Munafikun ada di mana-mana. Akan ada setiap ketika dan zaman. Jika tidak masakan wujud satu surah Munafikun di dalam Al-Quran. Semasa di Maahad, surah ini juga menjadi surah hafalan wajib untuk pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).
Munafikun ada persatuan mereka sendiri. Namanya Pertubuhan Kebangsaan Munafik Bersatu ataupun PEKEMBAR. Di dalam Bahasa Inggeris pula dipanggil United Munafikun National Organisation ataupun kependekannya..Maaf, aku tidak tegar untuk menulis akronimnya. Apa pula kata orang nanti. Guna sahaja kependekan PEKEMBAR. Bukankah kita adalah pencinta bahasa?
Presiden PEKEMBAR dahulu adalah Abdullah. Tetapi jangan silap. Abdullah bin Ubai bin Sahul namanya. Orangnya cukup licik dan licin. Lebih licin daripada belut yang ditangkap di parit, sungai mahupun kolam komersial untuk dibuat paprik belut.
PEKEMBAR mempunyai taburan ahli yang ramai dan kelengkapan yang sangat baik. Mereka ada mata-mata gelap, polis anti rusuhan, unit persekutuan simpanan dan sebagainya. Pimpinan dan ahli-ahli PEKEMBAR sesekali tidak pernah redha melihat umat Islam dan masyarakat hidup dalam keadaan aman,selamat dan makmur (slogan apa ini!).
Contoh jelas kita boleh tonton pada episod Uhud. Ya, Perang Uhud yang berlaku pada Sabtu, tanggal 7 Syawal, 32 bulan setelah hijrah. Perang yang menyaksikan ramai sahabat terkorban di jalan jihad. Sirah mencatatkan Presiden PEKEMBAR dahulu telah menarik 300 orang tentera yang terdiri dari pengikutnya untuk keluar dari Madinah sebagai tanda kononnya protes terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Rasullullah dalam mesyuarat sedangkan sebenarnya ia sebagai satu manifestasi sikap dan sifat sebenar mereka yang dizahirkan oleh Allah. 300 orang tentunya bukan sedikit. Bisa sahaja menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan memandangkan jumlah musuh adalah begitu besar, 3000 orang.
Malangnya, ada gerombolan hari ini mengikut jejak PEKEMBAR dahulu. Dalam ketenangan dan kedamaian umat Islam dan masyarakat di sebuah negeri nun di utara, PEKEMBAR moden telah menarik 3 orang tentera pakatan dengan cara yang kotor. Hasilnya, kita dapat lihat dengan jelas keadaan di negeri tersebut. Keadaan yang dahulunya permai dan damai bertukar menjadi tidak stabil. Bermacam-macam rumus dn khabar angin tersebar. Ada tunjuk perasaan, ada yang ditangkap malah sultan dan mufti pula menjadi bahan cemuhan. Rakyat menjadi tidak tenteram. Pelabur-pelabur juga semakin bimbang melihatkan keadaan seolah tiada berpenghujung. Semuanya kerana perbuatan PEKEMBAR.
Sudah menjadi resmi PEKEMBAR melaporkan apa yang yang palsu dan menyorok apa yang benar. Sebaran PEKEMBAR juga sangat baik. PEKEMBAR dahulu ada Utusan Mekah. Manakala PEKEMBAR moden juga ada utusan. Dipanggil Utusan Ma...Maaf,sekali lagi. Masih tidak tegar untuk menulis nama penuhnya.
Justeru, media dan sebaran PEKEMBAR sangat cekap memutarbelitkan isu. Jika di negeri yang terletak di utara itu, yang diperbesar-besarkan dan dimainkan setiap hari adalah isu DERHAKA. Isu sebenar iaitu RAMPASAN KUASA ditutup kejap di dalam tempayan dosa. Di sebalik mereka yang mula mencetuskan huru hara, dituduhnya pula speaker sengaja cuba mencetuskan kacau-bilau. Tak ke bangang namanya tu (ayat Ustaz Ismail Kamus) !
Dalam isu Kugan pula yang dipertontonkan hari-hari adalah isu menceroboh rumah mayat. Seolah itulah isu yang besar dan sebenar. Sedangkan isu tahanan yang diseksa dan keadaan mayat yang dalam keadaan menyayat hati disapu rapi di bawah permaidani ketololan. Malah media PEKEMBAR juga memarahi orang yang membela Kugan kerana dikatakan membela penjenayah. Yang menjadi kemusykilan, bilakah pula Kugan didapati bersalah oleh mahkamah? Bukankah prinsip undang-undang sekular sekalipun menyatakan one innocent until proven guilty. Sekalipun betul dia merupakan seorang penjenayah, mengapa perlu diperlakukan lebih teruk dari binatang. Yang lebih melucukan apabila terdapat bapak polisi yang mengatakan kematian Kugan disebabkan penyakit. Entahkan asma ataupun paru-paru berair. Ah, sampai ke situ sekali bodohnya!
PEKEMBAR tidak pernah akan redha melihat kenikmatan yang dikecapi oleh rakyat terbanyak. Ada sahaja idea untuk menjahanamkan masyarakat. Apabila kerajaan sebuah negeri yang kaya di Lembah Klang berunding dengan 4 anak syarikat bekalan air untuk membeli perjanjian konsesi mereka, dengan tujuan menyenangkan dan meringankan beban rakyat, mereka tanpa adab terus mengambil jalan pintas dengan berunding secara terus dengan syarikat konsesi tersebut. Diperkudakan SPAN; Suruhanjaya Penaik Air Negara. Dan dengar kata hasil rundingan terus tersebut yang mencecah bilion ringgit, tarif air negeri yang kaya tersebut yang sebelum ini murah (pertama kali bil air di rumah menurun kepada nilai NEGATIF, percayalah!) akan menjadi mahal. Beban pengambilalihan dipindahkan kepada rakyat terbanyak. Satu lagi Projek Kerajaan Barisan Munafik.
PEKEMBAR juga gilakan kemahsyuran. Namun, mereka takut untuk berperang. Bimbang jika terbunuh barangkali. Apabila umat Islam mencapai kemenangan di dalam peperangan, golongan PEKEMBARlah yang akan berada di barisan hadapan untuk memasuki Madinah. Supaya orang melihat mereka sebagai orang yang hebat dan berani. PEKEMBAR sangat dambakan pujian dan sanjungan.
Samalah juga PEKEMBAR moden. Gerakan yang dilakukan senyap dan tersusun. Insan lain yang menjalankan tugas. Namun, apabila dirasakan masa telah sesuai dan betul, maralah salah seorang dari PEKEMBAR ke hadapan. Lengkap bersut hitam, bertali leher dan dikelilingi oleh gerombolan PEKEMBAR yang lain seraya berkata, ”Kita telah mengambil alih kerajaan negeri sekian-kian,” Meleret-leret senyuman, penuh kebanggan seolah dialah pahlawan yang sejati dan terulung. Gerombolan di belakang akan berteriak, ”Hidup PEKEMBAR! Hidup PEKEMBAR,” Bersemangat sekali mereka membodek lelaki bersut hitam itu.
Perkataan moral dan akhlak tiada dalam kamus hidup PEKEMBAR. Mereka bisa sahaja masuk ke rumah kamu dan mengambil gambar kamu sedang tidur. Terselak, terbongkang dan terkangkang. Kemudian? Kemudian mereka akan menyebarkannya kepada orang awam yang diklasifikasikan sebagai ”tontonan umum”. Persetankan sama maruah kerana mereka tidak pernah mengenal apa itu maruah.
Ya, kita harus berjaga-jaga. Kerana PEKEMBAR mempunyai segala kelengkapan, kemudahan dan jentera. Namun, berjaga-jaga bukan bererti kita harus penakut. Jangan lupa kita ada Allah. Kita ada usaha. Kita juga ada doa sebagai senjata. Usaha + doa, insyallah buahnya adalah kejayaan. Dengan syarat Allah merasakan kita telah layak dikurniakan kemenangan.
Mungkin Allah membenarkan perancangan PEKEMBAR berlaku kerana Allah tidak mahu kita berasa selesa dan berehat. Berehat daripada melaksanakan gerakerja Islam ~ amar makruf nahi mungkar. Allah mahu kita tingkatkan perjuangan ini. Bukan hanya ketika dan tertentu sahaja. Dengan kejadian-kejadian yang telah berlaku menjadikan kita sentiasa berwaspada dan bersiap-siaga.
Kita juga untung. Hanya ada 2 pilihan; samada syahid ataupun menang. Tidak perlu pening-pening lagi seperti PEKEMBAR.
Munafik itu akan berlabun dan terus berlabun. Untuk dulu, kini dan selamanya.
Ya, Allah kurniakanlah kami kekuatan!
Majlis Perbandaran Gaza: 70% Daripada Telaga dan 105,000 Saluran Air Musnah
-
Isnin, 25-11-2024 – Majlis Perbandaran Gaza mendedahkan pada hari Khamis
bahawa rejim Israel telah memusnahkan lebih daripada 105,000 saluran air
dan 70%...
18 hours ago
6 comments:
Salam SamuderaTinta,
Betul. Benar. Tepat.
Surah tu bukan jenaka Allah.
Sirah Rasulullah bukan lakonan atau olok-olok.
Bukankah kedua-duanya itu panduan kita dalam semua hal!!!
Salam Dr,
Benar apa yang Dr perkatakan. Surah dan Sirah adalah panduan paling ampuh untuk kita menghadapi golongan PEKEMBAR.
Apa yang pasti mereka akan terus memainkan wayang yang telah diarahkan. Kita berusaha dan berserah kepadanya.
Allah tidak akan mempersia-siakn hambanya yang beriman dan bertawakal, insyallah.
Salams Samudera Tinta..betullah ape sy pikir selama ni..tibe2 saje 3 org berbalik dlm 1 mase,seolah2 dirancang..dn berlaku just 1 month lepas naib Pekembar menjadi ketua di wilayah utara itu.mungkin persediaan dia sblm jadi presiden Pekembar mac nanti..
politik d msia makin kronik..moga Allah melindungi kite semua.
Salam drsiti,
Betul, jika 3 orang berbalik dalam satu masa, itu bukan kebetulan..itu perancangan jahat..hanya orang yang bodoh boleh diperbodohkan.
Selepas Perak, Kedah dan terkini Selangor diasak. Kita lihat. isu demi isu akan ditimbulkan.
Terkadang, terasa sangat sakit hati melihat kerenah mereka. Untuk menyejukkan hati, anggap sahaja ia ujian Allah buat pejuang.
Kita perlu sangat tabah untuk hadapinya..
P/s:orang no dua PEKEMBAR moden mentornya mantan Mahafiraun..
Auuum !
Terima kasih dan berikan saya semangat ya
Salam Singamaraja,
Sudah lama tidak mengaum di sini..ya, teruskan perjuangan menentang kebatilan...
Post a Comment