Petikan sajak Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh daripada buku Aksara Usia Edisi Khas Sasterawan Negara (Edisi Kedua)
Dia tidak mungkin salah
Kerana dia pembesar
Setiap patah katanya dikutip
Sepuluh perakam suara
Wartawan latihan yang belajar mencari makan
Maka suaranya memanat keyakinan
Menjawab soalan dengan rasa kebenaran
yang diambil dari partinya
Semua yang tidak hadir
Dilakar sebagai musuh
Yang melawan bangsa
Walau samar masih bersalah
Dia membetulkan topinya
Dan merenung wartawan cantik
Serta terus memperagakan kuasa
Yang dibantu ejekan dan kuasa
Dia mengupas ekonomi
Seperti dia mengarahkan kebudayaan
Kerana semuanya dalam bidang kuasa pembesar
Dia sering menyanyi di tv
Kerana itu kegemarannya
Selain diwawancarai setiap hari
Dan sempadan negeri pun mengecut
Dengan bakatnya
Dia juga dapat mengarah manusia
Di akhir hayatnya
Dia diangkat menjadi dewa
Namun dia orang yang luwes
Hampir pilihnaraya
Sut indahnya
Digantikan pakaian masjid
Dan janji sumbangan peribadinya
Majlis Perbandaran Gaza: 70% Daripada Telaga dan 105,000 Saluran Air Musnah
-
Isnin, 25-11-2024 – Majlis Perbandaran Gaza mendedahkan pada hari Khamis
bahawa rejim Israel telah memusnahkan lebih daripada 105,000 saluran air
dan 70%...
17 hours ago
2 comments:
Salam SamuderaHati,
Salam ziarah. Terima kasih kerana sudi ziarah ruangan santai saya.
Blog anda amat hebat. Pemiliknya tentu lebih hebat. Justeru saya senaraikannya dalam blog:
http://siyasahsyariyah.blogspot.com/
Semoga dapat manfaat untuk semua.
Salam.
Salam Dr,
Terima kasih sudi linkkan blog saya ke siyasahsyariyah. Agak segan blog keril berada di kalangan otai.. =)
Post a Comment