Friday, April 24, 2009

TAHNIAH JAMIL KHIR!! HARUSSANI ZAKARIA TOLONG KOMEN !!!


ANUTAN ANAK IBU-BAPA TUKAR AGAMA KEKAL

KUALA LUMPUR 23 April – Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat semalam turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.

Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

‘‘Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.

‘‘Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.

Beliau juga telah membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap tiga kanak-kanak terbabit di Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, tindakan Mohd. Ridzuan itu dibantah oleh ibu kanak-kanak berkenaan, M. Indira Ghandi, 35, yang mahukan anak- anaknya kekal dengan agama Hindu.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, walaupun Kabinet telah membuat keputusan, kerajaan tetap bersedia mendengar pandangan rakyat sekiranya mereka berpendapat langkah terbaru itu mempunyai kelemahan.

~ Sumber Utusan Meloya ~

Reaksi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

PEGUAM SYARIE MAHU KEPUTUSAN DIKAJI

KUALA LUMPUR 23 April – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mahu jemaah menteri mengkaji semula keputusan berhubung status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang yang terkejut dengan keputusan tersebut berkata, ia seolah-olah menggambarkan adanya usaha campur tangan dalam urusan pentadbiran mahkamah di Malaysia.

Walhal bagi Musa, mahkamah syariah mahupun mahkamah sivil sepatutnya diletakkan sebagai satu entiti yang bebas dalam memutuskan sesuatu pertikaian sama ada yang melibatkan Islam mahupun bukan Islam.

‘‘Sekiranya keputusan ini diteruskan, ia akan mewujudkan satu suasana seolah-olah pihak kehakiman terikat dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan. Sedangkan ia tidak sepatutnya dikacau atau diganggu.

‘‘Mahkamah perlu dibiarkan bebas daripada campur tangan mana-mana pihak termasuklah pihak eksekutif (kerajaan). Kebebasan institusi legislatif (mahkamah) perlu dipertahankan,’’ ujar Musa.

Justeru itu, beliau meminta keputusan tersebut ditangguhkan dan dikaji semula dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan ahli akademik.

~ Sumber Utusan Meloya ~

--------------------------------------------------------------------------------------

Reaksi Samudera Tinta

1.Ternyata aqal makhluk lebih bijak daripada Khaliq. Malaysia Boleh!

2.Inikah projek yang termasuk di dalam slogan SATU MALAYSIA?

3.Kita hanya boleh berhukum dengan perkara zahir. Perkara yang berkaitan batin dan hati di luar kuasa manusia. Pihak kerajaan sungguh bijak (baca:bangang) kerana boleh membaca hati manusia.

4.Mengapa jawatankuasa khas menangani isu orang Islam ini dipengerusikan Koh Tsu Kun? Jawatankuasa ini terdiri daripada 4 orang. Koh Tsu Kun dan Subramaniam bukan Islam. Shahrizat boleh diragui tahap kefahaman Islamnya manakala Jamil Khir bolehlah dikatakan agak faham Islam. Jika keputusan yang telah dibuat ini dilakukan menerusi undian (demokrasi), berdasarkan panel-panel yang ada agaknya siapa yang akan menang? Sudah terang lagi bersuluh akan keputusannya!

5.Dalam konteks Malaysia, Mahkamah Syariah dipandang lekeh. Apabila Mohd. Ridzuan membawa kes ini ke Mahkamah Syariah, tiba-tiba dia diarahkan membawa kes ini ke Mahkamah Sivil pula. Apa cerita bai? RAKYAT DIDAHULUKAN?

6.Setelah keputusan dibuat, barulah KERAjaan 'bersedia mendengar pandangan rakyat sekiranya mereka berpendapat langkah terbaru itu mempunyai kelemahan'. Jika sudah maklum akan kejahilan serta kebodohan sendiri, mengapa awal-awal lagi tidak menjemput bersama di dalam jawatankuasa khas ini pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar perundangan dan ahli akademik? Sepatutnya setelah berbincang secara terperinci dengan segala pihak yang berautoriti barulah keputusan dibuat. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?

7.Sekalung tahniah untuk projek pertama ini buat JAMIL KHIR.

8.HARUSSANI ZAKARIA SILA KOMEN !!!! Saudara bukan dibayar gaji untuk komen pasal bukan Islam baca Al-Quran sahaja.

9.Bodoh tidak boleh diajar, bangang tidak boleh ditegur.

10.Noktah sementara kerana aku sedang BENGANG dan MARAH seperti gambar di atas!

9 comments:

HBM Consultant said...

Mula-mula, musnahkan bahasa.. Selepas itu, musnahkan agama... dan setiap kali itu tetap akan dilaungkan kata-kata "kita akan pertahankan maruah agama Islam dan ketuanan Melayu".

Mereka sudah gila.

Nota:
Maaf kerana menggunakan bahasa kesat di sini. Saya sangat marah dengan apa yang terjadi.

BARAN said...

rileks bro...marilah kita bersatu ! he..

nizamtoha said...

Sejak Bila UMNO nak pertahan Islam ni???? sejak Bila???
Siapa yng kulitnya Islam...tak faham
Siapa yang Kulit dan Isinya Islam akan faham

Bak kata Search dlm lagu Isi Atau Kulit

'Ada orang lihat kulit
Ada orang lihat isinya
Kulit dan isi
Memberi erti
Jikalau tahu menilainya

Anonymous said...

Harussani dah komen...masalah dengan korang ni, bila harussani tegur pasal pemimpin korang, korang marah...tapi, selama ni setahu aku harussani akan komen dan menghentam tak kira kerajaan ataupun pembangkang...tapi pemimpin pembangkang yang bergelar ulama hanya komen bila ada kepentingan politik jr

Anonymous said...

Harussani dah komen...masalah dengan korang ni, bila harussani tegur pasal pemimpin korang, korang marah...tapi, selama ni setahu aku harussani akan komen dan menghentam tak kira kerajaan ataupun pembangkang...tapi pemimpin pembangkang yang bergelar ulama hanya komen bila ada kepentingan politik jer...

macam marah jer sbb harussani komen pasal bukan islam baca quran...
gi ler tanya mana2 ustaz...
HARAM HUKUMNYA...
kita yang lahir dalam Islam pun tak berani nak baca quran n beri terjmahan sbb tak cukup ilmu...ni kan plak org bukan Islam yang cakap "LANGKAH MAYAT KAMI KALO NAK LAKSANAKAN UNDANG2 ISLAM"

Samudera Tinta said...

Saudari Marni,

Mereka memang sangat gila.

Kita bukan gila kuasa cuma ingin mengambil kuasa dari orang gila.

Sebab itu UBN perlu ditumbangkan.

Samudera Tinta said...

Drsiti,

Ya, marilah kita bersatu.

Bersatu kita bersatu, di bawah pemimpin penipu.

Tipu terus menipu, kita tipu melayu.

Macam pernah dengar ayat-ayat tersebut.hehe..

Samudera Tinta said...

Saudara Nizamtoha,

UMNO sangat mengambil berat isu agama. Tengok bab zakat dan haji. Zakat ada lembaga zakat. haji ada tabung haji. bukankah itu menandakan mereka sangat menjaga Islam?

Lagipun jika keadaan memaksa, boleh 'pau' duit zakat dan tabung haji tu. Siapa sedar? Siapa nak siasat jika semua orang dalam adalah orang-orang mereka?

Anak syarikat tabung haji pun ada melabur dalam syarikat judi.

Oh, Islamnya UMNO!

Samudera Tinta said...

Saudara Anonymous,

Terima kasih sudi ziarah dan komen. Saya lebih menghargai jika awak meletakkan nama.

Tahniah Dato Mufti kerana sudah mengeluarkan komen. Jika dalam isu orang bukan Islam baca Quran menteri malaysia boleh merujuk mufti, mengapa pula agaknya menteri kabinet kangkung malaysia tidak merujuk mufti sebelum mengeluarkan keputusan yang menghiris hati umat Islam itu.

Sebelum pergi lebih lanjut, boleh awak berikan dalil yang mengatakan orang bukan islam haram baca Quran?

Awak kata "kita yang lahir dalam Islam pun tak berani nak baca quran n beri terjmahan sbb tak cukup ilmu". Saya rasa bukan sebab tak cukup ilmu, tapi sebab tak reti. Usahkan nak terjemah, nak baca pun tergagap-tergagap. Nak buat macam mana dari pagi hingga ke tengah malam sentiasa disumbat dengan program hiburan oleh UMNOputra. Berapa kali rancangan belajar Al-Quran dalam TV setiap hari? Jika ada masanya pukul berapa?

Orang Islam UMNO pernah nak saman kerajaan Kelantan apabila nak laksanakan hudud di Kelantan dan ugut nak isytiharkan MAGERAN. Orang Islam UMNO pernah hina janggut/sunnah nabi. Mana lagi hina? Masih sahkah akidah umat Islam tersebut?

Oh, ya. Awak kena bezakan antara kafir harbi dan kafir zimmi.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah dan memberi komen.

Related Posts with Thumbnails