Tuesday, April 14, 2009

Mata Rantai



Terkadang aku ingin semulia Ali
Insan terpilih di pembaringan Rasulullah
Sekelumit ragu tiada di hatinya
Allah dan Rasul adalah matlamat

Terkadang aku ingin sehebat Imam Shafie
Menuntun ilmu sehingga tiada sempat berkelamin
Ensaiklopedia rujukan umat
Tawaduk dan rendah hati hiasan budi

Terkadang aku ingin seluhur Al-Banna
Pencetus ulung Ikhwan Muslimin
Mujaddid alaf tiada henti berdakwah
Mengabdikan hidup di jalan perjuangan

Terkadang aku ingin sekental Syeikh Ahmad Yassin
Seorang buta berkerusi roda
Lumpuh tidak berdaya
Namanya sahaja bisa mengecutkan sang zionis

Terkadang aku ingin segagah isi Memali
Berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim
Tidak gentar walau tubuh dihujani ribuan peluru
Senyuman indah menyambut rimbun kesyahidan

Kemudian aku tersedar
Aku perlu menjadi aku
ISLAHKAN DIRIMU DAN SERULAH ORANG LAIN
Mata rantai menjejak akan kemuliaan mereka

Bandar Baru Bangi
13 April 2008
11.32 malam

6 comments:

kima said...

'mata rantai'. Dah lama tak dengar istilah ni

BARAN said...

Subhanallah..what a nice poem. Don't worry, just be yourself...then only you will be like those you dream of.

inas said...

salam,

originally from u?
subhanallah.
bagus sekali..

poetry utk muslimah ade? :)

awk, sy dah move out dr blog frenster sy. ni yg baru. guna blogspot. tq.

Samudera Tinta said...

Kima,

Adakah maksud lama tidak mendengar istilah 'mata rantai' bererti sudah lama tidak menghadiri usrah.
Harapnya bukan begitu.hehe..



Drsiti,

Ya, kita kena menjadi diri sendiri dan berusaha menjadikan diri ke arah yang lebih baik. Dalam masa yang sama perlu melakukan amal makruf nahi mungkar.

Besar cabarannya itu. Bukan calang-calang juga. Mampukah? huhu..



Inas,

Ya, puisi ini asli. Tidak diciplak. Cuma idea dan ilham itu sepenuhnya dari DIA, bukan saya.

Poetry untuk muslimah belum ada lagi. Perlu mencari idea dan inspirasi sebelum menulis.. =)

Tahniah dah pindah rumah baru. Saya akan betulkan link baru itu.

Tq

YaQeen Ahmad said...

Anda akan hebat bila menjadi diri sendiri.

Samudera Tinta said...

Saudari Yaqeen,

Untuk menjadi diri sendiri perlu mengenali diri. Panjang juga proses itu..

Related Posts with Thumbnails