Thursday, February 12, 2009

Zambry, Kenapa Tak Iklan Kerja Kosong Tu??

Sebelum ini aku masih boleh bersabar dengan 'MB' Perak, Zambry walaupun pelbagai pihak menghentam beliau. Namun setelah membaca di dalam Malaysiakini berkaitan perlantikan 3 penasihat baru, aku menjadi marah.

Masakan tidak! Di dalam keadaan rakyat yang banyak dilanda kegawatan ekonomi dan kehilangan kerja, tiba-tiba Zambry melantik tiga orang penasihat tanpa mengiklankannya di dalam surat khabar mahupun laman sesawang. Sepatutnya, Zambry perlu mengiklankan kekosongan jawatan penasihat kepada MB bertaraf exco tersebut untuk membolehkan rakyat yang telah dibuang kerja, tiada kerja mahupun yang masih menganggur untuk mencuba. Mana boleh main lantik je.

Letaklah apa kriteria yang diperlukan untuk menjadi penasihat bertaraf exco. Mahu yang ada ijazah, diploma, sebagai contoh. Ataupun mahukan yang pandai toing, toing. Tak kesahla andai borang permohonan jawatan penasihat itu perlukan tandatangan pengesahan daripada Jawatankuasa Kacau Kampung Persekutuan. Yang penting, kene IKLANKAN!!

Aku pasti jika diiklankan kekosongan jawatan tersebut (vacancy kata orang puteh), pasti ramai yang akan cuba untuk memohon. Dengan jumlah tersebut gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi, siapa tak nak! Lumayan yang amat tu. Eh, sekejap! Siap ada lesen memiliki senjatapi? C4 termasuk dalam senjatapi juga ke? Patutlaaa...

Kesimpulannya, Zambry telah berlaku zalim kepada rakyat Perak dan Malaysia kerana tidak mengiklankan jawatan-jawatan kosong tersebut.

4 comments:

singamaraja said...

Auuum !

Ini lah sebab gue meljelme nih, bukan apa kalau dapat dakwah membendung yang tak kena, sebab itu DAP buat laporan kat BPR, rasa sakit juga bila ca buat report, terhadap orang melayu tapi inilah realitinya, tak tahu buat kerja

Samudera Tinta said...

Bila dikelilingi oleh penasihat 25 persen, maka beginilah hasilnya..ibarat tikus membaiki labu

Pengasas said...

Salam SamuderaHati,
Bagi setengah orang, kuasa politik ialah lubuk emas.

Samudera Tinta said...

Salam kembali Dr,

Orang yang mengimani bahawa kuasa politik adalah lubuk emas semestinya terlupa bahawa setiap kepemimpinan itu adalah amanah yang akan dipersoalkan kelak. Di mahkamah Allah Yang Maha Adil dan sifar rasuah. Itupun jika mereka yakin akan Mahsyar akan berlaku..

Related Posts with Thumbnails