Friday, April 3, 2009

Mari Berprogram Bersama CARLSBERG


Setelah selesai KL Sunburst 2009, asal sahaja anda berusia 18 tahun ke atas, anda turut dijemput ke Speed Zone Tour 2009 pula yang diadakan sempena Grand Prix 2009. Antara DJ terkemuka dunia yang bakal memutarkan turntable mereka adalah Paul Oakenfold, Judge Jules, Daniele Davoli, Joey G, Ricky Stone, Nic Fanciulli, Tall Paul, Alexander Technique & Eugene.

Bertempat di Menara Kuala Lumpur, konsert DJ ini akan bermula pada pukul 6 pm - 3 am pada 4 April 2009. Tiket pra-jualan dijual pada harga RM48 seorang, manakala andai anda beli pada hari berlansungnya konsert, tiket akan dijual pada harga RM68. Antara penganjur bersama konsert ini adalah CARLSBERG. CARLSBERG!!? Itu syarikat menjual air soya cincaukah?

Dalam Buletin 1.30 TV3 pada 2 April 2009 dilaporkan bahwa JAWI telah mengeluarkan pekeliling mengharamkan umat Islam menghadiri konsert ini kerana berdasarkan Speed Zone Tour 2008, majoriti yang hadir adalah anak-anak muda Melayu Muslim dan konsert ini diakhiri dengan pesta arak besar-besaran.

Namun, seperti biasa JAWI tetap JAWI dan akan terus menjadi JAWI. Ibarat harimau tidak bertaring. Eh, bukan! Harimau yang tidak bertaring masih mempunyai kuku yang tajam. Yang terlebih tepat ibarat anjing kurap. Tiada siapa pun peduli. JAKIM sudah lama mengeluarkan garis panduan hiburan di Malaysia tetapi siapa yang ambil tahu. Ibarat anjing kurap yang menyalak. Semua orang tidak pernah ambil cakna.

Ketua Polis Negara, Musa Hassan terlebih berhak mengeluarkan perintah supaya orang ramai tidak menghadiri konsert ini. Sepertimana dia mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak menghadiri perhimpunan aman Mansuhkan PPSMI. Jika masih berdegil, hantarlah Unit Simpanan Persekutuan melepaskan gas pemedih mata dan semburan air kimia. Namun ini tidak berlaku padahal Speed Zone Tour 2009 adalah sangat berbahaya kepada keselamatan negara. Dengan pesta minuman keras sebagai subprogram, maka kesannya tersangat buruk.




Lupakah Musa Hassan kepada Barsyiya, seorang abid yang terlalu taat kepada Allah yang telah berjaya digoda oleh syaitan supaya meminum seteguk arak demi mendapatkan lebih kekhusyukan dalam solat. Setelah meminum seteguk arak, akhirnya Barsyiya telah melakukan 3 dosa besar sekaligus; berzina, membunuh dan akhirnya mati dalam keadaan syirik. Benar, arak itu menghilangkan kewarasan aqal dan ibu segala kemaksiatan.

Zahid Hamidi yang berjaya mengkagumkan aku melalui ucapannya semasa Perhimpunan Agung PEKEMBAR pula di mana? Dalam ucapannya di PWTC Zahid Hamidi memberi amaran supaya jangan mencabar umat Islam berkaitan isu tuntutan penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian kerana umat Islam akan bangkit. Berderau juga darahku melihat ucapan yang sungguh bersemangat dan berapi-api itu.

Ayuh Zahid Hamidi bangkit. Beri amaran kepada penganjur dan batalkan Speed Zone Tour 2009. Di mana kau Zahid Hamidi? Di mana Zahiddddddddddddddddddddd?


Oh, rupanya Zahid Hamidi tengah makan di Bukit Gantang. Eh, siapa pula perempuan di belakang tu? Tidak mengapalah. Selepas kenyang makan nanti kirim salam kepada awek yang yummy-yummy lagi slurpee di belakang itu.

Tahniah buat Mashitah, Abdullah Mohd Zain, Zahid Hamidi dan Bijan (Najib) kerana berjaya mengglobalkan Malaysia.

14 comments:

HBM Consultant said...

Saya ingin memetik kata-kata seorang kawan...

Apa kata kita cadangkan kepada Hishamudin atau mana-mana Menteri Pelajaran yang baru:

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dalam Bahasa Arab.

Kalau PPSMI sebab BI adalah bahasa utama sains & matematik(?)

Bukankah, Islam itu sumbernya datang dari Quran dan Sunnah yang ditulis dalam bahasa Arab ?

Patutlah orang Malaysia ni makin tinggalkan agama. Barangkali sebab tak faham Islam kerana Pendidikan Islam diajar dalam BM. Mungkin...

Samudera Tinta said...

Saudari Marni,

Projek menjauhkan umat Melayu dari Islam bermula dari sekolah lagi. Mata pelajaran agama Islam bukan lagi termasuk dalam subjek teras. sekadar subjek pilihan, elektif.

Kejahilan orang melayu dalam beragama bermula apabila Menteri Pendidikan (semestinya dari PEKEMBAR), Khir Johari menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah menyebabkan ramai umat Melayu hari ini buta Al-Quran.

Sekarang, kerajaan memperkenalkan JQAF pula. Setelah merosakkan tulisan jawi sekian lama, baru tersedar dan terngadah. Memang bodoh piang gerombolan PEKEMBAR/BN.

Nasib yang menimpa tulisan jawi akan menimpa bahasa melayu kelak jika PPSMI masih diteruskan.

Mel said...

pada pandangan saya, speedzone tour ni bukanlah hina seperti yang kita war2kan. ape salahnya berhibur? mungkin majlisnya kurang sesuai tapi x salahkan? im going to speedzone tomorrow.. woo!

nizamtoha said...

Sdr Muzamel,

pandangan anda tentang hiburan itu betul,cumanya bila bercampur dengan arak...lelaki perempuan..mabuk dan tak hingat dunia.apa akan jadi?
saya menyokong speedzone yang tanpa arak dan percampuran tidak terbatas.

sdr samudera,
apapon dasar BN..kita terima je lah.apa yang kita boleh buat.kan dulu,kini,selamanya Rakyat malaysia mcm tu..

Samudera Tinta said...

Saudara Mohd Muzamel,

Terima kasih kerana saudara sudi ziarah.

Islam tidak pernah melarang penganutnya berhibur. Cuma perlu ada batasan dan hadnya. Jika sudah berlaku pencampuran bebas antara lelaki dan perempuan dan disusuli pesta arak (sepertimana Speed Zone Tour 2008), maka ia menjadi haram dan tidak dibolehkan. Apatah lagi salah satu penganjurnya syarikat arak Carlsberg. Jika saudara pergi seolah saudara menyokong dan membayar kepada Carlberg.

Pihak JAWI sendiri sudah mengeluarkan surat melarang orang Islam pergi ke Speed Zone Tour 2009. Boleh dikenakan denda RM5000 dan penjara 3 tahun siapa yang ingkar. Saudara boleh rujuk di
http://apipenang.blogspot.com/2009/04/pesta-arak-jawi-tegah-sertai.html

Saya tidak menyalahkan saudara di atas pandangan saudara tersebut kerana pimpinan negara kita sendiri merestui dan berminat dengan program-program begini. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Saya doakan kita sama-sama akan diselamatkan daripada azab dan seksa dunia akhirat.

Terima kasih.

Samudera Tinta said...

Saudara nizamtoha,

Apa yang boleh kita buat adalah ubah kezaliman itu menggunakan tangan ~ melalui kertas undi.

Gerakerja menguburkan UMNO/BN akan terus dilakukan demi kesejahteraan generasi akan datang..

=)

eyamujahidah said...

muzamel said: 'speedzone tour ni bukanlah hina seperti yang kita war2kan'

eya said: 'speedzone tour xkan hina jika xde arak(benda haram di sisi Islam) n pergaulan bebas lelaki perempuan'

muzamel said: 'ape salahnya berhibur?

eya said: 'xsalah berhibur, jika hiburan tu xbercampur baur ngan benda2 yg haram such as yg disebutkan td..'

muzamel said: 'im going to speedzone tomorrow.. woo!

eya said: 'mungkin saudara muzamel kita ni xbaligh lg kot,sbb tu xpandai beza antara yg betul ngan yg salah..(^,^)v

~sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat.. =)

Mel said...

thanx for your comments samudera tinta and eyamujahidah.. so, the conclution is, speedzone tu haram buat umat islam.. ok i got it.. so, ape yang jakim akan buat untuk event tu? ingat lagi konsert "muse" dulu. terang2 tulis muslim xboleh masuk, tapi ramai kawan2 saya yang muslimm pergi.. xde sebarang masalah.. why not, jakim adekan satu usaha yang berterusan membanteras benda ni? contohnya di club2? kita kene tengok dari perspektif yang pelbagai. why not kita mula dari menyelesaikan bende2 yang dianggap kecil seperti aurat ke, dating ke n etc.. why bile ade event yang besar baru nak ade usaha sampai masuk media?

eyamujahidah said...

muzamel said: 'so, ape yang jakim akan buat untuk event tu? ingat lagi konsert "muse" dulu. terang2 tulis muslim xboleh masuk, tapi ramai kawan2 saya yang muslimm pergi.. xde sebarang masalah.. why not, jakim adekan satu usaha yang berterusan membanteras benda ni? contohnya di club2? kita kene tengok dari perspektif yang pelbagai. why not kita mula dari menyelesaikan bende2 yang dianggap kecil seperti aurat ke, dating ke n etc.. why bile ade event yang besar baru nak ade usaha sampai masuk media?

eyamujahidah said: JAKIM sudah lama mengeluarkan garis panduan hiburan di Malaysia tetapi siapa yang ambil tahu. mcm hukum Islam jg la..Islam dah bagi garis panduan yang lengkap pd setiap individu muslim itu sendiri, tp setakat mana kita ambil peduli kan..
pd pandangan saya la , nk cegah kemungkaran nie bukan keje JAKIM semata, sume yg mengaku muslim wajib tegur dan ingat mengingati sesama muslim. kalu nampak kawan pergi ke tmpat2 mcm tu, nk gi dating ke, xtutop aurat ke, mb antara usaha muzamel, muzamel boleh tlg kawan2 muzamel dengan memberi teguran, bil hikmah..(^,^)v sbb kebiasaannya kwn sendiri lbh dekat dan mudah untuk ditegur..
mungkin pandangan saye agk oldskool sket, tp why not kite cube dulu kan..sbb Allah xtanye kite berjaya @ x, tp Dia akn tanye kite dh usaha ke x..wallahu 'alam..

v(^,^)v peace no war

Samudera Tinta said...

Saudara Muzamel,

Islam itu begantung kepada pemerintah. Jika pemerintah mengambil berat dan cakna terhadap Islam, maka segala permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya.

JAKIM/JAWI dan jabatan agama islam lain sudah mengeluarkan pelbagai panduan untuk umat islam. namun malangnya apabila tiba bahagian perlaksanaan, ia menjadi sangat lemah. jabatan/majlis agama tidak mempunyai kuasa total dalam perkara ini.

Jika saudara Muzamel masih ingat kes di mana JAWI menyerbu sebuah kelab malam lalu menangkap 13 org orang islam yg minum arak. Akhirnya heboh di dalam surat khabar dan JAWI bertalu-talu dikritik dan dipersalahkan. Kononnya tidak menghormati hak asasi manusia. sedangkan perkara itu terang2 salah. Apa kerajaan Malaysia buat ketika itu. Langsung tidak membela JAWI. Ini menyebabkan org tidak lagi menghormati institusi agama.

Contoh klasik kedua kes Mantan Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom melawan 3 orang ratu cantik (orang islam). Akhirnya dalam kes ini almarhum dipecat kerana lantang mempertahankan tindakan JAIS menahan 3 orang perempuan Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik tersebut. Ketika Allahyarham mengeluarkan fatwa pertandingan ratu cantik itu haram, pelbagai pandangan dan alasan yang dikeluarkan oleh pimpinan Umno.

Sebab itulah saya mengatakan agama itu berdiri di atas kaki pemerintah. Jika pemerintah tidak mahukan Islam, maka natijahnya apa yang terjadi hari ini. Kawan2 saudara yang muslim yang meyertai konsert Muse itu adalah mangsa keadaan. Mangsa kepada sebuah kerajaan yang diimpin oleh umat Islam tetapi menolak hukum Islam.

Saudara Muzamel,

Pada pandangan saya, untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu kembali kepada akar berlakunya masalah ini. Punca berlaku segala permasalahan yang teruk sekarang ini adalah pemerintah yang tidak mahukan Islam. Jadi, sekarang kita kena usaha tukar pemerintahan kepada pemerintahan yang lebih baik, adil, telus, berkebajikan dan berhasrat melaksanakan Islam.

Selepas menukar kerajaan baru, maka perkara berkaitan aurat, dating, pesta arak dan lain-lain akan dapat dihapuskan secara berperingkat-peringkat sehingga kepada penghapusan terus.

Kita kena berusaha ke arah itu demi masa hadapan kita bersama dan generasi mendatang.

Terima kasih.

nhhas said...

hmm perbincangan yang hangat...lari topics sket.

bila dikatakan USIR BN undi PEMBANGKANG. nak tanya ni....sejauh mana saudara SAMUDERA TINTA yakin PKR/PAS/DAP a.k.a PEMBANGKANG dapat menjaga kemaslahatan umat islam dan orang melayu. secara jujurnya saya sangat impress semasa NIZAR menang di pasir panjang dulu tapi saya MULA MENANGIS bila dia MULA LUPA DIR, MULA JADI KUDA TUNGGANGAN DAP DAN MELEBIHKAN CINA daripada BANGSA MELAYU. the MOST unacceptable things tat he did was: bagi tanah pajakan kekal kepada CINA selama 900 tahun (agak2 dalam 9 generasi cina) tapi kenapa bagi tanah orang melayu (tanah kampung tersusun) cuma pajakan 99 tahun???? kata la kalau nak adil, di mana nampak adilnya?
mohon pandangan....

bukan la saya nak kata sokong atau taksub pada BN, tapi saya rasa takut...orang melayu + islam sekarang dalam zone tidak selamat..
kita undi BN pun tak berapa nak bagi benifit kat bangsa, undi PKR lagi la haru, undi PAS (kalau tn guru jer la yang saya yakin), yang lain2 tu, seram sejuk juga tgk...
jadi nak undi siapa. bak kata pepatah, orang melayu sekrang umpama kuar mulut harimau masuk mulut naga....

wallahualam....

-nihas

Samudera Tinta said...

Salam buat nihas,

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

Berkaitan ulasan nihas 'nizar adalah boneka DAP, pemberian tanah 999 tahun dan sebagainya' itu saya kira adalah bersumberkan maklumat sebelah pihak sahaja. Mungkin sumber itu adalah Kitab Agung UMNO, Utusan Melayu dan Penyampai Berita Benar Utama, TV3.

Isu ini adalah fitnah dan mainan daripada UMNO dan telah dijawab oleh pelbagai pihak. Nihas boleh layari blog Ir Nizar, www.kamparinn.blogspot.com atau blog setiausaha politik Ir Nizar iaitu Ustaz Misbahul Munir, misabah.blogspot.com.

Saya juga ingin tampalkan di sini artikel yang saya kutip dari http://www.malaysiawaves.com/2009/02/fitnah-tanah-di-perak-penerangan.html

((Fitnah Tanah Di Perak. Penerangan Sebenar.

Artikel ini saya post pada bulan November tahun lepas. Juga, dibawah ada penerangan lain dari seorang weblogger di Laman Tranung Kite. Fitnah UMNO di Perak Yang Bahaya: Pemberian Hak Milik Kekal Kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun

Terdapat satu fitnah yang bagi saya sangat bahaya terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Fitnah tersebut adalah kononnya pemberian hak milik 999 tahun/kekal kepada kampung baru adalah mengadaikan hak orang Melayu di Perak dan kononnya orang Cina sudah mengusai pentadbiran kerajaan Perak melalui PAS.Here is the beginning of my post. And here is the rest of it Hakikatnya UMNO takut kerana isu pemberian hak milik kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun ini adalah janji Barisan Nasional sejak sekian pilihanraya.

Saya pula merasakan fitnah ini adalah bahaya kerana saya telah mendengar fitnah ini dari adik Ipar saya yang mempunyai kakak Ipar di Ipoh. Ertinya fitnah ini telah meluas dan merebak hampir seluruh masyarakat Melayu Perak dan sekarang sedang merebak ke Selangor.

Saya membaca temuramah MB Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin bersama Suara Keadilan (Bil 154, 5-12 November 2008, ms 16-17). Di dalam temuramah tersebut dinyatakan oleh Dato Seri Nizar:

" Kampung Baru paling ramai penduduk di Malaysia adalah di Perak. Ia didirikan di zaman darurat di mana kerajaan ketika itu membawa kaum Cina ke kampung baru bagi mencegah anasir komunis.

Ada 134 kampung bru yang melibatkan 65k keluarga. Dalam Kanun Tanah Negara Kampung Baru sudah tidak boleh dibuka lagi. Kalau kesemuanya diberikan hak milik kekal, ia hanya melibatkan tanah 5000 ekar sahaja yang mana 80% penduduk adalah kaum Cina.

Begitu juga Kampung Tersusun yng mempunyai hampir 75k keluarga di mana 70% penduduknya orang Melayu. Ia juga hanya melibatkan 7k ekar.

Kita tidak memberikan tambahan tanah tetapi kita hanya tukarkan daripada pajak kepada hak milik kekal. Kerajaan juga mendapat pendapatan RM330juta. Kalau dulu penduduk kampung baru ada pajakan 99 tahun dan kalau tanahnya disandar kepada bank mereka akan mendapat sedikit nilai sahaja. Sekarang kalau tanahnya jadi hak milik kekal bank akan berikan pinjaman maksima. Penduduk boleh gunakan wang tersebut untuk meningkatkan imej persekitaran rumah mereka.

Kerajaan BN menjadikan isu ini untuk memancing undi"

Sekarang sudah terang lagi bersuluh. Segalanya adalah fitnah UMNO untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Setelah ditolak secara borong oleh pengundi Cina dan India pada PRU lepas, maka UMNO hanya bergantung nyawa kepada 60% pengundi Melayu yang mengundi mereka dahulu (kerana 40% pengundi Melayu telah mengundi Pakatan Rakyat di Perak).

Tidak ada penguasaan DAP ke atas kerajaan Perak, tidak ada penguasaan orang Cina ke atas kerajaan Perak, tidak ada pengurangan kekuasaan orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak. Segalanya hanyalah fitnah dari UMNO.

Sebenar-benarnya, fitnah ini ditumpukan kepada pekerja2 kerajaan negeri supaya diharapkan mereka akan belot kepada kerajan negeri atas dasar mempertahankan kekuasaan orang Melayu di Perak. Itu sahaja.

Memainkan isu perkauman ini menunjukkan UMNO adalah desperado. Al maklumlah, sumber kewangan UMNO diperingkat cawangan dan bahagian selama ini datang dari kerajaan negeri. Sekarang ini sumber ini telah kering seperti gurun Sahara di musim panas. Cawangan-cawangan UMNO mcm tak bermaya, nak buat program pun takda duit.

Hasilnya aktiviti yang mereka mampu lakukan adalah menyebarkan fitnah seperti ini.

Ingatlah nasihat dari kawan saya yang bekas UMNO:

"Sekiranya ada orang UMNO berkata Tuhan itu Satu, jangan percaya. Bukan kerana kenyataan itu tidak benar tetapi kerana yang bercakap itu adalah orang UMNO"

Bahagian II

Dari Pendekar Klate:

kes tanah yg saya tahu begini

ada 3 jenis, iaitu
1. kg tersusun
2.kg baru
3. tanah tradisional

org tuduh MB bagi kat cina, tp..

bagi ke sumua 3 jenis tu, terdapat lebih kurang 140,000 geran pemilik dimana
no 1 da no 2, hampir 75% adalah milik melayu
manakal kg tradisional itu boleh dikatakan 99%milik melayu.

ini bukan kes pemberian baru, tp memang milik mereka sejak berzaman lamanya.

kg tersusun pun majorit milik melayu. jadi kes 999 tahun itu lebih untung kepada org melayu.

dari sejuml;ah lebih kurang 140,000 geran (pemilik itu, kaum cina dan india hanay perolehi sekitar 42,000 hak milik 999 tahun saja berbanding bakiya adalah hak milik melayu diberikan.

siapa yg cerdik? DAP atau PAS (Md NIZAR).

dan yg paling bodoh ialah sultan dan umno.

bab pemberian balak, MB amat tegas, ADUN tidak diberikan hak. zaman umno setiap ADUN akan perolehi sekitar 1200 hektar setipa org kws balak. bagi balak untuk istanna, MB mengurangkan saja. itu yg istana tak suka. dalam perlembagaan, sultan tiada hak ke atas balak, tp MD nizar masih bg wpun jumlahnya dikurangkan.

kes PAsir juga melibatkan sultan. n

isu inilah yg sebabkan sultan marah. kerana menyekat sumber penambahan kekayaannya.

apa lagi mainan politik kotor umno dan tikaman umno kepada sultan.

apa pun sultan dan umno sama sama perosak Islam. bini sultan pun tak tutup aurat sedangkan sultan adalah ketua agama.))

Nasihat saya, sebagai generasi yang hidup di zaman ledakan ICT, jangan hanya menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja. rajin-rajinlah menyelongkar kebenaran. Kemudian, nilailah dengan neraca iman.

Nihas, sudah lebih 50 tahun UMNO berkuasa di Malaysia. Di mana kedudukan Melayu Islam. Dalam DEB melayu belum mencapai 30% (UMNO sendiri akui). Di mana Melayu?

Sedangkan DAP yang baru berkuasa di Penang terus menaikkan elaun guru-guru KAFA selepas menang. Pernah BN buat begitu semasa berkuasa di Penang.

Selangor yang diperintah PKR, telah memberikan air percuma buat rakyatnya untuk penggunaan 20 meter padu. Bil air di rumah saya sekaranga dalah -RM6.00. Orang Ya, negatif! Tak pernah terfikir nak dapat bil air negatif. Orang bujang tak guna air banyak berbanding org dah kawen.Nah, sekian lama UMNO perintah Selangor, ada pernah bagi air free. Nak menaikkan tarif air ada lah.

Di Kelantan saya tak perlu ceritakan. Saudara carilah sendiri.

Jadi, kesimpulannya dengan melihat kegagalan BN setelah lebih 50 tahun memerintah, maka peluang yang sama perlu diberikan kepada Pakatan Rakyat yang jelas terbukti pencapaian mereka walaupun baru memerintah Penang, Selangor, Perak dan Kedah.

Terima kasih.

nhhas said...

sorry2...kurang jelas sikit:

dis refer to ur statement:
"kes tanah yg saya tahu begini

ada 3 jenis, iaitu
1. kg tersusun
2.kg baru
3. tanah tradisional

org tuduh MB bagi kat cina, tp..

bagi ke sumua 3 jenis tu, terdapat lebih kurang 140,000 geran pemilik dimana
no 1 da no 2, hampir 75% adalah milik melayu
manakal kg tradisional itu boleh dikatakan 99%milik melayu.

ini bukan kes pemberian baru, tp memang milik mereka sejak berzaman lamanya.

kg tersusun pun majorit milik melayu. jadi kes 999 tahun itu lebih untung kepada org melayu.

dari sejuml;ah lebih kurang 140,000 geran (pemilik itu, kaum cina dan india hanay perolehi sekitar 42,000 hak milik 999 tahun saja berbanding bakiya adalah hak milik melayu diberikan."

yang nihas tak faham/kurang jelas:

ok, bagi 3types of da land, total is about 140K geran, 42K(999 tahun pajakan kekal kepada cina), baki 98K (99 tahun pajakan melayu? )...
kalau dari segi ratio:

42K (999 tahun)- TEMPOH MASA 10X ganda. hampir 9-10 generasi miliki tanah.
98K (99 tahun)- 1 hingga 2 generasi jer miliki tanah tu.

the question is, kenapa tak bagi jer seperti ini?
42K (999 tahun)
98K (999 tahun)

rasa2 nya macam melayu lagi rugi.

Samudera Tinta said...

Buat Nihas,

Jawapan yang lebih jelas dari:

((1.Blog Ir Nizar
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri. Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan. Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat. Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat 'kecerdikan' kerajaan terdahulu ialah: 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung. 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12. Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampung baru, belum lagi kampung tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll. Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..))

((2.Blog msomelayu.blogspot.com.
UMNO dan BN tidak senang dengan langkah kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang akan menganugerahkah tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk di Rancangan Kampung Tersusun di negeri itu.

Sebagai permulaan dan simbolik kata dikotakan semalam, 11 penduduk kampung baru di Kuala Rui, Gerik Perak telah menerima geran hak milik kekal selama 999 masing-masing dari Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin (foto).

Pelaksanaan anugerah itu tidak mengendahkan bantahan kerajaan Pusat berhubung perkara itu yang meminta kerajaan Perak menangguh sehingga hasil keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) membuat keputusan mengenai cadangan itu.

Kerajaan Pusat menerusi Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak membantah niat kerajaan Perak itu atas alasan kuasa menganugerahkan tanah itu di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata lain anugerah itu bertentangan dengan dasar MTN.

Apabila anugerah itu dilakukan juga menunjukkan Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar berpandangan bahawa kuasa itu berada di bawah kerajaan negeri dan bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan tindakan oleh kerajaan Persekutuan jika keadaan memerlukan.

Janji untuk memberi status kekal kepada tanah pajakan di kampung baru dan Rancangan Kampung Tersusun (RKT) diputuskan dalam sidang DUN Perak baru-baru ini. Ia mungkin juga merupakan antara janji yang dicatat pada manifesto Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum lalu.

Dari segi prinsipnya penganugerahan itu tidak salah kerana ia satu kewajiban kerajaan ke atas rakyatnya. Mana-mana kerajaan yang bermaruah, bertanggungjawab akan berusaha menjaga dan memberi perlindungan kepada rakyatnya tanpa mengira bahasa dan dilek percakapan. Apabila janji itu dibuat ia harus dilakukan tanpa mengira apakah ianya memberi implikasi lain atau tidak.

Dari segi prinsip dan tabii manusia juga pemberian itu tidak menyalahi hukum alam. Sebab tanah atau tempat tinggal merupakan keperluan asas semua jenis manusia. Kepada sesiapa juga kerajaan perlu menyediakan tanah dan tempat tinggal. Sebab itu isu tanah adalah sangat sensitif.

Apa yang menghairankan kenapa anugerah seperti itu tiak diusahakan oleh kerajaan sebelum ini. Apakah kerajaan sebelum ini tidak mengambil berat soal perlindungan dan kebajikan rakyat? Ataupun kerajaan BN Perak pimpinan Tajol Rosli Ghazali tidak ada ilham untuk berbuat demikian atau bongkak dengan kuasa yang ada?

Apakah kerana kebetulan yang menerima itu itu orang Cina maka anugerah itu dipertikaikan? Kalaulah itu sebabnya maka tindakan BN sangat anih kerana ianya tidak bertindak membela rakyat atau pengundi seperti mana semangat yang ada dalam BN itu sendiri. Jelaslah di sini kesempurnaan dan kepedulian BN kepada rakyat itu hanya laungan dan omong kosong saja.

Jika benar ini maka jelas kerajaan BN yang ditunggakkan Umno itu tidak adil, mengamalkan double standard, pilih kasih dan sebagainya dan menangani masalah rakyat. Atau pun Umno mengira dengan cara itu, kurnia tanah ia boleh mengurangkan tanah milik Melayu? Apa yang ingin ditanya apakah bezanya tanah tol yang mereka duduki bertahun-tahun dengan milik kekal selama 999 tahun itu? Jika dilihat dengan kepala cerah ia dua kali lima saja, cuma status itu saja berbeza tetapi pemilik ke atas tanah itu tetap tuan yang sama.

Mungkin kerajaan Pakatan Rakyat menyedari hakikat ini maka mereka tidak berfikir panjang untuk memberi status itu? Di sinilah fatanahnya kerajaan Pakatan Rakyat yang sekaligus boleh menghakiskan keyakinan penduduk kampung baru kepada BN.

Secara peribadi saya tidak persalahkan orang Cina kalau mereka memiliki tanah yang lebih luas dari Melayu hatta pun memiliki negara ini. Selalunya mereka rajin meneroka tanah bagi untuk penanaman sayur, perumahan, industri dan sebagainya. Apabila mereka meneroka sesuatu tanah mereka istiqamh tinggal di situ dan tidak menjualnya kerana mengharapkan sedikit laba.

Ini berbeza dengan cara pemilikan tanah kerajaan oleh orang Melayu di mana mereka akan menjual kerana ingin memiliki kereta dan sebagainya dan sanggup menyewa rumah lain atas tanah setinggan juga. Orang Cina juga senantiasa berfikir untuk memperluaskan tanah milik mereka dari masa ke semasa. Ini berbeza dengan orang Melayu yang berfikir bagaimanakah hendak menjual tanah pesaka untuk berjoli atau untuk menunaikan fardu haji.

Layanan kerajaan BN ke atas penduduk kampung baru, RKT setinggan dan sebagainya juga tidak adil dan selalunya dilayan sebagai rakyat kelas dua. Layanan itu tidak setanding dengan nilai undi yang ada kepada mereka menurut demokrasi. Apakah nilai atau kuasa undi penduduk kampung baru, RKT dan setinggan lebih rendah dengan undi orang Melayu yang tinggal di tempat lain?

Rasanya tidak. Kalau undi Melayu yang tinggal di ibu kota metropolitan ianya tetap satu undi saja untuk satu orang, begitu jugalah kuasa dan nilai undi penduduk kampung baru, kampung tersusun dan setinggan, satu undi juga untuk satu orang.

Dalam hal ini saya nampak tindakan kerajaan Perak itu dibimbangi kerana ia boleh menghakiskan sokongan masyarakat Cina kepada BN. Di seluruh negeri Perak terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus berketurunan Cina. Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Perangkaan inilah yang digeruni dan dibimbangi BN. Mungkin pihak BN tidak sedar dengan pengasingan dan diskriminasi yang mereka lalukan itu menyebabkan orang Cina makin marah dan tersinggung dengan BN.

Jadi sekiranya larangan itu untuk menyelamatkan tanah negara ini terlepas menjadi pusaka orang Cina tindakan itu salah. Kerana cara itu menafikan hak mereka yang dibenarkan undang-undang. Larangan ke atas mahluk Allah memiliki atau mendiami bumi ini bertentangan dengan fitrah manusia dan keizinan dan jaminan mutlak Allah s.w.t. kepada sesiapa saja untuk menduduki atas muka bumi ini.

Tunggu lagi siapa yang memiliki tanah bayak, tanah bernilai terserah kepada kebijaksanaan dan kerajinan manusia itu. Tanah atau apa saja hartabenda ia tidak boleh dipertahankan dengan undang-undang ciptaan manusia kerana ia boleh dilanggar dan diperbaiki. Tanah, harta benda boleh dipertahankan dengan semangat, maruah, iltizam dan uhkwah yang tinggi sesama sendiri.

Kesimpulannya tindakan kerajaan Perak itu disamping untuk memenuhi janji dan meraih sokongan rakyat ia juga cuba bertindak mengikut fitrah dan janji Allah))

Jika Nihas masih ada kemusykilan boleh tanya Syeikh Google. Banyak sangat info yang boleh diperolehi pasal isu ini.

Ataupun boleh tanya secara terus kepada Ir Nizar di blog beliau, kamparinn.blogspot.com.

Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails