Friday, February 20, 2009

Buku-Buku Yang Berpesta

Mulanya terasa malas untuk memasukkan entri berkaitan Perasmian Pesta Buku Bangi 2009 semalam. Namun, setelah diminta oleh CiK Suri di ruangan Borak-Borak sampai 2 kali, nampaknya kena buat juga.. =)

Aku sampai ke PKNS Bangi lebih kurang 2.35petang. Terserempak Cik Suri yang baru nak pulang ke pejabatnya. Di tapak perasmian Wusto dan konco-konconya sedang sibuk yang amat. Banyak lagi persediaan perlu dibuat sebelum majlis perasmian bermula jam 5 petang.

Aku membantu sekadarnya. Sekadar yang perlu dan patut.

Gambar sebelum program. Cuba cari apakah kesilapan yang terdapat di dalam backdrop yang aku hasilkan itu.

Ahli jawatankuasa yang Bersih, Cekap dan Amanah..Err, sesuai tak slogan itu?

Mereka yang berdedikasi dan komited. Odeng pula cuba menunjukkan kekacakan beliau.

Walaupun nampak serius pengerusi majlis itu, tapi ini baru raptai.

Lebih kurang 6.00 petang barulah program boleh dimulakan. Perasmi tiba agak lewat. Mungkin kerana kesesakan jalan raya. Oh, ya. Perasmi pesta buku adalah YB Tn Ir Iskandar Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan, Dan Setinggan Selangor. YB Dr Halimah tidak dapat datang saat-saat akhir.

"Mengumumkan ketibaan YB Iskandar Abdul Samad. Hadirin mohon berdiri," umum Pengerusi Majlis. Di tengah-tengah YB Dr Iskandar Abdul Samad, di sebelah kiri adalah Adun Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar, di sebelah kanan adalah Dr Tajol, Ahli Majlis Perbandaran Kajang manakala aku yang tengah pegang kamera.

Memohon keberkatan dari Ilahi dan dijauhkan dari maksiat. Amin.

Dr Tajol memberi ucapan.

YB Dr Shafie pula memberikan ucapan. Kata YB, kita akan ubah imej Tasik Cempaka (pernah masuk dalam mastika dulu kan) dari tempat maksiat kepada laman ilmu dan seni budaya. Akan ada diskusi ilmiah dan tempat persembahan seni budaya yang "romantis" seperti puisi, sajak dan sebagainya. Entah, tapi aku lebih berminat cadangan yang kedua.hehe..

Gambar YB Iskandar sedang memberikan ucapan diambil dari pandangan seekor lebah. Bzzzz, Bzzzz..YB Iskandar menekankan akan pentingnya pembudayaan ilmu dan kerajann negeri akan memperkembangkan konsep bandar ilmu ke seluruh Selangor. Eloklah tu YB. Mana yang baik kami sokong. Yang tak baik kami hentam je.

Perasmian. Potong-potong reben. Aku kurang bernasib baik. Mendapat posisi salah untuk menangkap gambar.

Persembahan nasyid daripada Anak-anak Council Homes. Jelas, mereka lebih comel jika dibandingkan dengan Heliza AF6 dan Siti Nurhaliza. Mereka juga lebih jujur berbanding Aiman, Naib Juara Akademi Nasyid, Hafiz Hamidun serta kumpulan yang berselindung di sebalik jenama nasyid pop untuk menghasilkan serta mempersembahkan lagu-lagu lagha.

Terlupa pula. Dalam majlis ini juga diadakan pelancaran Buletin Bangi dan Skim Wakaf Buku serta Al-Quran. Sebagai pengisian Bangi Bandar Ilmu.

Penyampaian hadiah buat perasmi, YB Iskandar.

Pada pukul 7 petang majlis pun tamat dengan YB Iskandar dijemput melawat tapak pameran dan seterusnya dijemput menikmati jamuan di bilik jamuan bersama jemputan dan para ajk.

Menu jamuan adalah mee kari, kueh mueh dan buahan-buahan. Tapi mee kari itu bertukar menjadi warna merah selepas seketika. Aku teringat dulu kes mee yang dicampur asid borik. Macam tu lah merahnya. Tapi makan juga sebab lapar. Perasmi dan VIP pun selamba je. Bedal je la.

Jemput semua datang ke Pesta Buku Bangi. Bermula 18 Feb - 1 Mac 2009. Jom!

~ Membudayakan Amalan Membaca ~

8 comments:

Xara said...

wah..macam meriah je majlis pada hari kejadian. Saya sedang bermesyuarat ketika itu sehingga jam 10pm.huhuhu

Samudera Tinta said...

Ya,sangat meriah majlis itu..masa perasmian paling meriah..siap ada tembak2 lagi.huhu..yang tu off record.. =)

Xara said...

wah.. mcm menarik je. apa yang berlaku temabk2 tu :-?

Samudera Tinta said...

Tak tahu macam mana nak cerita..tapi plannya masa perasmian keluar macam bunyi tembakan pastu keluar kertas yang macam confetti tu..tapi sebab bajet ciput, keluar pun mcm tak keluar.sket je..nak tergelak pun ada..huhu..dah la tembakan secara manual..maksudnya ada org tarik sumbu benda alah tu.. =)

Xara said...

oo.. hehe.. takpe. hadirin bukan tau pun apa korang nak buat sebenarnya.

Samudera Tinta said...

Ya, hadirin tak tahu. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yang telah membantu kita.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam ziarah..tq bg info pasal pesta buku ni..kbetulan..m.cik sy tggal kt area sn..iAllah diizinkan Allah blh jenguk2

Samudera Tinta said...

Salam Mardhatillah,


terima kasih ziarah ke sini..selamat datang..

ya, tiada masalah. jemput2..

Related Posts with Thumbnails