Sunday, February 15, 2009

Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat, Bandar Baru Bangi

Semalam, sebelum memasuki bilik mesyuarat biro di Pusat Khidmat Masyarakat Bangi, aku diberi satu kad jemputan oleh Lina. Kad jemputan itu agak unik. Tulisan Cina campur Melayu. Rupanya kad jemputan Sambutan Tahun Baru Cina Anjuran PAS, DAP dan PKR. 14 Feb 09 di Taman Bukit Mewah, Kajang. Padang bersebelahan Surau Islah. Bermula 5 petang - 8 malam.

Aku merenung kad tersebut lagi. "Jangan bimbang, caterer orang Islam lah. Ana jaga bahagian sate. Diaorang tak cukup kakitangan,"tambah Lina meleraikan persoalan yang terbuku di mindaku.

Pantas aku menjawab, "Insyallah, jika tiada halangan ana turun,". Makan percuma bro! Rezeki jangan ditolak.. =)

Usai perjumpaan biro, aku bergegas ke rumah Pokli. Mengajak Pokli menaiki MyVinya untuk ke sana. Pokli setuju.

Pokli berpakaian agak tsiqah; Berbaju kemeja, berkopiah putih dan berseluar slack hitam manakala aku lebih santai; memakai seluar kelabu Siput Babi (Snails) dan t-shirt bertulis P036 Kuala Terengganu Hok Kite yang berwarna hijau.

Kami sampai di sana pada 6.30 petang. Beginilah suasana yang dapat direkodkan untuk perkongsian.


Keadaan di padang dari kacamata kami yang baru sampai(walaupun kami tak berkaca mata)

Tempat sate yang menjadi tumpuan

Pejuang-pejuang sate..

Tak menang tangan akak-akak dan abang-abang kita

Ikatan simpul mati atau sekadar ikatan bebenang??

Adun Bangi, YB Dr Shafie berbaju batik merah dan Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching sedang membahagikan angpau (Perhatian, untuk 12 tahun ke bawah sahaja! Bapak budak sila mampir ke sisi)

YB Dr Shafie dan YB Teo tersenyum ceria. Makluman, YB Teo masih lagi muda dan juga BUJANG. Uhuk, uhuk, uhuk! (Tidak pasti mengapa aku tiba-tiba batuk)

Berbaju batik hitam ADUN KAJANG. Lebih senang dikenali dengan nama glamor beliau Cikgu Lee..

Abang Amir sedang mengedarkan Buletin Pas Serdang. Siap posing lagi tuh!

India, Cina, Melayu semua bersatu hati. Yang memegang mikrofon adalah Abang Rosli. Selalu jadi Pengerusi Majlis bila ada program.

Gaya wajib Pokli setiap kali mengambil gambar (sebab tu aku malas nak bergambar dengan Pokli)

Remang senja petang sebelum kami pulang.

Oh, ya. Aku juga sempat mengambil sekeping gambar petugas-petugas daripada Nisa'. Nak siarkan takut depa segan plak. Maklumlah Nisa' ni kan pemalu dan beradab. Tak macam Puteri. Tak semenggah. Ops, maafkan hamba Puteri. Mohon derhaka.

Lebih kurang 7.15 malam kami pulang ke rumah dengan iringan doa, "Ya Allah, kekalkanlah keamanan dan keutuhan ini di bawah redha dan maghfirahMu,".

Amin..

5 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam SamuderaTinta,
Syari'at Islam yang diturunkan melalui para rasul terdahulu memang untuk bangsa, tempat dan masa tertentu. Tapi, yang diturunkan melalu rasul terakhir adalah untuk semua manusia, di mana sahaja dan sepanjang zaman.
Tahniah dan syabas kerana menghayatinya.

Samudera Tinta said...

Salam Dr,

Saya setuju dgn pandangan Dr. Islam agama yang syumul buat semua umat tanpa mengira tempat dan zaman kerana ia datang dari Pencipta yang semestinya memahami kelebihan dan kekurangan barangan ciptaanNya.

Semoga jamaah Islam akan terus menyampaikan mesej dakwah buat di lapangan umat, insyallah.

mohamad kholid said...

Salam...
Seronok makan sate... Teringat sate Kajang, sudah berbelas tahun saya tak ke sana. Paling akhir ketika belajar di Serdang dahulu.

Samudera Tinta said...

Salam mohamadkholid,

Salam perkenalan. Terima kasih sudi menziarah.

YA, kajang adalah bandar sate. jika disebut sate kajang ramai yang menyangka hanya sate kajang haji samuri yang wujud. padahal banyak lagi gerai-gerai sate.

Kajang bandar sate yang menyesakkan dada.. =)

Anonymous said...

SALAM

Baguslah kalau sdr berhajat melakukan sesuatu. Bolehlah kita bertukar fikiran; dan emel saya bahazain@gmail.com.

Related Posts with Thumbnails