS itu hanya menuruti keputusan jemaah untuk bertemu dengan pimpinan UMNO. Segala butir pertemuan dilaporkan secara detail dalam Mesyuarat PAS Pusat. Beliau bukan bertindak semberono.
Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS selalu menyebut bahawa kalau PAS ingin membuat keputusan besar, PAS pasti akan membuat sidang muktamar khas bagi mendengar pandangan akar umbi.
Jadi kenapa para blogger hanya mengkritik pertemuan Tim.Presiden atas isu yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat PAS Pusat. Kritikan-kritikan ini seakan-akan dilihat seperti ada muslihat tertentu untuk menjatuhkan beliau.
Tulisan ini bukan bermakna untuk mempertahankan Tim. Presiden. Bahkan kalau permintaan majoriti perwakilan nanti untuk menukar timbalan Presiden pun, penulis tidak kisah. Kerana ini adalah permintaan Ahli dari peringkat bawah. Tetapi pemilihan mesti dijauhi dari segala fitnah dan tohmah.
Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust. Hasan Shukri dan Ust. Nasaruddin. Ust. Hassan begitu hebat dinista dan ditohmah dengan pelbagai-pelbagai isu. Walhal, selepas habis muktamar, segala tohmahan itu hilang begitu sahaja.
Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust Nasaruddin dan Ust. Harun Taib. Ust Harun di cerca dengan pelbagai cercaan. Walhal, selepas habis muktamar, segala cercaan hilang begitu sahaja.
Kali ini, penulis tidak pasti siapa pula yang akan menjadi mangsa cercaa, hinaan dan tohmahan.
Kalau sebelum ini, segala berita hanya disebarkan dalam bentuk cetak dan SMS. Kini sistem sebaran berjalan dengan lebih canggih.
Penulis tidak faham apa sebenarnya maksud perlunya tranformasi dalam kepimpinan PAS. perkataan tranformasi selalu timbul ketika pemilihan diadakan. Walhal sesiapa pun menang, PAS tetap bergerak dengan seadanya. Tiada perubahan besar dalam PAS.
PAS telah mempunyai dasar yang jelas. Yang tinggal lagi ialah kerjasama antara kepimpinan pusat, negeri, kawasan dan cawangan untuk menyerapkan dasar tersebut ke dalam minda ahli PAS dan masyarakat.
Penulis cukup faham kalau tranformasi kepimpinan dari Al-Marhum Dato’ Asri Muda kepada Al-Marhum Tn Hj, Yusuf Rawa. Tranformasi ketika itu ialah dari kepimpinan yang agak nasionalis kepada kepimpinan Ulamak.
Tapi kali ini, apa maksudnya tranformasi.? Kalau sekadar cadangan strategi baru. Itu bukan tranformasi tapi lebih kepada perubahan strategi yang sentiasa berlaku dalam PAS. cadangan strategi itu tidak memerlukan penukaran kepimpinan secara besar-besaran.
Di musim pemilihan ini, ahli PAS perlu memahami bahawa setiap kritikan terhadap seseorang pemimpin dalam blog perlu ditapis dan disaring. Sebagaimana ulamak terdahulu menapis kesahihan hadis begitu juga dengan ahli PAS.
Sebagaimana kita tidak percaya kepada maklumat yang dipaparkan dalam blog antihusam, begitu juga kita tidak perlu percaya kepada maklumat blog yang mengkritik timbalan presiden PAS secara membabi buta.
Kalau betul ingin tukar kepimpinan, lakukan secara beradab dan penuh hemah. Kepimpinan yang baru mestilah kepimpinan yang sentiasa mengutamakan parti, mematuhi keputusan parti, bergerak selaras dengan arahan parti. walaupun dia bukan ulamak
Kalau seorang pemimpin itu hanya mementingkan populariti, bertindak secara sendirian dan tidak mematuhi arahan mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat. Pemimpin sebegini wajar ditolak, walaupun dia berstatus ulamak.
Sumber At-Takiri
------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu pandangan menarik hasil kupasan Ustaz Zulhilmi Abdul Rahman. Sememangnya dengan kehadiran media baru iaitu medium blog menjadikan suasana muktamar agung PAS lebih berwarna-warni. Pelbagai pihak dilihat cuba membentangkan analisis dan calon-calon kegemaran masing-masing.
Cuma yang aku kurang senang di hatiku adalah timbul pula budaya label melabel di dalam jemaah seolah-olah wujud pelbagai puak-puak yang berbeza di dalam PAS. Perbezaaan pendapat adalah perkara lumrah namun apabila sampai ke peringkat mewujudkan kem-kem tertentu di dalam jemaah Islam, bagiku itu sudah lebih.
Hatiku cukup walang apabila ditulis terdapat kumpulan Profesional-Liberal (Pro-Lib) yang kononnya dikatakan dipimpin oleh Husam yang akan bertembung dengan kumpulan Ustaz-Ulamak yang dipimpin (kononnya) oleh Ustaz Nasharuddin di dalam muktamar nanti. Adakah terdapat pertembungan antara golongan ulama dan profesional di dalam PAS selaku sebuah gerakan Islam? Aku terfikir adakah gerakan Ikhwan Muslimin pernah menghadapi situasi seperti ini? Entahlah, aku tidak pernah mengkajinya. Mungkin kajian dan pembacaan lebih lanjut diperlukan.
Mungkin juga kerana kepelbagaian fikrah dan individu di dalam PAS menyumbang kepada berlakunya situasi ini. Aku teringat kata-kata Ustaz Idris Ahmad di dalam satu program dulu, " Dalam PAS ni kita ada semua golongan. Dari ahli yang tak berus gigi sehinggalah kepada ahli yang ada 2,3 keping PhD". Itulah kata-kata yang sering terngiang di kepalaku yang menunjukkan kesyumulan gerakan PAS. Itulah uniknya PAS. PAS tidak memilih ahli. Tidak mensyaratkan hanya yang ada ijazah, ahli yang tamat belajar di UK atau ahli yang terdiri daripada golongan profesional sahaja.
Kepelbagaian ragam dan tahap berfikir inilah yang agak menyukarkan proses pentarbiyahan. Dengarnya silibus dan program tarbiah sudah disusun dengan baik. Cuma program-program tarbiah kurang diminati oleh ahli berbanding program-program politik lantas menjadikan penyertaan di dalam program tarbiah agak kurang. Ada juga yang merasakan sudah pandai dan cukup ilmu lantaran itu tidak perlu lagi menghadiri usrah, liqa, majlis ilmu dan sebagainya.
Kesannya? Kesan pengabaian tarbiah akan menyebabkan ahli-ahli jahil banyak perkara terutama berkaitan adab-adab berjemaah. Harus disedari bahawa antara ahli dan pemimpin jemaah ada adab yang perlu diikuti dan dipatuhi. Adab menegur pimpinan tidak sama dengan kita menegur sahabat sejemaah. Ada saluran dan etikanya. Bagiku adab ini bukanlah untuk menyekat kebebasan bersuara dan mewujudkan birokrasi. Cuma ia adalah satu mekanisme untuk melicinkan gerak kerja jemaah dan supaya kita tidak sibuk bertikam sesama sendiri di kala musuh bertepuk tangan dan terbahak-bahak melihat kita bercakaran. Kita mungkin mengabaikan MUSUH SEBENAR di kala sibuk bertempur sesama sendiri.
Aku kira aku bukanlah orang yang selayaknya untuk bercakap soal ini. Anggaplah ini sekadar coretan isi hati dari seorang ahli bawahan yang juga merangkap seekor tikus makmal. Walau siapa pun pemimpin yang bakal naik selepas ini, kita doakan mereka mampu membawa gerakan jemaah Islam ini ke puncaknya. Bukan sekadar kemenangan di dunia, malahan kemenangan di akhirat itu yang lebih penting.
Akhirnya, aku petik-petik kata-kata Ustaz Bash dalam usrah terakhir yang sempat aku ikuti 3 minggu lalu, " Di dalam medan Uhud ramai umat Islam yang terkorban namun tidak semua dikira mati syahid. Yang berjuang kerana Allah itulah syuhada'. Manakala yang berjuang kerana bangsa, tanah air, ghanimah dan keduniaan tidak tergolong di dalam syuhada'. Begitulah kita di dalam perjuangan hari ini. Ramai umat yang bersama-sama berjuang di dalam gerakan Islam. Apabila ajal menjemput, barulah kita tahu adakah kita sebenarnya Pejuang Islam atau Pejuang Dunia semata-mata".

6 comments:
Ini yang dinamakan sebagai kurang belajar dan perlu lebih diajar supaya menjadi golongan yang lebih terpelajar.
Salam,
Saya pelik mereka munuduh golongan husam seperti nampak jahat, menggunakan blog untuk mengkritik pimpinan PAS. tapi adakah mereka terlupa bahawa mereka lah yang menggunakan taktik ini untuk menjatuhkan husam seperti blog antihusam. Bila dah kantoi sapa yang buat barulah blog tu x diupdate.
Mereka menulis jangan kritik pimpinan, kena wala' bla..bla.. tapi mereka sendiri yang berbuat perkara sperti itu. Cakap x serupa bikin betul la
salam,
Sdrku samudera ,
Ini yang dinamakan kecelaruan fikrah.Bila Presiden tidak dihormati henye senye memberi Idea ttg Unity Goverment.
Relaks bro..
Prsiden tu..Dgr dulu.
Klu dah terer sangat ,lawan dia.Dia pun bukak tawaran dah..
Blog Antihusam pun satu,ko klu tak pueh hati ngan husam lawan la dia,bertanding beb...
Kita Open kan??
klu tak berani,jgn tembak belakang...itu main bangsat namanya.
PAS perlu lebih dewasa mengatasi prob ini,ini yang dinamakan proses pendewasaan /Penyaringan.
Tegakkan Hujah dan kembali kepada Quran.klu lu salah...mesti lu kalah.
Saudari Marni,
Yang menjadi masalahnya apabila seseorang yang perlukan didikan/tarbiah merasakan mereka telah cukup sempurna dan tidak perlu lagi diajar. Inilah yang selalu membawa masalah kepada organisasi.
Anonymous,
Mungkin nafsu menguasai diri.
Mungkin juga ada yang sudah melupakan akhlak-akhlak di dalam berjemaah. Bukan nak kata orang lain, saya pun kadang-kadang alpa berkaitan ini.
Saudara Nizamtoha,
Saya tertarik dengan perkataan penyaringan ataupun tapisan.
Adakah sama maknanya dengan 'Sibghatallah'?
Selalu dengar perkataan ini di kampus dulu. Allah akan menguji hamba-hambanya dan akhirnya hanya yang benar-benar ikhlas akan berjaya melalui saringan ini.
Didoakan kita akan termasuk di kalangan yang berjaya melepasi saringan, insyallah.
Post a Comment