Saturday, April 25, 2009

Tahniah Khalid Ibrahim, Padan Muka Anuar Musa


Aku baru sahaja selesai menonton siaran langsung perlawanan Piala FA antara Qlate lawan Selangor bersama-sama Pokli dan Odeng. Qlate kalah dengan tendangan penalti. Pemain Qlate ambil penalti macam budak-budak Tadika KEMAS yang minum kopi tongkat ali.

Pokli ternyata agak kecewa. Masakan tidak. Kami sama-sama menjerit kegembiraan ketika penyerang Qlate Si Farhan menjaringkan gol pembukaan buat Red Warriors dan sama-sama menutup muka kecewa apabila Amri Yahya menjaringkan gol penyamaan yang agak mudah di atas kelalaian bek. Sepakan penalti menjadi penutup yang pahit buat si manis Cik Siti Wan kembang.

Semasa sedang menonton sesi penyampaian piala yang mengumpulkan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Pengerusi FAS dan Anuar Musa sebagai Pengerusi KAFA bersama-sama di atas pentas, Pokli tiba-tiba bersuara,

"Eh, nasib baik juga Qlate kalah. Boleh tengok Khalid Ibrahim tersenyum ceria. Cuba bayangkan jika Qlate menang. Tak sanggup kawe nak tengok Anuar Musa senyum-senyum dan gelak-gelak atas pentas sementara Khalid bermuram durja,".

"Baik tengok 'orang kita' senyum daripada 'orang mereka' tersengih-sengih macam kerang busuk," tambah Pokli.

Aku mengiakan perkara tersebut di dalam hati. Betapa aku sudah lama memendam perasaan tidak puas hati terhadap pengurusan KAFA.

Mengapa KAFA masih tidak diserahkan kepada kerajaan negeri Qlate sedangkan persatuan bola sepak negeri lain hampir kesemuanya di bawah pengurusan kerajaan negeri sendiri. Sedari dulu pihak PEKEMBAR lah yang menguruskan KAFA. Sekejap naik dan kemudian merudum. Seumpama yoyo. Banyak penyelewengan kewangan di dalam KAFA telah berlaku lantaran tangan-tangan yang tidak amanah dan perkara ini bukan lagi rahsia yang boleh ditutup dengan nyiru.

Sebab inilah keghairahan aku terhadap pasukan bola sepak Qlate tidak sama seperti kegilaan aku terhadap Manchester United. PEKEMBAR yang menguasai KAFA menjadikan minatku sedikit bersisa. Maaf cakaplah.


Andai Qlate menang malam ini aku akan mengucapkan tahniah kepada semua pemain yang bertungkus-lumus dan oleh kerana Qlate kalah maka aku akan ucapkan PADAN MUKA ANUAR MUSA!

Anuar Musa, jangan sesekali menyangka rakyat sudah lupa peristiwa kurang ajar pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh. Itu tetap tersimpan kemas di dalam diari minda rakyat.

Akhir, jika ada yang mengatakan sukan tiada kaitan dengan politik, maka bersaksilah olehmu sekalian bahawa orang itu adalah seorang yang jahil murakkab.

P/s: Qlate menang aku senang, Qlate kalah pun aku senang. Sungguh senang menjadi Bujang Senang.

17 comments:

BARAN said...

ala Qlate kalah ke... the Red Warriors takda Ronaldo yang gelabah.tu yang best tu. ;>

Ibnur Rahmat said...

ambo sokong 100%...teringin sgt nok tgok KAFA berada di bawah naungan Kerajaan Negeri...pe2 pun tahniah para pemain...yang penting MU menang malam tadi dengan Spurs...terubat jugokla segho..!!!

Samudera Tinta said...

Drsiti,

Ya Qlate kalah penalti selepas seri 1-1. Kalau Ronaldo masuk Qlate, konpom Selangor kena 5 biji malam tadi.

Ronaldo yang gelabah juga score 2 biji untuk MU lawan Spurs. gelabah-gelabah dia pun berguna juga.hehe.

Samudera Tinta said...

Saudara Ibnur Rahmat,

Terimo kasih sudi singgoh di blog ambo.

Kalaulah kerajaan negeri boleh rampas KAFA macam UMNO rampas Perak kan best.hehe..

Tahniah untuk semua pemain Red Warriors yang bertungkus-lumus malam tadi.

MUFC memang hebat. Spurs pun kena titik 5-2. Glory-glory MUFC.

nasru said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Samudera Tinta said...

Saudara Nasru di http://wan.nasru.my/,

Saya delete komen saudara kerana banyak mengandungi perkataan lucah yang tidak sesuai untuk siaran blog saya.

Saudara juga mengutuk raja.

Sila kutuk institusi raja dan buatlah entri selucah mungkin di blog sendiri.

Semoga saudara berbahagia.

HBM Consultant said...

Apa juga bidang yang dipolitikkan pasti tidak akan berkembang dan pasti kesudahannya akan punah. Sukan tidak terkecuali.

Tahniah kepada pemain merah kuning yang berjaya menjulang piala. Kepada pahlawan merah, hanya rezeki yang belum menyebelahi kegigihan anda. Semoga berjumpa lagi di pentas akhir yang akan datang (doa ikhlas dari penyokong merah kuning). Ehehee..

BARAN said...

sorryla saudara pasal kutuk C.Ronaldo. saya tak tahu la kenapa sejak kecil lagi,saya tak suka sangat kat dia tu. sama ada sebab dia gelabah atau sebab malaysian guys kat sini suka dia atau ke dua-duanya sekali..he...

Anyway,memang MUFC hebat. tahniah !

eyamujahidah said...

salam..
tahniah kepada pemain2 bola sepak selangor the red giant.. xlupe juga, para pemain kelantan turut bermain dengan mantop..cume xde rezeki taun nie nk menang piala FA tue..

walaupun kat umah saya bz sbb ade majlis kenduri penanggah kawen adik, tapi sbb bola punye psl, sume duk di depan tv, termasuklah saudara nizamtoha n konco2 anak saudara..hahaha..

eyamujahidah org selangor, so, tumpang hepy la jugak bile dpt tau selangor menang..hehehe

Samudera Tinta said...

Saudari Marni,

Pahlawan Merah tidak akan berhenti berjuang. Tapi jika ada gaji pemain mula tertunggak dan tidak dibayar selepas ini,maka itu tanda bermulanya saat kejatuhan Pahlawan Merah.

Samudera Tinta said...

Drsiti,

Tak suka sejak darikecil lagi? Dah kenal C.Ronaldo sejak kecil ke?hehe..

Saya bukan peminat C.R walaupun dia banyak menjaringkan gol untuk MU.

Saya lebih meminati Michael Carrick. Sering terpesona dengan larian-larian yang cantik dan mengelirukan serta kejituan hantarannya.

Setuju 100%.. =)

Samudera Tinta said...

Salam Eyamujahidah,

Orang Qlate bagi peluang kat Selangor dulu tahun ni.Lain tahun boleh cuba lagi.

Tahniah untuk perkahwinan adik tu. Minta maaf banyak-banyak tak sempat pergi. Ada program forum tu.

Xara said...

memujuk dirila tu bila qlate kalah..hehehehe..

-anak selangor :)

Samudera Tinta said...

Cik Suri, Qlate tidak kalah. Cuma belum menang (ayat penyedap hati dalam IPU dulu).

Huhu..

BARAN said...

ye ke...buang karan je saya mintak maap. saya ingatkan saudara maniac die.

kalau dah dari kecik tu, maknanya memang saya tak suka la tu.. memang dia pandai main bola, tapi berlagak sangat. skit2 bukak baju. tak macam Torres ku yang cool.he...

Samudera Tinta said...

Hehe..C.R ingat badan dia lawa sangat. tu asyik buka baju je.

nizamtoha said...

hehehehe...
walaupun agak lewat..
Malam itu amat indah bagi peminat merah kuning.
red warrior cube lagi ek..tahun depan kami sediakan mancis..tapi jgn buat pembakaran terbuka...heheh

Related Posts with Thumbnails