Thursday, April 16, 2009

Surat Tanpa Sampul Buat Datuk Jamil Khir

Menemui Datuk Jamil Khir yang berada di Putrajaya, semoga senantiasa berada di bawah perlindungan Allah selalu. Adapun tujuan saya menghantar surat tak bersampul kepada Datuk adalah untuk sedikit sebanyak membantu tugasan Datuk.

Saya terbaca di dalam Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa Datuk ingin menyemak kembali perlaksanaan dasar Islam di Malaysia termasuklah Islam Hadhari. Jadi, saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara berasa terpanggil untuk tampil ke hadapan bagi membantu Datuk dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Di bawah saya sertakan beberapa perkara yang boleh membantu Datuk untuk menyemak kembali kewajaran 10 prinsip Islam Hadhari untuk diteruskan di bawah pentadbiran Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan:

1.Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah




2.Kerajaan Adil Dan Beramanah




3.Rakyat Berjiwa Merdeka




4.Penguasaan Ilmu Pengetahuan




5.Pembangunan Ekonomi Seimbang Dan Komprehensif




6.Kehidupan Berkualiti




7.Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti Dan Wanita




8.Keutuhan Budaya Dan Moral




9.Pemeliharaan Alam Semula Jadi




10.Kekuatan Pertahanan



Itulah serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan bersama Datuk. Pada pandangan saya sendiri, saya melihat Islam Hadhari perlu dihapuskan terus dan kita perlu kembali kepada Islam yang sebenar. Islam adalah Islam tanpa perlu dihadharikan. Tidak perlu ada nama serta sifat tambahan kepada Islam kerana Islam itu sudah sempurna dan sesuai untuk setiap zaman. Bagaimanapun saya serahkan segala-galanya kepada kebijaksanaan dan budi bicara Datuk.

Setakat ini dahulu surat saya buat Datuk. Harapannya agar surat kerdil tanpa sampul ini akan dapat sedikit sebanyak membantu Datuk dalam menjalankan tugas. Saya tidak mengharapkan apa-apa ganjaran. Cukuplah sekadar jika diberi peluang makan tengahari di dalam kapal selam Scorpene sekali. Jika tidak, tak mengapalah.

Saya juga mohon maaf kerana surat ini tidak bersampul. Saya tidak mampu membeli sampul surat kerana harganya sangat mahal selepas harga minyak dinaikkan dahulu. Saya mohon maaf sekali lagi

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tanggungjawab,
Encik Samudera Tinta
(www.samuderatinta.blogspot.com)

6 comments:

BARAN said...

Astaghfirullah...saya ada baca baru ni,kes rogol meningkat 300% daripada tahun sebelumnya..roomate saya pun terkejut.saya terangkan pasal post saudara ni, dia pun setuju untuk hapuskan dasar Islam Hadhari.isk2.orang christian pun tak nak.

jadi,marilah kita berubah..berubah ke arah yang lebih baik. semuanya terserah pada rakyat. kita yang membentuk kerajaan. bukan kerajaan yang membentuk kita.

inas said...

submit la surat ni ke kolum 'surat pembaca' kat newspaper...

HBM Consultant said...

Sebelum surat tanpa sampul ini dihantar ke surat khabar, tambah la sedikit cadangan supaya mata pelajaran agama Islam diajar dalam bahasa Arab.

Maklum sahaja, menteri keris pernah berkata, ppsmi diperkenal supaya sains dan matematik dapat dikuasai dengan mudah melalui bahasa sumbernya.

Justeru, mungkin juga Islam tidak difahami oleh generasi hari ini kerana ia diajar dalam bahasa Melayu, bukan dalam bahasa sumbernya.

Cadangkan agar kementerian perkenalkan ppaia (pengajaran dan pembelajaran agama Islam dalam bahasa Arab)...

Samudera Tinta said...

Drsiti,

Kalau orang kristian pun dah tak nak Islam Hadhari, tak tahulah jika ada orang Islam yang masih 'sudi' mempertahankannya. terima kasih kerana sudi menerangkan berkaitan entri ini kepada roomate saudari.

Jika mereka masih tidak mahu berubah, kita ubah mereka dalam PRU-13 nanti, insyallah..

Samudera Tinta said...

Saudari Inas,

Jika dihantar ke Utusan Meloya atau Berita Harian, alamatnya sampai berkulat la tak keluar.hehe..

Saya kena keluarkan suratkhabar sendiri kot. Berita Samudera.. =)

Samudera Tinta said...

Saudari Marni,

Usahkan hendak diajar dalam Bahasa Arab, tulisan jawi khazanah umat Melayu pun dihapuskan. Agenda menjauhkan umat dari Islam.

Makin banyak hiburan, makin jahil umat. Makin jahil umat, makin lamalah kerajaan tahgut berkuasa.

Related Posts with Thumbnails